Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Isu Semasa 15-7-2017 11:37 PM 12.4K Views
DescriptionKejadian yang jarang sekali berlaku apabila seorang anggota jawatankuasa Umno Bahagian Mersing dikatakan meninggal dunia ...

ADVERTISEMENT



Lazimnya kita sering dengar orang kata mengenai masalah tercekik tulang ikan tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak. 

Selain rasa perit sampai nak telan air liur pun rasa sakit, malah ada kala boleh membawa maut. 


sumber : FMT

Namun baru-baru ini, kejadian yang jarang sekali berlaku apabila seorang anggota jawatankuasa Umno Bahagian Mersing dikatakan meninggal dunia akibat tercekik tapi bukan disebabkan tulang tapi sebaliknya adalah kuih koci. 

Memetik laporan Malay Mail Online, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata kejadian berlaku pada 10.30 pagi ketika mangsa dikenali Mohd Samsi Sapan berusia 56 tahun sedang makan bersama 3 rakannya di sebuah kedai di Jalan Nong Chik.

“Samsi tercekik semasa makan kuih itu dan tidak dapat bernafas sejurus selepas menziarahi jenazah bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Mohd Ali Hassan."


“Beliau dibawa oleh rakannya ke klinik berdekatan dan kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya menerusi kenyataan.

Tegas ACP Shahurinain hasil pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah atau khianat dalam kematian Samsi yang berasal dari Kulai dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.- CARI


Prev.:Awas, Viral Berita Kematian Mr. Bean Dijangkiti Virus!

Next:Gadis Hampir Jadi Mangsa Rogol Ketika Guna Tandas Di Stesen Minyak


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
EJALTI 14-7-2017 07:49 PM
Innalillah...

Takziah buat ahli keluarga...
EJALTI 14-7-2017 07:51 PM





matamata 14-7-2017 07:55 PM
ni mcm kes tecekik kuih mochi kat jepunlah ni
kechikchomel 14-7-2017 07:57 PM
innalillah...takziah utk family.
kazen saya punya bini...ex tunang dia koma sebab tercekik makanan. bape lama ntah kat hospital.

footnote : sedapnya kuih koci
dani-rox 14-7-2017 08:02 PM
kesian, salam takziah.
takda yg reti buat heimlich maneuver ke
cahaya_almas 14-7-2017 08:06 PM
Kena kunyah dulu sbb kuih ni agak likat n melekat....
marla69 14-7-2017 08:06 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Alfatihah
moonbug 14-7-2017 08:06 PM
Innalillah. Ajal dah sampai
slavehunter 14-7-2017 08:10 PM
Aku slalu rasa tercekik kat dada kalau makan swiss roll....swiss roll kan lembut kunyah skit terus telan tu yang cekik kat dada.
EJALTI 14-7-2017 08:11 PM
Quote: dani-rox replied at 14-7-2017 12:02 PM
kesian, salam takziah.
takda yg reti buat heimlich maneuver ke

Iols rasa tak ader rakan2 sesama arwah minum yang tahu buat...paling2 pun, iols speku, rakan2 arwah tepuk2 belakang badan arwah jerk..
EJALTI 14-7-2017 08:14 PM
Quote: cahaya_almas replied at 14-7-2017 12:06 PM
Kena kunyah dulu sbb kuih ni agak likat n melekat....

Betul tuh....kena kunyah secukupnya, baru telan...atau potong dgn sudu atau gigit sket, so makan/kunyah dalam kuantiti yg sedikit...

Kuih favourite iols nih, tak kira la yang salut santan atau tak....memang nyummmm....
wanie84 14-7-2017 08:22 PM
sy penah mengalami situasi tercekik kuih koci ni.
masa tu umur lebih kurang dajah satu.
nasib baik mak nampk dan sempat tepuk kuat2 sblm kuih tu makin ke dlm.
trauma gile.
dah x sentuh langsung kuih lekit2 mcm ni.
sekngucing 14-7-2017 08:25 PM
kuih koci sekarang tak ori
tgok yg dlm gambar tu...
umbut 14-7-2017 08:30 PM
Kuih koci, mochi, fish ball...

Senang kata semua kena kunyah kecil2..

Bahaya juga
dani-rox 14-7-2017 08:38 PM
Quote: EJALTI replied at 14-7-2017 08:11 PM
Iols rasa tak ader rakan2 sesama arwah minum yang tahu buat...paling2 pun, iols speku, rakan2 arwa ...

ha'ahkan barangkali sbb panik jua.
btw kalau tercekik tatkala bersendirian kat rumah ke kat mana2 ke... bole buat sendirik atau guna kerusi



jetrofa 14-7-2017 08:38 PM
penjual kuih koci kena letak amaran 'sila bite sedikit sedikit atau kunyah secukupnya sekiranya anda telan seketul sekali.. terima kasih'
cahaya_almas 14-7-2017 08:43 PM
Suka kuih koci yg ada santan....kt kl lah selalu bersantN....tp bila beli kt kg tkde lak santanya
little_sis 14-7-2017 08:47 PM
penah gak rasa nk tercekik masa mkn kuih koci, pengajarannya, kena mkn sikit2 dan kunyah slow, sebab bendanya liattt.. kalo idak, nk telan maunya tercekik..

anyway, takziah..
kotakbaju 14-7-2017 08:48 PM
Bukan manis ke kuih ni tak berapa minat sangat benda manis2 ni.
Lihat semua komen