CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Harus Cuba Ramadan Ini, Kuih Nekbat 'Rare' Dari Kelantan

2-6-2017 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10908| Komen: 30|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Bila tiba musim Ramadan, banyak menu kuih-muih tradisional yang boleh dikatakan 'rare' atau jarang dijumpai, pada masa inilah anda boleh menikmatinya.Antara kuih yang tidak harus dilepaskan ialah nekb ...

Bila tiba musim Ramadan, banyak menu kuih-muih tradisional yang boleh dikatakan 'rare' atau jarang dijumpai, pada masa inilah anda boleh menikmatinya. 


Antara kuih yang tidak harus dilepaskan ialah nekbat, iaitu sejenis kuih bahulu yang lazimnya menjadi santapan di negeri Kelantan. 

Memang persis bahulu namun yang membezakannya ialah terdapatnya kuah sira yang menjadikan ia lebih istimewa dan lazat pastinya.

Rupanya taklah terlalu sukar untuk menyediakan, anda boleh semak resipi di bawah dan mencubanya nanti ya!

Foto: Internet
Bahan-bahan:

500gm tepung beras
12 biji telur ayam

1 sudu teh pewarna oren

Untuk sira:

500ml air
150gm gula pasir
2 helai daun pandan
6 kuntum bunga cengkih

Cara-Cara:

1. Panaskan acuan baulu yang telah disapu dengan minyak selama 5 minit

2. Tepung beras disangai dengan api sederhana hingga kering. Biarkan kering.

3. Pukul telur hingga kembang dan berbuih, kemudian masukkan pewarna dan tepung.

4. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api atas dan bawah pada suhu 180C hingga kekuningan. Keluarkan dari acuan dan sejukkan dahulu.

Untuk sira: 

1. Masak air dan gula sehingga mendidih.

2. Masukkan daun pandan, cengkih dan nekbat.

3. Masak sehingga 6-8 minit, tutup periuk dengan penutup.

4. Kecilkan api dan biarkan air gula meresap ke dalam nekbat.

5. Angkat dan siap dihidangkan.- CARI 


Kredit resipi: FB Masakan Asli Melayu
26

Bagus
23

Marah
21

Terkejut
11

Sedih
20

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 2-6-2017 01:47 PM
kuih ni sedap....arwah nenek dulu2 selalu buat....

Quote Ayda89 2-6-2017 01:55 PM
Saya beli ada rambut dalam nya, terus kembang tekak tengok makanan lain sekali frust!!!
Quote myakayina 2-6-2017 02:20 PM
manis sangat ke kuih ni? tak pernah mkn..
Quote Victorioussss 2-6-2017 02:45 PM
Belah sana memang terkenal dengan kemanisan awek awek pasir putih dan pengunaan gula dalam masakan pencuci mulut mahupun lauk pauk.

I spesis makanan manis manis ni menang takle nak hadam, bahulu dh sedia manis, letak pulak air gula.

Cannot brain this
Quote ibuaq 2-6-2017 02:56 PM
Sedapnya kalau makan sejuk-sejuk .
Quote eyeNa07 2-6-2017 03:16 PM
nampak sedap..bole try neh
Quote fizarahman 2-6-2017 03:42 PM
sedap kuih ni.. fav manisan jugak di bulan puasa
Quote beautifulliar 2-6-2017 04:21 PM
Penah mkn ya ampun sebijik mkn gula..memang boleh potong kaki
Quote siskepoh 2-6-2017 04:30 PM
tak pernah makan. kl kat mana juallllll nak beliiiiiiiiiiiiiiiiii
Quote anikarma 2-6-2017 04:38 PM
Baru baca dekat bod gosip kenamaan...ada yg fav makan yg belum sira
Quote marumaru 2-6-2017 11:01 PM
Victorioussss replied at 2-6-2017 02:45 PM
Belah sana memang terkenal dengan kemanisan awek awek pasir putih dan pengunaan gula dalam masakan p ...

Ini bukan baulu ok....tak manis sebab tu kena sira...
Quote Victorioussss 2-6-2017 11:15 PM
marumaru replied at 2-6-2017 11:01 PM
Ini bukan baulu ok....tak manis sebab tu kena sira...

Takpela u..i tengok u pun dah rasa manis  
Quote Felycya 2-6-2017 11:29 PM
Pernah makan..
Ampoonnn tuankuu maneessnyeee.
Quote marumaru 3-6-2017 06:09 AM
Victorioussss replied at 2-6-2017 11:15 PM
Takpela u..i tengok u pun dah rasa manis

Saje nak betulkan maklumat silap...lepas sira memang manis...
Quote Airabelle 3-6-2017 06:13 AM
bulan puasa je boleh jumpa nekbat ni. Manis tu memang manis. boleh makan seketul je. Manis ngatttt
Quote pearl.silver 3-6-2017 08:33 AM
Kt kuantan pasar mlm selalu nampak kuih mcm ni..xtau la nekbat ke tidak..
Ada versi berendam sir gula, ada juga jual yg xrendam..
Quote Victorioussss 3-6-2017 09:35 AM
Airabelle replied at 3-6-2017 06:13 AM
bulan puasa je boleh jumpa nekbat ni. Manis tu memang manis. boleh makan seketul je. Manis ngatttt

Manis potong kaki ke sis? Bagi i, benda paling manis i bole tolerate taufu fa jek.
Manis dari tu memang

Quote Airabelle 3-6-2017 01:02 PM
Victorioussss replied at 3-6-2017 09:35 AM
Manis potong kaki ke sis? Bagi i, benda paling manis i bole tolerate taufu fa jek.
Manis dari tu ...

manis dari taufu fa. Sebab bagi saya taufu fa tu tak berapa manis.
Quote Victorioussss 3-6-2017 01:54 PM
Airabelle replied at 3-6-2017 01:02 PM
manis dari taufu fa. Sebab bagi saya taufu fa tu tak berapa manis.

Oh..kire manis nekbat ni level level suriram ram ram yang manis ke?


Selamat bebuke awa

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.160539 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top