CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dah Macam Tercekik Tali Gantung! - Netizen 'Hencap' Iklan Anak Tudung

28-7-2017 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10538| Komen: 39|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Rambang mata golongan wanita berhijab sebab berlambak-lambak pilihan dan fesyen tudung terkini yang ada di pasaran sekarang ini. Kalau pakai tudung mestilah dilengkapi dengan anak tudung sekali kan?
Rambang mata golongan wanita berhijab sebab berlambak-lambak pilihan dan fesyen tudung terkini yang ada di pasaran sekarang ini. Kalau pakai tudung mestilah dilengkapi dengan anak tudung sekali kan?


Tak guna kalau luaran sahaja nampak cantik tapi sebenarnya pemakainya berasa rimas sebab pakai anak tudung yang ketat, susah nak kering dan panas.

Disebabkan masalah inilah, sebuah syarikat yang mengeluarkan anak tudung telah tampil dengan iklan yang sangat 'kreatif' bagi menarik perhatian para pelanggannya.

Foto: mStar Online
Pertama kali bila melihat gambar ini, pasti ada yang terkejut kerana aksi model wanitanya dijerut dengan tali gantung, disambar api dan gambaran awan yang mendung.

Eh, apa pula kaitannnya tali gantung, api dan awan mendung dengan anak tudung? Macam tak masuk akal kata netizen.

Selain ada yang memuji iklan ini sangat hebat dari segi kreativiti, ramai juga yang menghentamnya.

Bagi meredakan keadaan dan menghentikan spekulasi orang ramai, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrul Izzam Kamarul Zaman memberikan penjelasan kepada mStar Online.

Sebenarnya 'tali gantung’ itu menunjukkan teknik gambaran kesakitan bagi jika memakai anak tudung yang ketat.

Api pula menunjukkan keadaan pemakai yang berasa panas dan rimas kerana kain anak tudung yang digunakan tidak sesuai. Elemen mendung pula menunjukkan anak tudung yang susah untuk dikeringkan.

Dah jelas pun mesej yang nak disampaikan dalam iklan tersebut. Lain kali jangan main hentam sahaja ya. -CARI
17

Bagus
22

Marah
23

Terkejut
20

Sedih
21

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 28-7-2017 11:15 AM
apa yang susah nak paham iklan tu?  pelik betul la sesetengah netizen ni...
Quote mieymiey 28-7-2017 11:22 AM
Hijabers zaman sekarang pun ramai yang pakai tudung bawal stail jerut leher sendiri.
Quote buapakperut 28-7-2017 11:22 AM
lawak la yg terjerut tu.. mate die siap lebam2. iols terbayang kan joyrepah pose ala2 snow white mati kejung
Quote mzzenma 28-7-2017 11:29 AM
I am fully aware of kebodohan netizen..but this took it to a whole new level lah
Quote Cyempaka 28-7-2017 11:32 AM
semua pun nak hencap. bosannya mereka2 ni... tali gantung pun nak hencap ke.
model yang kena gantung kau pulak yang panas dah kenapa
Quote kerunai 28-7-2017 11:32 AM
ikaln haram jadah mana yg buat ni ?

dah bodoh sangat tadak idea dah ka

senang aje

pi makan taik lembu nuh ..bagi ada akai sikit
Quote Suchi 28-7-2017 11:37 AM
Ni iklan inner sejuk tu kn. Sapa dah pkai ok tak. Melekap elok tak bila dah lama pkai?
Sbb akak pkai inner alhumaira. Lama2 jd longgar gaklah tp still blh pkai.Xtahula kalo muka akak makin kecut ke apa. Akak kalo blh nk la melekap kemas mcm model dia pkai time wat tutorial tu.
Quote CiliPadiSedap 28-7-2017 11:41 AM
mudah2 dpt viral bagus advertiser cmni boleh buat google ads guna image ni. confirm acik2 kepam beli beratur macam beli tudung donald duck
Quote Artemesiaa 28-7-2017 11:45 AM
Iklan cam ni pun nak sentap geng negative thinking suma benda pun nak dikomen
Quote missinpiece 28-7-2017 12:44 PM
Me pkai inner x pernahla padan ngan sempurna. Ketatla, longgarla. Last2 setia ngn inner yg bebudak pkai ngn tudung skolah tu. Aman
Quote vanillaninja 28-7-2017 12:56 PM
Iklan ni selalu je muncul dalam IG I. Punya la simple, straightforward pun orang boleh tak faham?
Quote jointhecurse 28-7-2017 01:24 PM
hiperbola tp bg ak smpai ja mksd dia
Quote Jajabeans 28-7-2017 01:55 PM
missinpiece replied at 28-7-2017 12:44 PM
Me pkai inner x pernahla padan ngan sempurna. Ketatla, longgarla. Last2 setia ngn inner yg bebudak p ...

yg tu jugak paling sedap dipakai kan
Quote insulin 28-7-2017 02:48 PM
Terbaik punya iklan...
Quote redapple10 28-7-2017 03:19 PM
Marketing strategi terbaik..padahal anak tudung jer.. boleh la justify beli jarga rm39 padahal yg harga rm5 melambak jer..
Quote Star_el 28-7-2017 03:26 PM
laki ke perempuan yg kritik iklan ni?
straightforward je nmpk. Besela iklan kena hiperbola.
Quote missinpiece 28-7-2017 03:26 PM
Jajabeans replied at 28-7-2017 01:55 PM
yg tu jugak paling sedap dipakai kan

Terbaekk  
Quote pittjie 28-7-2017 03:54 PM
eh korang yang pakar .... meh suggest kat akak inner yang selesa dan tak labuh. susah la cari inner yang best. selalu mendapat yang tercekik kat leher. labuh yakmat sampai kena pin bagi pendek. akak tak suka inner selit dlm baju. panas la uols.
Quote kerepektempe 28-7-2017 04:35 PM
Mesti netz ni tafsir iklan ni lain.. tu yg nk marah tu..

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.258830 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top