CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

7 Langkah Keselamatan Sebelum Pulang Beraya Di Kampung

22-6-2017 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4307| Komen: 15|Original author: Oleh : Hafiz BZ

Description: Tiga hari lagi, umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut ..

Kredit foto - Utusan Online



Tiga hari lagi, umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan menjalani ibadah puasa.

Pasti ramai yang sudah tidak sabar lagi hendak pulang ke kampung bertemu keluarga tersayang. Namun dalam keghairahan pulang ke kampung, jangan sesekali abaikan 7 langkah keselamatan ini. 

Jom periksa dan pastikan ia dilakukan satu persatu sebelum anda berangkat pulang ke kampung halaman.


#1- ISI BORANG
Sebelum anda mengemas beg pulang ke kampung, pastikan anda mengisi borang balik kampung yang mengandungi maklumat penting untuk membolehkan pihak polis memantau rumah dan meronda kawasan persekitaran rumah anda semasa ketiadaan tarikh yang dinyatakan. Borang tersebut boleh diambil di balai polis yang berhampiran dan perlu dipulangkan setelah isi dengan lengkap untuk langkah keselamatan. Langkah ini membantu mencegah dari kejadian yang tidak diingini seperti kes pecah rumah.


 #2- MAKLUM JIRAN
Berpesan-pesanlah pada jiran yang tidak pulang ke kampung untuk tengok rumah anda. Jika jiran anda pun balik kampung, berpakatlah untuk mendirikan satu pondok khas dan upah orang yang boleh dipercayai untuk menjadi kawasan perumahan anda. Anda juga boleh berpakat beramai-ramai untuk meminta pihak polis membuat rondaan demi keselamatan.


#3- KUNCI BERFUNGSI
Pastikan sekali lagi bahawa semua pintu dan tingkap telah dikunci dengan betul. Gunakan mangga (ibu kunci) yang berfungsi dengan sempurna dan bukan dalam keadaan rosak. Meskipun ada kes penjenayah tetap dapat pecah rumah yang berkunci, tetapi sekurang-kurangnya ia mengambil masa yang lama untuk pecah masuk.



#4- MATI SUIS
Untuk memastikan segala harta benda anda di dalam keadaan selamat, sila periksa peralatan elektrik setiap ruang termasuk bilik tidur anda untuk mengelakkan berlakunya kebakaran. Elak buka lampu luar rumah kerana ia menandakan anda tidak berada di rumah pada siang hari. Tanggalkan juga kepala gas supaya tidak berlaku sebarang kebocoran pada gas.


#5- KUNCI PENDUA
Jika sebelum ini anda terbiasa menyimpan kunci pendua di dalam pasu bunga atau alas kaki, elak menyembunyikannya sepanjang cuti panjang ini. Sebaliknya, serahkan kunci kepada orang yang boleh dipercayai. Tujuan anda menyerahkan kunci pendua kepada orang yang dipercayai adalah untuk persediaan jika ada berlaku perkara tidak diingini.

 
#6- HENTI MELANGGAN
Maklumkan kepada pihak bekalan akhbar atau majalah untuk menghentikan menghantar bahan bacaan ini kepada anda sepanjang tempoh anda bercuti. Ini bagi mengelakkan penjenayah mengesan ketiadaan anda di dalam rumah dengan longgokan akhbar di hadapan pintu.



 
#7- SENTIASA BERDOA
Sebelum melangkah keluar rumah, jangan lupa berdoa kepada-Nya supaya rumah dilindungi dan segala urusan dipermudahkan. Segala persiapan untuk keselamatan rumah sudah pun dilakukan dan berdoalah untuk memperoleh keberkatan.

 
Diharap perjalanan anda pulang ke kampung sentiasa dalam keadaan selamat dan rumah yang ditinggalkan juga dijauhkan dari sebarang kejadian yang tidak diingini. - CARI


16

Bagus
8

Marah
23

Terkejut
10

Sedih
31

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.048565 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top