CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cipta Lagu Untuk Arwah Bapa, Que Haidar Terjun Dalam Bidang Nyanyian Pula

26-5-2017 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11080| Komen: 63|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Muncul dengan sebuah single baharu berjudul Kisah Cinta, Que Haidar, 37 kini melangkah satu lagi tapak ke hadapan dengan menceburkan diri dalam bidang nyanyian pula.
Muncul dengan sebuah single baharu berjudul Kisah Cinta, Que Haidar, 37 kini melangkah satu lagi tapak ke hadapan dengan menceburkan diri dalam bidang nyanyian pula.


Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, lagu tersebut sangat bermakna buatnya kerana ia adalah satu ekspresi kerinduan buat arwah bapanya.

Foto: IG The Haidars
"Saya rindu semua tentang dia. Rindu akan kasih sayang serta belaian dia," katanya kepada Astro Gempak.

Menurutnya lagi ia bermula dengan hanya suka-suka dan memakan masa selama dua tahun untuk disiapkan.

"Saya harming dan saya rakam kemudian saya tulis liriknya sendiri. Ia memakan masa selama dua tahun dan lirik adalah ciptaan saya dan rakan, Ana pena. Selama dua tahun itu, saya dengar dan betulkan balik lagu dan lirik ini sehinggalah saya mulakan rakaman pada awal tahun ini," tambahnya


Foto: IG The Haidars
Menurut Que lagi, pada awalnya dia hendak memilih penyanyi lain untuk menyanyikannya namun berubah fikiran apabila keluarga dan rakan-rakan memberi semangat, lebih-lebih lagi penghayatan lagu tersebut ada pada dirinya.

Walaupun sudah menghasilkan lagu, pelakon yang juga suami kepada Linda Jasmine ini menyatakan dia masih belum merancang apa-apa lagi untuk kerjaya nyanyiannya.

Foto: IG The Haidars
"Bagi saya nyanyian adalah satu luahan rasa yang saya mahu sampaikan kepada pendengar. Justeru, jika saya hendak menyanyi sekalipun biarlah lagu itu ciptaan saya sendiri."

Tahniah diucapkan kepada Que Haida kerana berani mencuba sesuatu yang baru dan semoga berjaya dalam segala yang dilakukannya. -CARI


26

Bagus
25

Marah
18

Terkejut
18

Sedih
27

Lawak
32

Bosan

Friends Rank (146 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiambang 25-5-2017 06:47 PM
Nak mencuba pelbagai bidang
Quote sepitsiput 25-5-2017 06:57 PM
nk meols throwback heshe zaman2 adik2 join kumpulan Sho-gunz dgn Tyzo kah?
Quote MissMamamia75 25-5-2017 07:04 PM
Salah srg pelakon yg akak suka..
Quote lovelytouch 25-5-2017 07:06 PM
Que ni akaq anggap dia mcm Heath Ledger versi Malaya tp sygnya dia kata nak berenti berlakon. Berenti & akhirnya for this? Utk sebuah lagu BBNU dgn vokal haus? : kill myself gihtttu
Quote sepitsiput 25-5-2017 07:12 PM
lovelytouch replied at 25-5-2017 07:06 PM
Que ni akaq anggap dia mcm Heath Ledger versi Malaya tp sygnya dia kata nak berenti berlakon. Berent ...

heath ledger? lebih kd Ryan gosling  

suatu ketika dulu pernah menyertai kumpulan anak ikan Sho-Gunz...bersama Tyzo dan Datuk Dr Boy Iman  

what say u @terpaku @katibism @fynnkakiblock

Quote estrelle 25-5-2017 07:25 PM
sepitsiput replied at 25-5-2017 07:12 PM
heath ledger? lebih kd Ryan gosling   

suatu ketika dulu pernah menyertai kumpulan anak ik ...

Ya Awloh hadek2 sangat
Quote cocorex 25-5-2017 07:28 PM
Aku suka dia nyanyi lagu teratai dlm filem rock ooo..terngiang2 smpai skang
Quote lovelytouch 25-5-2017 07:38 PM
sepitsiput replied at 25-5-2017 07:12 PM
heath ledger? lebih kd Ryan gosling   

suatu ketika dulu pernah menyertai kumpulan anak ik ...

Beza apa uolss ledger & gosling? Akaq rasa ledger tu watak2 baran, serius, berkaraktor.. gosling nmpk mcm brad pitt versi control machoo jahh    
Quote Acik_Whitney 25-5-2017 07:59 PM
sepitsiput replied at 25-5-2017 07:12 PM
heath ledger? lebih kd Ryan gosling   

suatu ketika dulu pernah menyertai kumpulan anak ik ...

harrison ford malaysia-rosyam nor
sean connery msia-arwah jins samsudin
al pacino msia-jaafar onn
julia roberts msia-lynn alkhaired
meryl streep msia-fauziah ahmad daud
jennifer joyah lawrence msia-janna nick
reese witherspoon msia-zizie ezzette
sandra bullock msia- erra fazira

Quote ShiningStars 25-5-2017 08:05 PM
Better heolls buat comeback berlakon dari menyanyi
Quote orenmango 25-5-2017 08:12 PM
Harming? = Humming ?

Wartawan mana tulis nih
Quote syadq 25-5-2017 08:26 PM
Disebabkan kita akan mula berpuasa Sabtu ni, meols simpan je lah niat nak menghencap bakat menulis lirik & nyanyian sheols.
Quote mawar_pink 25-5-2017 08:30 PM
penah jd penyanyi ke dl que ni..
Quote cha-cha 25-5-2017 08:37 PM
Astaga Que
Quote syidasaleh 25-5-2017 08:39 PM
sepitsiput replied at 25-5-2017 07:12 PM
heath ledger? lebih kd Ryan gosling   

suatu ketika dulu pernah menyertai kumpulan anak ik ...

penampak dato dbi disitu.geli hati tgk
Quote syidasaleh 25-5-2017 08:40 PM
teringat suara dia dlm rock bro.ehhh bisa nyanyi kah?
Quote BuBuComey 25-5-2017 09:32 PM
Tak sedap
Quote perembes 25-5-2017 09:53 PM
alalalalallllaa
Quote perembes 25-5-2017 09:54 PM
lbih baik que bg lagu ni kat org lainn

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.063559 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top