Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Isu Semasa 14-7-2017 06:33 PM 3746 Views
DescriptionPakatan Harapan akhirnya menyenaraikan barisan kepimpinannya!

ADVERTISEMENT



sumber : Oriental Daily News


Pakatan Harapan akhirnya menyenaraikan barisan kepimpinannya hari ini. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat dinamakan sebagai ketua umum pakatan itu, manakala Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pengerusinya.

Sementara itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memegang jawatan sebagai presiden.

Memetik laporan mStar, setelah 4 jam mengadakan mesyuarat antara pemimpin komponen pembangkang pada 13 Julai, Pakatan Harapan mengumumkan struktur kepimpinannya seperti berikut:


Ketua Umum Pakatan : Datuk Seri Anwar Ibrahim 

Pengerusi Pakatan : Tun Dr Mahathir Mohamad
 
Presiden Pakatan : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail 

Timbalan Presiden Pakatan : Tan Sri Muhyiddin Yassin,  Lim Guan Eng, Mohamad Sabu


Naib Presiden Pakatan : Datuk Seri Azmin Ali,  Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chieng Jien , Salahuddin Ayub 

Setiausaha Agung Pakatan : Datuk Saifuddin Abdullah

Bendahari Pakatan : M. Kula Segaran


Menurut Tun Mahathir, kini Pakatan Harapan sudah mempunyai struktur kepimpinan, namun masih ada butiran lain dalam perlembagaannya yang perlu dimuktamadkan sebelum menyerahkan pendaftaran dan logo kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dalam tempoh seminggu.

Apabila ditanya samada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pilihan sebagai perdana menteri, tegas Tun Mahathir, setelah berjaya membentuk kerajaan, Datuk Seri Anwar akan dibebaskan oleh perdana menteri yang ketujuh yang akan dilantik oleh kepimpinan Pakatan Harapan berdasarkan proses perundangan yang ditetapkan. 

Selain itu, Pakatan Harapan turut melancarkan logo baharu pada sidang media berkenaan.- CARI



Prev.:Pelajar Sekolah Maut Akibat Dilempar Keju Oleh Rakan

Next:Dibelasah Sekumpulan Individu, Lelaki Berlumuran Darah Di Tempat Letak Kereta


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
elohim_yahudi 14-7-2017 06:35 PM
Pengumuman Untuk forummer Sarawakian

Sarawak iboh gago parti politik dari Malaya.
zjen 14-7-2017 07:02 PM
ekceli bukan minat sgt PH,   cuma demi tukar kerajaan iols undi dorg

PAS sori la,  x rela bumi kita jadi sakan taliban

UMNO iols kirim salam dulu,  lenkali dah tukar kerajaan insyaallah undi balik UMNO melainkan sgt puas hati dgn kerajaan PH
zjen 14-7-2017 07:03 PM
kalu la PH berjaya tapi GST masih kekal,  iols say babai jelah
spankee_fili 14-7-2017 07:56 PM
Quote: zjen replied at 14-7-2017 07:03 PM
kalu la PH berjaya tapi GST masih kekal,  iols say babai jelah

lepas 5tahun undi la lagi...
totokreturn 14-7-2017 07:58 PM
Quote: zjen replied at 14-7-2017 07:02 PM
ekceli bukan minat sgt PH,   cuma demi tukar kerajaan iols undi dorg

PAS sori la,  x rela bumi ki ...

Aku sokong... inilah baru betul.minda demokrasi yg sebenarnya untuk rakyat malaysia... barulah negara tak makin hancur...
adm7 14-7-2017 08:01 PM
Apa beza ketua umum, pengerusi dgn presiden? Jawatan syok sendiri nak bagi sedap hati ke?
Skuau 14-7-2017 08:06 PM
'Tunggu dan lihat'.....
RatuDunia94 14-7-2017 08:33 PM
Apa beza Ketua Umum, Pengerusi, Presiden?
Timbalan Presiden, Naib Presiden?
Ramai lak tu yg menyandangnya...
Pajeri_Nenas 14-7-2017 09:54 PM
zzzzzzzzzzz.camni ko nak suruh aku ngundi ko
pyropura 14-7-2017 10:04 PM
..waahhh, semua Mulayu yer yg top, so lobai kon umno tak terkata apa2 dah ... cuna aku takut Umno main jahat, iaitu tak luluskan nama  Harapan ...
pyropura 14-7-2017 10:06 PM
Quote: RatuDunia94 replied at 14-7-2017 08:33 PM
Apa beza Ketua Umum, Pengerusi, Presiden?
Timbalan Presiden, Naib Presiden?
Ramai lak tu yg menyan ...

Macam umno lar - ada Presiden, Pengerusi Tetap, Timbalan Presiden ada Naib Presiden  
Andyscenes 14-7-2017 11:12 PM
Lim kit siang jadi apa?? Mentor je ke??
GhostWalking 14-7-2017 11:27 PM
Sapa la yg cipta logo to nokkk
dinoloveshasha 14-7-2017 11:32 PM
wah che det n anwar dah kamcing.... demi selamatkan msia...., wah
ok je che det penjarakan anwar atas tuduhan liwat.... mujur anwar pemaaf orgnya.... I is kagum......
Siddiqin 15-7-2017 02:37 AM
Harapan tinggal harapan aje lah.
Nama pun tak convincing & motivating.

Banyak manifesto dulu x capai. Tinggal harapan. Pandai janji tapi tak nak tunaikan.

Sesama pakatan pun, x percaya satu sama lain. Pakatan rapuh menunggu rebah sebab kepimpinan x bersatu pun dan ada sejarah2 kepimpinan yg buruk. Tunggu aje lah, isu2 atau sejarah2 itu diungkai akan dtg pergolakan. Nak selamatkan diri masing2 pun x mampu.
Burong_Hantuk 15-7-2017 04:14 AM
sya tetap setia pada barisan nasional
neurelle 15-7-2017 05:44 AM
Hmmmm tunggu dan lihat je la
pyropura 15-7-2017 03:01 PM
Terus terdiam terkedu lobai2 kon umno... tiada lagi ratiban Dapig2, Lim Kitsiang2 ... @whitemagic  @memeque8
sayang_mulut 15-7-2017 03:10 PM
aku pun rasa terkilan dengan PH.. sebab Tun M (not a big fan of him).. tapi sebab nak jatuhkan rejim BN dan sorri PAS wont get my vote (unless hadi and his kuncu are out of PAS)..aku akan vote PH...
Lihat semua komen