CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dikecam Bertubi-tubi Oleh Pemimpin UMNO, Ini Reaksi Tun Mahathir

3-8-2017 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4621| Komen: 23

Description: Setelah keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) serta bergabung dengan Pakatan Harapan, para pemimpin UMNO termasuk beberapa pemimpin tertinggi parti komponen Barisan ...
Setelah keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) serta bergabung dengan Pakatan Harapan, para pemimpin UMNO termasuk beberapa pemimpin tertinggi parti komponen Barisan Nasional bertindak memburuk-burukkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi pelbagai media arus perdana.


Jentera UMNO yang dikuasai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan sanggup melakukan apa sahaja cara semata-mata hanya untuk memusnahkan legasi bekas Perdana Menteri itu.

Ini berikutan Tun Mahathir semakin lantang menyuarakan pendapatnya berhubung isu skandal penyelewengan kewangan 1MDB serta keinginannya untuk memastikan Najib mengundur diri. 

Sehubungan itu,ketika sesi temubual bersama The Malaysian Insight, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan dirinya langsung tidak mengambil peduli terhadap serangan UMNO dan Barisan Nasional. 

Baginya semua itu merupakan lumrah politik dan dendam peribadi. 


Beliau yakin majoriti rakyat sentiasa memberi sokongan padu dan sedar apa yang dilakukannya adalah demi kebaikan masa depan negara dan bangsa Malaysia. 

Berikut adalah sedutan wawancara tersebut:

Soalan: Adakah Tun terkejut dengan serangan baru-baru ini oleh timbalan perdana menteri?

Dr Mahathir: Saya tau dia ni, anti sayalah. Dia juga antara orang yang cuba nak jatuhkan saya. Dia (Zahid) ingat dia boleh pujuk Najib untuk berhenti lepas tu dia naik jadi perdana menteri.

Saya kata kat dia, kalau pun Najib berhenti, tak semestinya dia naik jadi perdana menteri, kerana Umno ada hak untuk memilih siapa yang nak ganti Najib.

Soalan: Minggu lalu, Zahid mempertikaikan keturunan Tun, mengatakan “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty.” Komen Tun?

Dr Mahathir: Inilah contoh pemimpin berkualiti rendah. Bila berkuasa, mereka akan sokong saudara. Bila saudara tidak berkuasa, dia akan sokong orang lain dan hentam saudara.

(Umno) yang pilih saya, bukan saya yang pilih dia. Saya ahli biasa Umno, saya bukan daripada keturunan elit.

Tetapi saya dipilih Tun Razak. Tun Hussein dinasihatkan Tun Razak (untuk memilih Dr Mahathir sebagai timbalannya). Saya tak boleh pilih Umno, Umno yang pilih saya.

Soalan: Bagaimana Tun boleh tahan dengan serangan demi serangan sekarang?

Dr Mahathir: Daripada dulu, masa saya jadi perdana menteri, orang panggil saya Mahazalim, Mahafiraun. Bagi saya itu politik. You have to demonize your opponents. You tak boleh kata opponent you ini baik. Jadi ini politiklah. Bagi saya, percubaan untuk memburukkan imej saya ini datang daripada musuh. Kalau ada orang nak percaya dia percayalah, tapi majoriti orang tak percaya saya tak buat apa pun (untuk negara).

Ternampak depan mata apa yang saya dah buat. Dia nak kata saya tak buat. Ada bukti, daripada dulu lagi. Majalah Time terbit (laporan tentang saya) "The Great Builder".

Jadi saya build something-lah kot. Sebab itu masuk (majalah)… Time magazine bukan kawan saya. Tapi dia tulis jugak. Banyak laporan lain juga. (Majalah mingguan Time, pada Disember 1996 melalui rencana fokusnya, mengiktiraf Dr Mahathir sebagai "master planner" atas peranannya membangunkan Malaysia.)

Saya tak fikir majoriti rakyat terima. Dia marah lagi ada, yang marah bila Najib kata kononnya saya tak buat apa-apa. Dia (Najib) duduk dalam rumah yang saya buat. Dia kerja dalam pejabat yang saya buat. – 3 Ogos, 2017.- CARI


14

Bagus
17

Marah
22

Terkejut
17

Sedih
22

Lawak
51

Bosan

Friends Rank (143 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tungkai 3-8-2017 01:24 PM
Dia (Najib) duduk dalam rumah yang saya buat. Dia kerja dalam pejabat yang saya buat


Aku tak sokong mana2 ahli politik tapi ayat ni kalau tak terasa..aku tak tau la...hahaha
Quote Skuau 3-8-2017 01:45 PM
tungkai replied at 3-8-2017 01:24 PM
Aku tak sokong mana2 ahli politik tapi ayat ni kalau tak terasa..aku tak tau la...hahaha

Kang dia buat 1 lg tuk dr sndr...mengata plk bazir duit rakyat....senang ckp...apa yg kita ada hari ini...adalh usaha mereka terdahulu drp zaman TAR sampailah ke NTR...
Quote bawangputeh 3-8-2017 02:44 PM
weiii sempoi giler jawab...
Quote AbukRokok 3-8-2017 02:45 PM
tungkai replied at 3-8-2017 01:24 PM
Aku tak sokong mana2 ahli politik tapi ayat ni kalau tak terasa..aku tak tau la...hahaha

ni najiblah.... kulit muka setebal kulit gajah

Quote Sazida 3-8-2017 02:54 PM
Terbaik la Tun....{:good
Quote dinoloveshasha 3-8-2017 03:04 PM
tungkai replied at 3-8-2017 01:24 PM
Aku tak sokong mana2 ahli politik tapi ayat ni kalau tak terasa..aku tak tau la...hahaha

luka kecik.... bak kata anwar
Quote Loxlaxman 3-8-2017 04:01 PM
Bila bini dah terlalu gemuk, nescaya segala kebaikan yang suami lakukan diserap oleh ketulan-ketulan lemak tubuh bininya..Surah Al Kalut, ayat 44..
Quote wajevo 3-8-2017 04:12 PM
Kalau sembang dia ajelah yg sempurna.
Quote jazaa100 3-8-2017 04:15 PM
Edited by jazaa100 at 3-8-2017 04:16 PM

Sedih aku tgok tunskrg....
Org takhargai jasatun....
Melayu mudah lupa .....
Quote oppol 3-8-2017 04:34 PM
tungkai replied at 3-8-2017 01:24 PM
Aku tak sokong mana2 ahli politik tapi ayat ni kalau tak terasa..aku tak tau la...hahaha

Kau pun dah nyanyuk macam tun..
Yang bina bangunan tu indon,bangla,myanmar......pakai duit rakyat..
Quote dodolgemok 3-8-2017 04:47 PM
wajevo replied at 3-8-2017 04:12 PM
Kalau sembang dia ajelah yg sempurna.

Kalau lobai sembang, diaa jelah yg maksum
Quote lvsg8 3-8-2017 05:02 PM
sempoi je cara tun menjawab....mati kutu la jibby ngan wak jahid nak serang menyerang tun lagi...
Quote Simunggu 3-8-2017 05:12 PM
mesti..semua pemimpin ada jasanya...ada warisannya...ada pembangunannya...tapi kalau dah bersara tu...buat lah cara org yg sudah bersara....rehat shj lah Tun....apa nak sebok lagi...dunia tak akan kiamat kalau Tun x ada...
Quote wajevo 3-8-2017 06:29 PM
dodolgemok replied at 3-8-2017 04:47 PM
Kalau lobai sembang, diaa jelah yg maksum

Alah dodol, ujung-ujung besok laki kau pun lobai.
Quote HoneyManjer 3-8-2017 09:38 PM
Always support tun! U r my role model in career world...i byk follow ur style...{:hooray
Quote kamil8891 3-8-2017 09:56 PM
tun M sentiasa didepan... walaupon kuasa raja2 direndahkan selepas kes arwah ATOK tmj lempang mufti sampai bengkak tgn hahaha...last2 mufti tu jugak bg air tawar alhamdulillah... *sayaBelomDaftarMengundi kikikiki
Quote dcruins 3-8-2017 10:03 PM
eleh eleh, habis tu rumah PM & Pejabat PM yg lama sebelum Putrajaya tu siapa yg duduk kat sana?? bukan PM sebelum you ke yg bina??berbelas tahun gak you duduk & kerja sebelum Putrajaya siap.....
Quote kelana36 3-8-2017 10:30 PM
berahun tahun aku duduk/ kerja kat luar negara. jumpa ramai orang.semua puji mahathir  sebab berjaya memodenkan malaysia dan mengharumkan nama negara, semakin dikenali di mata dunia , semakin galak ekonomi berkembang, sebagai ramai pelabur dan pelancung datang. ada yang berseloroh nak pinjam dr mahathir untuk membangunkan negara mereka.

tapi sekarang sudah sliding down, bertukar 180 darjah. banyak negatives dari positif. sebab bukan mahathir lagi.
Quote pulauturtle 3-8-2017 10:37 PM
seperti biasa, A/L kutty ni boleh tipu melayu saja, umno tak boleh

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.064706 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top