CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Betulkah Cara Anda Minum Air Ketika Bulan Puasa? Cuba Tengok Ini

30-5-2017 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5119| Komen: 17|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Perkara sering berlaku kepada kita ketika berpuasa di bulan Ramadan adalah kekurangan air di dalam tubuh. Ditambah pula dengan cuaca terik, boleh jatuh sakit dibuatnya!
Perkara sering berlaku kepada kita ketika berpuasa di bulan Ramadan adalah kekurangan air di dalam tubuhDitambah pula dengan cuaca terik, boleh jatuh sakit dibuatnya!




Puasa, puasa juga tapi jangan sampai mengabaikan kesihatan kerana tak kurang juga sesetengah daripada kita mengambil kesempatan di bulan Ramadan ini untuk mengurangkan berat badan. Tak begitu?

Jadi, untuk memastikan tubuh sentiasa cukup air dan sihat sepanjang berpuasa di bulan mulia ini, anda boleh amalkan kaedah minum air paling baik disyorkan majalah Mingguan Wanita ini!




Pastikan anda minum cukup lapan gelas air sehari ya! Caranya adalah:

1 gelas selepas berbuka dengan kurma
1 gelas selepas makan nasi
1 gelas selepas solat fardhu Isyak
1 gelas selepas solat Tarawih
1 gelas selepas makan malam (kuih-muih)
1 gelas sebelum tidur
1 gelas sebelum sahur
1 gelas selepas makan sahur


Foto: Cari Internet


Elakkan dua perkara ini ketika bulan Ramadan:

1. Minum air manis
Elakkan dari kerap mengambil minuman manis bagi mengelak kenaikan berat badan mendadak sepanjang bulan puasa.

2. Elak Minum Banyak Ketika Berbuka
Memang tak terkata nikmatnya apabila dapat menghilangkan dahaga selepas seharian berpuasa. Namun, janganlah pula anda minum sehingga hilang selera makan. Sebaliknya, banyakkan minum air ketika waktu sahur.


Nampak mudah untuk dilakukan, namun tak semua mampu melaksanakannya dengan baik. Sebelum jatuh sakit, baik kita mencegahnya daripada berlaku. Selamat berpuasa semua! - CARI
18

Bagus
15

Marah
19

Terkejut
30

Sedih
32

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (139 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 30-5-2017 12:23 PM
Saranan yang baik apa pun yang penting kena kerap minum sepanjang antara selepas waktu berbuka hingga masa bersahur.  Cuaca agak panas sekarang kurang minum air boleh menjejaskan kesihatan
Quote sabar_sabariah 30-5-2017 12:31 PM
kalau minum air kat cawan segelas pun tak lalu habis
tp kalau gogok dari botol berliter2 aku telan
inspired by dr vida gogok pamoga


Quote swayne 30-5-2017 01:52 PM
sabar_sabariah replied at 30-5-2017 12:31 PM
kalau minum air kat cawan segelas pun tak lalu habis
tp kalau gogok dari botol berliter2 aku telan
...

Eh i pun macam tu. Kalau secawan, payah nak habis. Padahal bila kat botol, gogok lebih secawan
Quote chinta89 30-5-2017 02:36 PM
minum ikut berat badan lbh sesuai. x semua org perlukan 8 gelas sehari.. bdn setiap org blainan.

25kg=1liter

ape2pun yg ptg minum air secukupnya utk elakkan sembelit/kekeringan bibir/terhidrat d bulan puasa.
Quote Ayda89 30-5-2017 02:42 PM
Bulan puasa susah ler nak minum air 0...tekak selera nya ke air manis ja..nak2 yg sejuk mhmm
Quote Felycya 30-5-2017 03:23 PM
Nasib baik aku ni bukan jenis yg Jakun bila berbuka togok air manis bertong tong. Gok.. Gookk.. Goookkk..

Aku mmg togok air masak dulu air manis ni takat nk rasa je sedap sgt ke sbb tgk orang orang depan aku kemain telan air manis dulu berjug jug....

Sahur pon sama aku mmg ngan air masak sekali sekala baru sahur ngan milo ke horlicks ke...
Quote Zasss777 30-5-2017 03:26 PM
Ayda89 replied at 30-5-2017 02:42 PM
Bulan puasa susah ler nak minum air 0...tekak selera nya ke air manis ja..nak2 yg sejuk mhmm

Betul la. I ingat i sorang je tak selera air kosong bulan puasa ni. Harus cari air manis. Soya bean ke sirap ke milo ais ke.
Quote Ayda89 30-5-2017 03:32 PM
Zasss777 replied at 30-5-2017 03:26 PM
Betul la. I ingat i sorang je tak selera air kosong bulan puasa ni. Harus cari air manis. Soya bea ...

Tapi kena paksa minum jugak, nnti kencing manis pulak. Hahahha. Sahur segelas, lepas buka segelas, sebelum tido segelas, tu pun terkelat2 nak minum huwaa
Quote Sendu.com 30-5-2017 03:36 PM
Time sahur paling tak selera minum air kosong. Namun ku gagahi jua
Quote Zasss777 30-5-2017 03:38 PM
Ayda89 replied at 30-5-2017 03:32 PM
Tapi kena paksa minum jugak, nnti kencing manis pulak. Hahahha. Sahur segelas, lepas buka segelas, ...

Eh mesti lah minum air kosong jugak. Cuma maksud i masa mula nak bukak puasa tu kena air manis. Lepas lepas tu nak tido/sahur mmg air kosong la.
Quote WhiskeyScotch 30-5-2017 03:38 PM
I memang tak gemar air manis. Memang kalau berbuka and everyday 24 jam minum air kosong je. Cuma I kurang minum air la. Tak kuasalah nak minum 8 gelas sehari. Kembung perut.
Quote Ayda89 30-5-2017 03:42 PM
Zasss777 replied at 30-5-2017 03:38 PM
Eh mesti lah minum air kosong jugak. Cuma maksud i masa mula nak bukak puasa tu kena air manis. Le ...

Ha bagusss
Quote Jisooo 30-5-2017 10:50 PM
Aku mmg biasa minum air kosong... kurang suka minum air manis.. lepas minum air manis mesti minum air kosong byk byk
Quote cheergirlz 31-5-2017 09:46 AM
biase minum air masak/kosong..air manis mmg kurg...mmg kna byk minum air...ikut aturan..mmg bgs
Quote cheergirlz 31-5-2017 09:47 AM
Artemesiaa replied at 30-5-2017 12:23 PM
Saranan yang baik apa pun yang penting kena kerap minum sepanjang antara selepas waktu berbuka hingg ...

y nie setuju...sbb kurg minum air dh demam...haiisshh
Quote cik-jaja 31-5-2017 04:07 PM
xminat air kosong...kecuali betul2 penat
Quote missDollie 31-5-2017 04:17 PM
Aduh baru pukul 4 dah kering tekak weyy..lepas berbuka aku nak try cam ni..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.058165 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top