CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penggunaan Istilah 'Private Message' Boleh Didenda RM50,000, Dipenjara

4-8-2017 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9875| Komen: 95|Original author: cmf_conan

Description: Add Image Caption HereAmbil perhatian buat mereka yang gemar membeli secara atas talian!Kini penggunaan istilah PM yang merujuk kepada Private Message jika ada bakal pelanggan berminat dengan produk d ...

Add Image Caption Here


Ambil perhatian buat mereka yang gemar membeli secara atas talian!

Kini penggunaan istilah PM yang merujuk kepada Private Message jika ada bakal pelanggan berminat dengan produk dijual kini merupakan kesalahan di sisi undang-undang.

Terbaru, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan hari ini memberi amaran kepada peniaga atas talian supaya tidak lagi mengamalkan akronim itu ketika urus niaga.

Malah peringatan keras itu turut melibatkan mana-mana laman sesawang perniagaan agar wajib memaparkan harga barangan yang dijual dan menerangkan maklumat produk dengan jelas seperti apa yang pengguna ingin tahu.

Pengarah Penguatkuasaan KPDNKK, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata tindakan ini bagi melindungi hak pengguna malah undang-undang sedia ada mewajbkan peniaga meletakkan harga dan informasi sebelum transaksi.


“Penguat kuasa KPDNKK akan memburu mereka yang didapati mengiklankan produk menerusi atas talian tetapi tidak pula menyatakan tanda harga barang dijual sama ada sengaja atau tidak.” 

Tegasnya lagi, peniaga terbabit perlu mengikut peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dengan harus memaparkan beberapa maklumat seperti berikut:

*Harga perlu dibayar
*Nama penjual atau syarikat
*Nombor Pendaftaran Perniagaan
*Maklumat untuk dihubungi seperti nombor telefon atau alamat atau emel
*Keterangan produk
*Kaedah pembayaran
*Terma dan syarat
*Anggaran masa penghantaran

Individu yang gagal mematuhi lapan ketetapan asas disenaraikan oleh pihak KPDNKK boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih daripada tahun atau kedua-duanya sekali.- CARI
                       

10

Bagus
24

Marah
37

Terkejut
21

Sedih
22

Lawak
42

Bosan

Friends Rank (156 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dcruins 3-8-2017 05:42 PM
Bagus gak peraturan baru ni....
Quote ultra78 3-8-2017 05:47 PM
Kan. Mmg bangang penjual yg suruh org pm dia
Quote batmana 3-8-2017 05:54 PM
pasni, tulis kt bwah komen tu

PM kpdnkk

Quote dinoloveshasha 3-8-2017 05:56 PM
ultra78 replied at 3-8-2017 05:47 PM
Kan. Mmg bangang penjual yg suruh org pm dia

sbb nak main harga la tuh....
Quote CiliPadiSedap 3-8-2017 05:59 PM
cm ada pelanggan 'cerdik'  juga dik, dah tulis description panjang berjela last2 pm tanya harga.

masih dalam proses educated customer..
Quote cmf_conan 3-8-2017 06:23 PM
antara alasan paling top sebab dorang buat mcm tu:

nanti dorang punya posting boleh up selalu sebab sentiasa ada orang komen PM PM..

dah letak harga pon ada yg tanya lagi harga, baik xyah letak harga, sambil2 tu boleh gak posting ni selalu up balik.

dah letak harga tau la nanti sapa jual murah ke jual mahal ke..

Quote b_n_c 3-8-2017 07:13 PM
batmana replied at 3-8-2017 05:54 PM
pasni, tulis kt bwah komen tu

PM kpdnkk

good idea, x sabar nk reply...
Quote cmf_premierleag 3-8-2017 07:30 PM
Ada sesapa panggil saya ke?  
Quote ShiningStars 3-8-2017 07:31 PM
Bagus juga mcm ni..malas nak berpm bagai
Quote judicata 3-8-2017 07:52 PM
bagus. aku paling benci nak PM harga ni. letak je la harga trus. harga dulu baru explain psl product berjela bawah.
Quote dubuk 3-8-2017 07:53 PM
nak niaga, niaga lah betul betul tengok macam lazada mana ada pm pm
Quote dubuk 3-8-2017 07:54 PM

kenapa gambar ni kelabu je

Quote nuralisa 3-8-2017 07:57 PM
Kadng2 aku dah PM di suruhnya watsapp ..annoying betul la
Quote aHoi83 3-8-2017 08:21 PM
I mmg tak hingin nak pm bila org buat iklan gitu. Pegi mampos
Quote jfq 3-8-2017 08:34 PM
Selayaknya la.
Quote jfq 3-8-2017 08:35 PM
Lepas ni smua online biz kena register dan pampangkan company registration #
Quote jfq 3-8-2017 08:37 PM
Termasuk juga travel agency yg iklan kat fb. Tulis travel package panjang2 lepas tu x letak harga. So annoying
Quote precious_chicas 3-8-2017 09:22 PM
Memang baguslah macam ni. MMg menyampah kan nak beli kalau dalam fesbuk. Baik bukak lazada.
Quote syidasaleh 3-8-2017 09:29 PM
goob job.plg tak phm dah meniaga tak nak letak harga.klu org jual buah kat pasar tau pulak korg nak marah.chettt

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.079427 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top