CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bukan Biasa-Biasa, Jamu Rendang Ayam Cili Padi Ala 'Nogori' Buat Tetamu

6-7-2017 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9526| Komen: 15|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Bersempena musim perayaan ini, mesti anda tidak mahu ketinggalan untuk mengadakan majlis rumah terbuka kan?
Bersempena musim perayaan ini, mesti anda tidak mahu ketinggalan untuk mengadakan majlis rumah terbuka kan?

Tapi pening kepala rasanya memikirkan menu apa yang boleh dihidangkan pada para tetamu nanti. 


Alahai, kalau nak buat rendang ayam biasa macam dah bosan, tapi kalau Rendang Ayam Cili Padi ala Negeri Sembilan ini memang istimewa sungguh. Jom cuba!

Foto: Selera Malaysia.com
Bahan-Bahan
8 ketul ayam
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar*

1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit*
3 batang serai*
20 biji cili padi* (nak letak lebih pun boleh) kisar bahan bertanda *
1/2 sudu ketumbar (disangai dan tumbuk)
1/2 sudu jintan manis (disangai dan tumbuk)
Santan dari sebiji kelapa
Daun kunyit (hiris halus)
1 sudu kecil kerisik
Gula melaka
Garam
Air asam jawa


Cara-Cara
1. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan ketumbar dan jintan. Kacau sebati.
2. Masukkan santan, daun kunyit dan ayam.
3. Setelah separuh kering, masukkan kerisik. Perasakan dgn garam, gula dan asam jawa.
4. Tunggu hingga kuah kering dan bolehlah dihidangkan. (Kalau ayam belum masak boleh tambah air dan biarkan kering semula. Siap!

Memang mudah, masak sendiri pun boleh tak perlukan orang lain tolong. Sesuai sangat bagi anda yang sukakan kepedasan. Selamat mencuba! -CARI

Foto: Facebook
Kredit video: IG @norhanajones
Resepi : MAHI Group
18

Bagus
22

Marah
22

Terkejut
17

Sedih
26

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (124 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 6-7-2017 01:43 PM
sedapnye...................
Quote chinta89 6-7-2017 02:44 PM
mood raya...
Quote Ipo 6-7-2017 04:11 PM
Oh ada bubuh jintan manis dan ketumbar jugak ya?
Nasib baik tak guna semangkuk cili padi

Dulu pergi rumah kawan kt jelebu, mak aih..semangkuk cili padi dia bubuh
Quote GincuPurple 6-7-2017 05:02 PM
pasti ke ni rendang Nogori Sembilan?

Setahu nya, orang negeri sembilan tak pakai sebarang rempah seperti ketumbar dan jintan untuk rendang diorang.

Orang nismilan, sila kompom kan?
Quote anak_minang 6-7-2017 05:45 PM
Edited by anak_minang at 6-7-2017 05:46 PM
GincuPurple replied at 6-7-2017 05:02 PM
pasti ke ni rendang Nogori Sembilan?

Setahu nya, orang negeri sembilan tak pakai sebarang rempah  ...

Rendang ayam Nismilan tak tumis-tumis. Ketumbar bagai tu pun tak pakai. Keringkan dulu ayam tu dengan rempah-ratus, baru letak santan. Tunggu sampai kering @ nak basah-basah sikit, takyah kering sangat.

Asam jawa pun tak bubuh. Letak asam keping jer. Tak tahulah ni resepi Nismilan daerah mana.
Quote deathacker 6-7-2017 06:04 PM
my mom biasa masak rendang cili api ni dgn hati, pedal dan leher ayam.
lps tu dia campurkan sekali dgn kacang panjang. tp rempah ratus tu dia xmasukkan
Quote babyleo68 6-7-2017 06:14 PM
Errr.. sangai tu ape?    
Quote awanearisu 6-7-2017 06:17 PM
babyleo68 replied at 6-7-2017 06:14 PM
Errr.. sangai tu ape?

goreng tanpa minyak
Quote babyleo68 6-7-2017 06:20 PM
Oh I see, makne nye goreng dulu tanpe minyak and then tumbuk la camtu.. faham2.. Thank you kaka  
Quote cmf_Kimmy 6-7-2017 06:36 PM
Edited by cmf_Kimmy at 8-7-2017 11:57 PM

Bukan rendang N9 pun....cuma ala ala je. Rendang N9 mana ada letak rempah ratus....cili api tumbuk dgn kunyit hidup,  serai, santan dan asam keping je.
Quote exclusive_vvip 9-7-2017 10:12 AM
Ipo replied at 6-7-2017 04:11 PM
Oh ada bubuh jintan manis dan ketumbar jugak ya?
Nasib baik tak guna semangkuk cili padi


Zaman i sekolah menengah dulu,penah nampak 1 resepi msak lemak cilipadi n9..so,dgn gigihnya i terbuka nak try..dlm resipi tu soh bubuh 30 biji cilipadi..i dengan menonong nye masak(tak tanya pendapat ahli keluarga yg lebih pakar plak tu)...bubuh la 30 biji cilipadi tu...sekali amik kau, berapa kali alter pun tetap pedas menyengat..sibbaik la ada jiran datang,dia mintak sikit..tapi i bgtau la masak lemak yu pedas gila...taktau la dia alter ke tak bila balik tu...
Quote zaeraav 11-7-2017 12:08 AM
!!!Betul Betul Senang Nak Menang!!!
=========================================

Duduk Rumah Saja. Ada Handphone Boleh Dah.
=========================================
wukong,tembak ikan ,slot game
semua brada di sini
=========================================

Whatsapp 016-704 7797/016-705 7797
https://www.facebook.com/luckystar118/

=========================================

Online Transfer
Maen ape dpt ape,senang cash in cash out
service 24jam
=========================================
WELCOME BONUS ,DAILY BONUS, TOPUP BONUS
BAGI SEMUA MEMBER



------------------------------------------------------
Quote indenial 11-7-2017 12:47 PM
Sedapnya
Quote Burong_Hantuk 12-7-2017 05:47 AM
rendang negri perak lebeh hebat lah
Quote makton 12-7-2017 07:57 AM
mak aku bukan org N9, tp dia suka buat rendang ayam tua cili api..
sedap!!!

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.155078 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top