CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Jackie Chan & Sylvester Stallone Bakal Bekerjasama Dalam Filem 'Ex-Baghdad'

27-5-2017 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3336| Komen: 8

Description: Sedia kita maklum, Sylvester Stallone atau pun Jackie Chan merupakan kawan baik sejak dulu lagi walaupun berada di dua industri yang berlainan, namun mereka tidak pernah berlakon bersama dalam satu fi ...

sumber : Movieweb

Walaupun Sylvester Stallone dan Jackie Chan merupakan kawan baik sejak dulu lagi, namun mereka tidak pernah berlakon bersama dalam satu filem. 

Baru-baru ini dilaporkan kedua-dua bintang aksi hebat ini bakal bekerjasama dalam sebuah filem yang dikatakan paling mahal dalam industri perfileman di negara China.

Kerjasama mereka yang buat pertama kali ini disifatkan sebagai kombinasi antara aksi pertarungan berunsur kebaratan dengan ketimuran yang amat dinanti-nantikan kaki wayang di seluruh dunia. 

Setakat ini filem terbaru itu dikatakan berjudul 'Ex-Baghdad', tugas pengarah akan dipertanggungjawab oleh Scott Waugh yang pernah mengarah filem seperti '6 Below' dan 'Need for Speed'. 


Memetik laporan Movie Web, penulisan lakon layar pula dilaporkan terletak pada bahu Arash Amel yang pernah menulis lakon layar untuk filem 'Grace of Monaco' pada tahun 2014. 

Kos penerbitan filem hebat tersebut dianggarkan mencecah USD 80 juta dan diterbitkan oleh Jackie Chan bersama Pengarah Urusan SR Media dari China iaitu QI Jianhong dan Esmond Ren dari Talent International & Hans Canosa.

Filem ini dijangka siap penggambarannya pada tahun 2019. 

Kisah filem ini adalah mengenai sebuah kilang penapis minyak milik kerajaan China yang terletak di Iraq mengalami serangan, seorang pengawal keselamatan peribadi kontraktor dari China yang dibintangi oleh Jackie ditugaskan untuk menyelamatkan para pekerja di kilang terlibat. 

Namun pada masa yang sama Jackie mendapati sebenarnya disebalik serangan itu terdapat satu perancangan yang lebih dahsyat sedang berlaku. 

Jackie berganding bahu bersama bekas Marine Amerika Syarikat yang dibintangi oleh Sylvester Stallone untuk menggagalkan perancangan jahat tersebut.- CARI


11

Bagus
11

Marah
5

Terkejut
10

Sedih
12

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fazamania 28-5-2017 04:44 PM
Wow..tak sangka diorang best friend
Quote shanshero 28-5-2017 09:39 PM
dorang ni dah 60 ++ masih tetap jelita
Quote chinta89 29-5-2017 09:33 AM
masih kacak!
Quote chinta89 29-5-2017 09:33 AM
masih kacak!
Quote MSAR 30-5-2017 10:07 AM
Kena tengok citer ni...tu pn kalu sempat laa
Quote rikamiyuki 1-6-2017 01:15 AM
2019
Lamanya nk tunggu
Quote shasha79 15-6-2017 05:35 PM
i like jackie chan but not the other one! haha
Quote Arlina 15-6-2017 10:37 PM
still dashing n active at 70!

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.046443 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top