CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gagal Bayar Sewa Diusir, Ibu Tua Terpaksa Tumpang Di Restoran Bersama Anak

27-7-2017 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3342| Komen: 17

Description: Diusir keluar kerana gagal membayar sewa bilik akibat kehilangan pekerjaan sejak lebih setahun lalu, seorang ibu tua menjadi gelandangan dan terpaksa membawa anaknya menumpang di sebuah restoran makan ...
Diusir keluar kerana gagal membayar sewa bilik akibat kehilangan pekerjaan sejak lebih setahun lalu, seorang ibu tua menjadi gelandangan dan terpaksa membawa anaknya menumpang di sebuah restoran makanan segera terkemuka di Petaling Jaya sebagai tempat teduhan buat sementara waktu. 


Memetik laporan Malaysiakini, pengarah projek Kechara Soup Society, Justin Cheah bertindak menghulurkan bantuan yang sewajarnya buat kedua-dua ibu dan anak selepas dimaklumkan oleh seorang sukarelawan pada awal pagi Ahad menerusi panggilan telefon.

Hasil perbualan dengan si ibu yang dikenali sebagai Mah, Cheah diberitahu ibu tersebut bahawa sejak kehilangan suami beberapa lama dulu, dirinya terpaksa berusaha sendiri untuk membesarkan anaknya yang baru berusia 23 tahun. 

"Mereka cuba mencari kerja tetapi tidak berjaya kerana penampilan dan berbaju kotor serta tidak terurus," katanya.


Menurut Cheah, anaknya kelihatan "lembam" dan tidak mempunyai keyakinan diri.

Seorang pekerja restoran itu yang hanya mahu dikenali sebagai Punitha, berkata pengurus cawangan berkenaan membenarkan mereka yang tidak mempunyai tempat berteduh untuk tidur di dalam resoran itu.

Kemudian, Cheah menyewa bilik hotel di kawasan Imbi, Kuala Lumpur untuk kedua ibu dan anak bermalam termasuk menyediakan pakaian dan memberi wang tunai agar mereka boleh membeli makanan untuk mengisi perut mereka.

Kisah pilu ibu dan anak tersebut dicatatkan di Facebook peribadi Cheah sambil memuat naik beberapa keping gambar mereka. 

Dalam pada itu, dalam catatannya di Facebook, Cheah turut menyeru orang ramai yang boleh menawarkan pekerjaan yang sewajarnya supaya mereka berupaya untuk mendapatkan tempat penginapan yang merupakan keperluan paling asas buat mereka berdua.- CARI




18

Bagus
20

Marah
20

Terkejut
20

Sedih
19

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 27-7-2017 03:54 PM
siannya, moga2 terbuka pintu rezki buat mereka
Quote miemiecha 27-7-2017 04:34 PM
takziah,... jkm x nak tlg ke?
Quote Penglipurtales 27-7-2017 04:36 PM
Thread ni bukan da ada ke?? Asl forumer cari suka ulang balik thread ada??
Quote pembisikmaut 27-7-2017 04:36 PM
Aneh... msh ada juga china ppft dan fakir di tanahsuci yangkaya raya ini...
Quote dinoloveshasha 27-7-2017 04:37 PM
Penglipurtales replied at 27-7-2017 04:36 PM
Thread ni bukan da ada ke?? Asl forumer cari suka ulang balik thread ada??

diorg mmg slow la sis... wpun berada dlm liga depa sendiri... liga slow....
Quote dinoloveshasha 27-7-2017 04:37 PM
Penglipurtales replied at 27-7-2017 04:36 PM
Thread ni bukan da ada ke?? Asl forumer cari suka ulang balik thread ada??

diorg mmg slow la sis... wpun berada dlm liga depa sendiri... liga slow....
Quote raradhia 27-7-2017 04:38 PM
kesiannya, ya allah nasib baik ada lg insan yg berhati mulia mcm justin cheah ni
Quote missinpiece 27-7-2017 04:55 PM
Moga ada yg sudi membantu. Pnah gak offer2 keje pd yg betul2 memerlukan, demand lebih
Quote dubuk 27-7-2017 05:10 PM
semoga ada sinar bahagia awan kelabu berarak pergi
Quote dekmieDandy 27-7-2017 05:14 PM
anak dah umur 23 tu dah kira dewasa

ke anak di ada masalah

sampai xleh kerja
Quote Skuau 27-7-2017 05:24 PM
Citer 'semalam'....:zz
Quote cmf_almondpecan 27-7-2017 05:37 PM
dekmieDandy replied at 27-7-2017 05:14 PM
anak dah umur 23 tu dah kira dewasa

ke anak di ada masalah

Katanya lembam. Org yg tolong diaorg tu minta majikan2 tolong beri kerja kpd anaknya kerja2 am kat dapur dan seumpamanya. Maknya tu nak kerja cleaner tp belum dpt.
Quote Penglipurtales 27-7-2017 05:37 PM
dinoloveshasha replied at 27-7-2017 04:37 PM
diorg mmg slow la sis... wpun berada dlm liga depa sendiri... liga slow....

Bingainya... sedih aku
Quote debab76 27-7-2017 09:41 PM
Penglipurtales replied at 27-7-2017 04:36 PM
Thread ni bukan da ada ke?? Asl forumer cari suka ulang balik thread ada??

gaji diorang based on brape byk thread dibuka ke?
Quote Penglipurtales 27-7-2017 10:11 PM
debab76 replied at 27-7-2017 09:41 PM
gaji diorang based on brape byk thread dibuka ke?

Sudahlah debab, kau tu suka kat si ikram
Quote babyleo68 28-7-2017 02:32 AM
dekmieDandy replied at 27-7-2017 05:14 PM
anak dah umur 23 tu dah kira dewasa

ke anak di ada masalah

Kalau baca balik ade tulis situ anak die lembam, so kinda difficult to get a job for him... kesian la, harap ade yang membantu untuk bagi pekerjaan yang sesuai dekat dua beranak ni... sedih tengok  
Quote devilito2 28-7-2017 07:44 AM
harap ade yang membantu

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.064210 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top