CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanggung Kerinduan, Kucing Ikut Jejak Tuannya Yang Meninggal Dunia

15-5-2017 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 10250| Komen: 64

Description: Seekor kucing yang dikenali sebagai 'Abang' menghembus nafas terakhir selepas menanggung rindu terhadap tuannya yang meninggal dunia dua minggu sebelum itu.
Kisah taat setia seekor anjing di Jepun yang sanggup menemani di tepi kubur tuannya sehingga dirinya meninggal dunia, kisah benar yang cukup menyentuh hati ini bukan sahaja popular di seluruh dunia malah telah pun dijadikan filem beberapa tahun lalu. 


Namun, kisah yang lebih kurang sama itu turut berlaku di negara kita tapi ia mengenai kesetiaan seekor kucing yang dikenali sebagai 'Abang'. 

Dikatakan, kucing kampung itu menghembus nafas terakhir selepas menanggung rindu terhadap tuannya yang meninggal dunia dua minggu sebelum itu.

Memetik laporan Mstar, berita kematian 'Abang' dikongsi seorang pengguna akaun Facebook, Azreen MJ iaitu anak kepada tuan kucing tersebut yang dikenali sebagai Atok.

Menurut Azreen, 'Abang' cukup terkesan dengan pemergian arwah bapanya yang amat rapat dengan kucing tersebut.

Malah, katanya, 'Abang' turut berubah karakter daripada seekor kucing yang manja dan lincah menjadi tidak aktif sejak kematian bapanya.


Jelas Azreen, lebih menyentuh hati selepas hampir dua minggu diam, 'Abang' akhirnya mengiau setelah dia berkata mahu membawanya ke kubur Atok.

"Dengan kuasa Allah 'Abang' pun bersuara meow dua kali. Air mata aku usah cakap, bercucuran jatuh," katanya.

"'Abang' siap baring dan mencium puara sahabatnya. Lama juga dia melepaskan rindu. Nampak gembira dari air mukanya. Allahurobbi," katanya.

Status Azreen itu yang dimuatnaik pada 11 Mei lalu mendapat perkongsian sebanyak 12,902 kali dengan 16,000 like.- CARI

sumber : Facebook Azreen MJ
sumber : Facebook Azreen MJ


9

Bagus
8

Marah
10

Terkejut
15

Sedih
7

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajinomotonosuga 14-5-2017 12:23 PM
Sedih siottttt leleh ingus akuuuu yo

Yg kat syria tu terpaksa mkn kucing nk idup, ramai mati kebulur, bekalan mkn di sekat, bandar terkepong, adaaaaaa kita kesahh???

Layan haiwan mmg sonok, depa tak reti melawan or balas dendam, depa fitrah
Layan manusia yg payah, anak sendiri di rogol di bunuh di siksa!! Nak maafkan mudah ke?    Ko cantas cantas or petik sehelai daunnnn ijo tu ko tau ke daun tu tgh bertasbih??? Sure ramai sini tatau kan? Setiap kejadian ada dzat Allah swt.
Quote aleesyasofia 14-5-2017 12:29 PM
meleleh ayor mata baca kisah nie..
teringat kucing kat rumah..
kucing mmg manja dgn org yg suka melayannya..
Quote estrelle 14-5-2017 12:30 PM
Kawan meols ni..wahh dah viral nko boy
Quote moonbug 14-5-2017 12:36 PM
Sedihnya. Org yg cinta kucing and haiwan je tau mcm mana bond tu
Quote beautifulliar 14-5-2017 12:40 PM
Oh sedihnya

Binatang pape pun klo kite buat baik memang deme ingat..
Quote zackry14 14-5-2017 12:42 PM
Sedihnyer...
Quote chinta89 14-5-2017 01:37 PM
sedih ok
Quote trakea 14-5-2017 01:54 PM
Berapa tahun umur Abang ?
Quote merahrose 14-5-2017 02:28 PM
setia hujung nyawa
Quote shuk_one 14-5-2017 03:40 PM
sedihnya , sayangnya dia ngan tuan dia
Quote missinpiece 14-5-2017 03:52 PM
Mmg sedih. Me pon x dpt bayangkan camne kalau kucen kt umah ni mati nnt . Kadang kalau tlepas kluar punyala risau mkn ke x
Quote yayangmama 14-5-2017 04:06 PM
saya sejak sehari b4 hari raya 2013 kucing saya hilang @ mati

tak tahu ke mana...pagi raya sy nangis bengkak2 mata...

terusssss tak nak sayang kucing beriya2...yg ada skarang ni just bagi makan je..taknak manja kan
Quote Miming2 14-5-2017 04:30 PM
Sedih... kucing memang syg tuan kn... esp kalau tuan dia jga dia baik2
Quote emelia1509 14-5-2017 04:44 PM
Sedih..Kucing tu rasa kehilangan tuan..

Meols baru kebumikan 3 ekor si bulus sebab virus selsema...Hanya pet lover yang tau kehilangan seekor bernama binatang...
Quote lesprincesse 14-5-2017 05:12 PM
siannnyaaaa.
Quote Allthatnana 14-5-2017 05:17 PM
Sedihnyaaaa..
Quote Mary_jane 14-5-2017 05:19 PM
memang menyedihkan. Akhirnya dia pergi jua.
Quote Esmiria 14-5-2017 05:23 PM
kucing  x bls dendam apanya..aku marah kucing aku Tu ..dia bengang,dia berak kat ruang tamu walau Thu berak di bilik air
Quote doubleA 14-5-2017 05:24 PM
Sedih. I pun ada kucing memang dia kenal tuannya. Tapi apsal baru2 ni dia protes gigit2 cakar2 kaki iols sampai darah

Trauma kejap mak nak pedih woo

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.079410 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top