CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ini Negara Dunia Yang Terpanjang Dan Terpendek Waktu Puasanya

7-6-2017 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5817| Komen: 30|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: "Puasa satu amalan, sebagaimana yang diperintahnya. Moga dapat ku lenturkan nafsu yang selalu membelenggu diri." Petikan lirik dari lagu popular nyanyian Raihan dan Man Bai ini terngiang-ngiang di ...
"Puasa satu amalan, sebagaimana yang diperintahnya. Moga dapat ku lenturkan nafsu yang selalu membelenggu diri." Petikan lirik dari lagu popular nyanyian Raihan dan Man Bai ini terngiang-ngiang di telinga setiap kali Ramadan tiba.


Bila tiba sahaja bulan mulia ini, semua umat Islam diperintahkan untuk berpuasa dari terbitnya fajar hingga tenggelamnya matahari.

Dan seperti semua yang sedia maklum, waktu berpuasa adalah berbeza-beza mengikut tempat di seluruh dunia. Ada penduduk di sesetengah negara yang terpaksa menahan lapar dan dahaga untuk tempoh melebihi 21 jam. 

Foto: blog.misteraladin
Bagi tahun 2017, purata umat Islam berpuasa adalah antara 11-21 jam namun kebanyakannya berpuasa selama 15 jam sehari.


Dipetik dari Gulfnews.com, jom ketahui negara mana yang mempunyai waktu berpuasa terpanjang dan terpendek di dunia.

Waktu Berpuasa Terpendek di Dunia

Foto: gulfnews.com
1. 10 hingga 12 Jam
Argentina, Australia, dan New Zealand mencatat waktu berpuasa tersingkat di dunia, iaitu sekitar 11 jam sehari. Sementara itu, penduduk di Peru dan Zimbabwe pula berpuasa sekitar 12 jam sehari 

2. 13 hingga 15 jam
Indonesia, Kenya, Ghana, Nigeria, Thailand, Malaysia, Brunei Darussalam, Panama, dan Columbia adalah antara negara yang tempoh waktu berpuasa Ramadannya  sekitar 13 jam sehari. Sementara itu, di Negara Grenada, Nicaragua, Arab Saudi, Myanmar, Taiwan, Hong Kong, dan Laos pula umat Islamnya berpuasa antara 14 hingga 15 jam sehari.


Waktu Berpuasa Terpanjang di Dunia

Foto: gulfnews.com
1. 15 hingga 17 jam
Perancis, Georgia, Albania, Sepanyol, Turki, Amerika Syarikat, Kanada, Syria Jordan, Mesir, India, Afghanistan, China, Jepun, Korea Selatan, dan Korea Utara, menunjukkan tempoh waktu berpuasa sekitar 15 hingga 16 jam sehari. Selain itu, negara Hungaria, Uzbekistan, Armenia, dan Kyrgyzstan, menghabiskan waktu puasa Ramadan sekitar 16 hingga 17 jam sehari.

2. 17 jam ke atas
Pada Ramadan 2017, Greenland dan Iceland mencatatkan waktu berpuasa terlama di dunia, iaitu sekitar 21 hingga 22 jam sehari. Manakala, Negara Eropah Utara seperti Rusia, Norway, Denmark, dan Sweden mempunyai waktu berpuasa selama 17-20 jam sehari.

Apa yang penting bukan tempoh berapa lama kita berpuasa yang dijadikan tumpuan utama, tetapi teruskanlah berusaha untuk meningkatkan amalan dan ibadah di bulan Ramadan ini. Setuju tak? -CARI
20

Bagus
21

Marah
9

Terkejut
20

Sedih
16

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 7-6-2017 01:48 PM
Aussie antara paling pendek dalam lebih kurang kul 5.30 ptg dah masuk waktu berbuka tambah kalau jatuh pada musim sejuk rasa amat selesa berpuasa.
Quote deekhan 7-6-2017 01:50 PM
owh gitu. bestnya
Quote Arlina 7-6-2017 02:14 PM
Intersting info!
Quote Ayda89 7-6-2017 02:42 PM
Yeah nice info tq
Quote aTiKah_aYuNi 7-6-2017 03:24 PM
kalau tgk waktu siaran berbuka kat tv, selalu berangan, sahur kat semenanjung, buka kat sabah....

Quote ngee 7-6-2017 04:04 PM
kat germany bersahur pukul 8 pg berbuka plak 3.30pg esoknya
Quote debab76 7-6-2017 04:07 PM
kat iceland subuh 1.30 pg. maghrib 12.15pagi. tak sempat hakak nak berjimak
Quote fox. 7-6-2017 04:21 PM
sabar la greenland n iceland
Quote cik-jaja 7-6-2017 04:26 PM
bertabahlah mana2 Negara yang pose panjang tu
Quote kukukatablog 7-6-2017 07:22 PM
negara2 sejuk ni yang lama,
semoga deme tabah ler hadapi ramadhan....
Quote aduhaiya 7-6-2017 09:01 PM
debab76 replied at 7-6-2017 04:07 PM
kat iceland subuh 1.30 pg. maghrib 12.15pagi. tak sempat hakak nak berjimak


Hahahahaa x pe akak. Ambil remote control, tekan "fast forward". Macam dlm filem "Click" - Adam Sandler. Mesti sempat punya...  
Quote hyie 7-6-2017 09:07 PM
x silap negara yang berpuasa 18 jam dan ke atas, diorang boleh ikut waktu arab saudi ke mana entah...
Quote mizzmimi 8-6-2017 08:31 PM
hyie replied at 7-6-2017 09:07 PM
x silap negara yang berpuasa 18 jam dan ke atas, diorang boleh ikut waktu arab saudi ke mana entah.. ...

Ye macam ada baca blogger dok finland ke mana ntah, siang je 24jam siap ada midnight sun. Diorang puasa ikut waktu arab saudi.
Quote darkchoc 9-6-2017 02:28 AM
aTiKah_aYuNi replied at 7-6-2017 03:24 PM
kalau tgk waktu siaran berbuka kat tv, selalu berangan, sahur kat semenanjung, buka kat sabah....

...

Waktu kecik2 dulu memang suka berangan mcm ni  
Quote mieymiey 9-6-2017 08:11 AM
Yang duduk kat Sabah pun dah bersyukur sangat, sebelum jam6.30 dah buka.
Quote harisanis 12-6-2017 01:14 PM
iceland plg kesian
Quote Atifan 12-6-2017 11:21 PM
Syukur duduk malaysia
Quote arffa 13-6-2017 08:55 AM
adoi tak dapat baying puasa sampai 20 jam.. 13 jam pun dah kekeringan.
Quote Siddiqin 22-6-2017 01:26 PM
Negara2 di hemisphera selatan yang waktu puasa pendek sebab sekarang musim sejuk - winter. Negara2 di hemisphera utara akan puasa panjang sebab musim panas.

Musim berlawanan di kedudukan hemisphera. Kita berada dekat garisan khatulistiwa, tak merasa perubahan musim. Paneh manjang.

Tapi waktu puasa akan berubah2. Jika jatuh pada hujung tahun, maka waktu puasa dia atas akan terbalik. Fair and square..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.059814 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top