CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sediakan Sendiri Nasi Minyak Lebaran Untuk Rai Tetamu

5-7-2017 02:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5863| Komen: 11|Original author: Oleh: Adib ZA

Description: Ingin menyediakan sesuatu yang istimewa untuk tetamu yang datang ketika beraya?Apa kata sediakan nasi minyak, yang pasti dapat menambat selera anak kecil sehinggalah dewasa. Paling menarik ia boleh di ...
Ingin menyediakan sesuatu yang istimewa untuk tetamu yang datang ketika beraya?

Apa kata sediakan nasi minyak, yang pasti dapat menambat selera anak kecil sehinggalah dewasa. Paling menarik ia boleh dipadankan dengan pelbagai jenis menu.


Tak sukar menyediakannya, anda boleh semak resipi di bawah. Selamat mencuba. 

Loading FB Post...

Bahan-bahan:

Beras Basmathi – basuh dan tos
Minyak sapi
Majerin Planta

Bunga lawang, kayu manis
Bawang merah - hiris
Halia - sagat dan ambil jus
1 sudu besar jus Sunquick
Garam
Sedikit pewarna kuning dan merah
Sedikit susu cair

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak sapi dan majerin planta. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Kemudian masukkan bawang merah yang telah dihiris. 

2. Bila bawang telah wangi dan keperangan, masukkan ke dalam periuk nasi yang mengandungi air yang telah disukat mengikut sukatan beras. 

3. Nyalakan api. Kacau dan masukkan sedikit garam. Nota: sukatan air = 1 pot= 1 ¼ pot air.

4. Beras dibasuh bersih dan tos. Bila air telah mendidih, masukkan beras dan kacau rata. Biarkan seketika.

5. Sementara itu, sediakan air perahan halia. Sagat halia dan dapatkan jusnya. Atau blend sahaja halia, kemudian tapiskan. Masukkan air halia ke dalam periuk nasi.

6. Seterusnya, masukkan dalam 1 sudu Oren Sunquick atau jus perahan lemon. Kemudian, tutup periuk.

7. Apabila nasi telah hampir kering, masukkan susu cair ke dalam nasi. Gaulkan nasi hingga sebati.

Nota: boleh juga masukkan kismis dan biji gajus yang digoreng. - CARI

Kredit resipi: Azie Kitchen

Foto: Carian internet
11

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
17

Sedih
3

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siskepoh 5-7-2017 06:09 PM
Kalau orang tnnya, "nasi minyak ko bile?" sis nak tepek resepi ini di dahinya
Quote matchstick 5-7-2017 06:18 PM
mak aku masak nasi minyak hari raya setiap tahun...sapa tnya aku "bila nk makan nasi minyak" mmg aku jemput suh dtg umah di pagi raya
Quote Tehtarik2017 5-7-2017 09:05 PM
Sedap nampak..boleh cuba resepi ni
Quote misc 5-7-2017 10:05 PM
lauk apa sesuai dgn nasi minyak ni? ayam masak merah ok ke? pastu sayur apa yg sesuai ye. nak cari idea ni utk open hse raya kecil2an.
Quote shernazz 5-7-2017 10:09 PM
misc replied at 5-7-2017 10:05 PM
lauk apa sesuai dgn nasi minyak ni? ayam masak merah ok ke? pastu sayur apa yg sesuai ye. nak cari i ...

ayam masak merah ok
daging masak hitam pon ok juga
sayur..paling senang jelatah aje.  ko cari la resipi dia..
jelatah ni sedap ko buat awal..simpan dlm peti ais...
Quote misc 5-7-2017 10:13 PM
shernazz replied at 5-7-2017 10:09 PM
ayam masak merah ok
daging masak hitam pon ok juga
sayur..paling senang jelatah aje.  ko cari la ...

thanks byk2 bagi idea ni ye!    
Quote nisako 6-7-2017 01:48 PM
x minat sgt nasi ni.................
Quote shernazz 6-7-2017 06:26 PM
misc replied at 5-7-2017 10:13 PM
thanks byk2 bagi idea ni ye!

sesama
nasi neh peberet ..
so..mng slalu.masak ..
Quote KuewTeuwKungFu 7-7-2017 03:58 PM
nasi mnyak...time ry fames kotttt
Quote rosasen 9-7-2017 03:07 PM
cam pelik je sunquick...
Quote Modngengade 10-7-2017 03:55 PM
misc replied at 5-7-2017 02:05 PM
lauk apa sesuai dgn nasi minyak ni? ayam masak merah ok ke? pastu sayur apa yg sesuai ye. nak cari i ...

kalau kakak biasa mkn dgn aym masak merah....pastu buat jelatah timun....perghhh  terliur la plak

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.109528 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top