CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Mulanya Niat Nak Tempah Parang" - Lelaki 62 Tahun Akhirnya Nikahi "Pucuk Muda"

19-7-2017 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13702| Komen: 79|Original author: Oleh : Hafiz BZ

Description: Benarlah kata orang, kalau dah jatuh cinta usia bukan lagi penghalang. Pada awal Julai lalu,.

Benarlah kata orang, kalau dah jatuh cinta usia bukan lagi penghalang. Pada awal Julai lalu, perkahwinan Slamet Riyadi, 16, dan isterinya Rohaya, 71, telah mencuri perhatian ramai terutamanya masyarakat di Indonesia.


Kini, tular pula tentang pernikahan seorang lelaki warga emas dengan seorang gadis yang 44 tahun lebih muda daripadanya.

Sulaeman Daeng Ngampa, 62 tahun dan pasangannya, Diana Daeng Ngani, 18 tahun selamat diijabkabulkan dihadapan penghulu kampungnya pada 16 Julai lalu di Sulawesi Selatan, Indonesia.

“Setahu saya, tiada paksaan antara mereka walaupun isterinya masih muda,” kata Ketua Kampung, Zainal Arifin Daeng Mangung.


Menurut Kompas.com, pengantin lelaki memberi wang hantaran sebanyak 35 juta rupiah (RM11,264.45) beserta set barangan kemas dan 300 kg beras kepada pengantin perempuan.

Ketika ditemui di rumah mertuanya di Desa Paccellengkeng, Sulaeman menceritakan tentang bagaimana dia mula bertemu dengan gadis pujaan hatinya itu selepas dua bulan isterinya meninggal dunia.

"Setahun yang lalu saya datang ke sini mahu buat parang dan saya lihat anak gadisnya cantik dan baik hati," ujar Sulaeman menceritakan saat pertama kali dia ke rumah bapa Diana yang mempunyai kemahiran dalam bidang pertukangan besi.

Selepas setahun berulang-alik ke rumah bapa Diana yang pada mulanya hanya sekadar mengeratkan sillaturrahim, Sulaeman mula jatuh hati kepada Diana dan mahu melamar gadis itu menjadi isterinya. 


Manakala, Diana mengakui senang dengan perwatakan Sulaeman meskipun mempunyai perbezaan umur yang jauh.

"Saya senang dan suka (Sulaeman) dan tolong doakan mudah-mudahan rumah tangga kami berjalan dengan baik serta diberikan rezeki," kata Diana.

Sumber foto - kompas.com

Ditanya soal anak, Sulaeman yang merupakan seorang petani sangat berharap agar dikurniakan cahaya mata dari isteri yang baru dinikahinya itu walaupun kini dia sudah mempunyai lima anak dan sembilan orang cucu.

"Kalau anak dari isteri saya sebelumnya ada lima orang dan kalau cucu ada sembilan orang dan mudah-mudahan Tuhan mengizinkan saya masih ingin memiliki anak dari isteri saya ini," kata Sulaeman sambil tersenyum ketika ditemui Kompas.com.

Sementara itu, Diana yang berada disisi Sulaeman hanya tersipu malu mendengar pengakuan suaminya itu. 

Persoalan saya kepada semua pembaca-pembaca di sini yang masih bujang, adakah anda sanggup menerima bakal suami atau isteri yang jauh lebih tua dari anda? Bincangkan. - CARI



28

Bagus
14

Marah
16

Terkejut
9

Sedih
11

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 19-7-2017 11:58 AM
aiyoo.. rumah papan je, tapi mampu bagi 300kg beras..  
Quote JDT 19-7-2017 12:09 PM
Themilo replied at 19-7-2017 11:58 AM
aiyoo.. rumah papan je, tapi mampu bagi 300kg beras..

Rumah mentua agaknya?
Quote dubuk 19-7-2017 12:09 PM
ya Allah, cantiknya budak tu
Quote vanillaninja 19-7-2017 12:12 PM
Semoga berbahagia hendaknya.
Quote rastaf 19-7-2017 12:13 PM
dubuk replied at 19-7-2017 12:09 PM
ya Allah, cantiknya budak tu



itu la pasalnya. dah rezeki dia.. macam kena jackpot tu

Quote ffbeauties 19-7-2017 12:16 PM
Kira kayala pokcit ni klu tengok dari hantaran..patutla budak ni punya la cantik pon sanggup..
Quote krustykrab 19-7-2017 12:25 PM
tak geli ke
Quote CiliPadiSedap 19-7-2017 12:40 PM
300Kg beras? agaknya brape kilo make up kt muka ye, kalau akak tampar jerebu kalimantan
Quote CardiGans85 19-7-2017 12:40 PM
X ksh la..da rezeki dia kn..yg penting suka sama suka.isteri tu malu2 kucing jah..

byknya beras bg kt mertua,dekat suku tan tu..mau d jual blk dek mertua.
Quote intan_smsb 19-7-2017 12:48 PM
yindon ni mmg yg mude2 suke pilih yg tua2 ke
Quote tri-max 19-7-2017 12:56 PM
ibarat kancil nak tukar enjin lancer
mampoo ka atuk ??

Quote matchstick 19-7-2017 01:04 PM
biarlah diorng kawen ikut keperluan masing2...kalau ikut pandangan masyarakat, Slamet kawen dgn Diana, Sulaeman  kawen dgn Rohaya ujung2 dua2 pasangan x bahagia. yg muda merempat x cukup makan. yang tua pulak kecewa pasangan x memenuhi keinginan
Quote AyaqMeloSuam 19-7-2017 01:07 PM
Themilo replied at 19-7-2017 11:58 AM
aiyoo.. rumah papan je, tapi mampu bagi 300kg beras..

Umh mentua la kot... hantaran 11k ++... kalo disana.. mmg kaya lorrhh..
Quote Artemesiaa 19-7-2017 01:08 PM
Dah jodoh mereka siapa kita untuk mempertikaikannya
Quote emmet_23 19-7-2017 01:17 PM
beras 300KG??? pehhhh... aku beli beras 15KG pun dah berat nak angkat..
Quote shiedafaizal 19-7-2017 01:25 PM
wahhhh hantaran pun mahal..dengan set barang kemas beserta 300kg beras..sapa mau tolak..
Quote Daisyna 19-7-2017 01:40 PM
beras 300 kg hantar dgn kontena ke?
Quote prettyuglybabe 19-7-2017 01:54 PM
untung la kawin datuk cucu yang kaya..
koman koman nanti jadi janda berharta
Quote Ayda89 19-7-2017 01:59 PM
Atuk tu pun stylo lagi smart je pakaian cam orang muda. Selamat pengantin baru yer tok semoga cepat dapat cucu ehhhh anak hahah

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.056483 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top