CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Bukan Tak Boleh, Tapi...

4-8-2017 12:31 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 6394| Komen: 36

Description: “Dunkirk” memang power. Filem perang arahan Christopher Nolan yang mengisahkan gerakan menyelamatkan tentera bersekutu yang terperangkap di pelabuhan Perancis berdekatan Selat Inggeris ketika tenter ...
“Dunkirk” memang power. Filem perang arahan Christopher Nolan yang mengisahkan gerakan menyelamatkan tentera bersekutu  yang terperangkap di pelabuhan Perancis berdekatan Selat Inggeris  ketika tentera Jerman mara memasuki Perancis pada tahun 1940 - masa perang dunia kedua. 


Dah tengok? Saya belum. Tapi kawan saya dah. Balik dari panggung wayang terus dia post kat fb. Dia tanya siapa yang boleh buat filem “Kota Baru “ – pendaratan askar Jepun di Malaya waktu perang dunia kedua.

Pada saya ada. Orang filem kita ada yang boleh. Industri filem kita ada penerbit, pengarah, cinematographer dan team yang boleh menghasilkan filem perang untuk menjawab pertanyaan kawan saya itu.

Orang filem kita mampu mengeluarkan atau mencari bajet besar. Filem perang memang perlu bajet besar. Apatah lagi filem World War Two. Bukan sekadar peralatan ketenteraan tapi kena ambil kita kostum, lokasi dan segala macam untuk menggambarkan keadaan tahun 1940. Casting pun mesti menyeluruh.

Yang pasti ada dan boleh. Orang filem kita ada kepakaran, kemahiran dan kreativiti serta teknologi untuk melahirkan fiem macam itu. Kalau tak sehebat Dunkirk pun sekurang kurangnya hasil kerja yang tidak memalukan.


Namun orang filem kita dikenakan pelbagai halangan dan sekatan.Terlalu banyak pantang larang yang dikenakan pihak berkuasa termasuk lembaga penapisan.

Pelbagai pantang larang yang mesti mereka ambil kira. 
Kalau ingkar, langgar arahan atau tidak ikut garis panduan yang disediakan, filem tidak boleh disiar dipanggung wayang. Maknanya rugi besar. Rugi duit, rugi tenaga, rugi segalanya.

Peraturan membabikan penerbitan semua filem. Tak kira filem perang, filem kelakar (oops maksud saya komedi), filem cinta, muzikal, hantu.

Apa pantang larang yang dimaksudkan?

Pakaian menjolok mata, adegan seks, lucah. LGBT – itu semua kita dah maklum. Begitu juga dengan sensitiviti keagamaan.

Selain itu orang filem kita diberitahu filem mereka tidak boleh ada unsur negatif. Contoh - adegan orang hisap rokok, minum arak sebagainya.


Sebab? Pihak berkuasa kata itu semua akan memberi kesan negatif kepada penonton (rakyat Malaysia).

Pelik. Bayangkan adegan kelab malam di mana pengunjung tidak merokok dan minum arak. Akibatnya sesuatu yang tidak real kerana kita tahu apa atau bagaimana suasana dan keadaan dalam kelab malam. 

Adegan membabitkan pengambilan rasuah kakitangan kerajaan atau anggota polis dilarang. Perlu diingat gejala rasuah wujud. Tetapi adegan rasuah dalam filem tidak bermaksud filem yang dihasilkan menuduh rasuah berleluasa di negara ini. Atau semua anggota polis korup. Adegan itu mesti dilihat secara total dan dalam konteks  filem.

Turut dilarang – orang jahat menang. Atau kejahatan mesti kalah. Diakhir filem si jahat mesti tewas dan menerima padah dan dihukum atas kejahatan mereka.

Adakah itu realiti? Walaupun kita semua tidak suka dan tidak mahu kejahatan bebas begitu sahaja. 
Objektif pihak berkuasa ialah mesej filem mesti crime atau evil does not pay.

Tapi kan ini sekadar filem? 

Foto: Carian internet
Dan bagaimana pula dengan filem yang berdasarkan kisah benar di mana watak utamanya orang jahat yang berjaya melepaskan diri? 

Maknanya filem kisah benar atau mengenai sejarah tidak boleh dihasilkan jika tidak ada “unsur positif “ seperti yang dituntut pihak berkuasa .

Yang mereka mahu hanya adegan yang baik baik. Lantas menjadi filem yang tidak boleh atau susah untuk penonton menghayati. Susah nak “relate”.

Dengan pelbagai larangan dan patang larang seperti itu, orang filem kita terikat dan tidak dapat express talent dan cita rasa masing masing.

Maka kita disajikan dengan filem yang ada sekarang, yang “selamat” yang kadang kala dikutuk dan dikritik.
21

Bagus
19

Marah
19

Terkejut
27

Sedih
20

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (123 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote carly_lah 4-8-2017 12:43 PM
tgk online je.....
Quote zjen 4-8-2017 01:06 PM
para pengiat seni ni  ....    bila lagi nak sedar zaman dah berubah  ....  dulu zaman 50 an masih xde TV,  filem menjadi hiburan utama,  sejak ada tv studio jalan ampas kat singapore pon terpaksa tutup


kang TV pon anak muda rasa bosan,  dah masuk trend wasup,  wechat,   game henfon ....  kat youtube nak tgk bideo apa pon ada,  MV lama MV baru semua ada


budak lelaki lagi susah dok rumah ...  mostly keluar lepak cari awek


idea citer tentera jepun mendarat kota baru wlpon baik,   tapi soal nye berapa ramai yg akan beli tiket mahal layan kat pawagam,   takat citer hantu,  lawak,  cintan cintun yg bajet x tinggi boleh la cover  

ekceli byk lagi citer menarik yg masih belum di buat filem  ... kisah sejarah tengku abdul rahman,  kisah chedet ( kang kompem di haram ) ,    kisah sejarah kak mah


ataupon kisah mona fendi ... atau kisah kematian budak zulfarhan ....  sejarah P.Ramlee pon belum lagi buat filem dia,  cuma ada dokumentari yg omputih buat


kisah mariani pon menarik,  dr dia muda,  bertanding miss singapore,  pastu bercinta dgn P.Ramlee ...  byk lagi la kisah


tulah pasal naper iols nak BN jatuh,  baru la ada byk kisah sejarah dr haram akan menjadi halal .... begitu juga iols x suka agama amik peranan politik
Quote Skuau 4-8-2017 01:12 PM
Soalan nya...kita ada dh filem perang...tp kenapa masih 'tak boleh jual'?
Quote bit 4-8-2017 02:06 PM
Citer melayu kena di alam khayalan jer, polisnya baik baik, politician bersih, kelab malam minum soda...

Negara India yg rasuah hebat pun tak tersentap bila karyawan buat filem polis rasuah...tp kita
Quote renko 4-8-2017 05:20 PM
pelakon kena kayu kayan
pastu tajuk ala2 hipster
cte cmni je boleh
Quote grouper 4-8-2017 05:37 PM
Minggu ni ada citer remy ishak ngan bront kat wayang..ada org tgk ke cite tu...baik letak kat slot cerekarama ja...btw sape dah tgk cite wu jing yg baru tu...wolf warrior 2..mmg terbaik sepuluh bintang
Quote RatuDunia94 4-8-2017 11:17 PM
Kisah biografi P Ramlee tu menarik.. Tp takut kalau buat mesti hasilnya alahai..
Quote ashcroft86 4-8-2017 11:49 PM
Baru tengok dunkirk kelmari kt imax. 10bintang! Score musik hans zimmer memang roh kepada cerita tu, xde dialog sgt pon crite tu. Karya nolan paling straight forward. I mmg berdebar2 sepanjang movie. Sound system imax sangat2 memberi kelainan. And janna nick, memang bodoh. Thinking to see it again kt wayang.

Penggiat filem lokal, xpayahlah berusaha klu majoritas penonton msia ni tahap2 janna nick je. Wat rugi duit and tenaga je. Meleis2 yg tgk pon rerempit je and acik2 kepam je.
Quote sekngucing 5-8-2017 12:26 AM
industri melayu melukut tepi gantang... tgok. la. poster billboard di kl tu... film. omputeh semua... ciba pegi thailand .. india... film diorang la yg utama
Quote edee_91 5-8-2017 07:20 AM
ashcroft86 replied at 4-8-2017 11:49 PM
Baru tengok dunkirk kelmari kt imax. 10bintang! Score musik hans zimmer memang roh kepada cerita tu, ...

aku syak otak ummah malaysia dah berevolusi downgrade berpadanan dengan taraf2 filem sampah kita. itu yang kita dapat set2 janna nick tu.
Quote armin 6-8-2017 04:15 AM
zjen: para pengiat seni ni  ....    bila lagi nak sedar zaman dah berubah  ....  dulu zaman 50 an masih xde TV,  filem menjadi hiburan utama,  sejak ada tv  ...


Meols rasa bn dah cukup terbuka kalau bab2 ni. Tengok jela kelantan panggung wayang pun tak Boleh. Kalau bn jatuh meols tak tau ler apa rupa malaysia ni.. bab corrupt tu tak payah masukla.. mana2 pun sama je corrupt.

Btw haritu ada ternampak few scenes cerita pasal mona fendi tu. sumpah cakap movie tu memang seram gila. Seram sgt2 weh. Tak tau mcm mana umie aida berlakon mcm mana part dia menurun ke baca mantera tu. trauma hokeh lepas tengok scene tu. Patut pun diharamkan. Tp teringin sgt2 nak tgk full
Quote armin 6-8-2017 04:16 AM
Skuau: Soalan nya...kita ada dh filem perang...tp kenapa masih 'tak boleh jual'?

And filem perang kita not bad kan. Yg terbaru pun ada tak ingat tajuk apa.
Quote armin 6-8-2017 04:20 AM
sekngucing: industri melayu melukut tepi gantang... tgok. la. poster billboard di kl tu... film. omputeh semua... ciba pegi thailand .. india... film diorang la y ...

Movie thailand mostly lagi advance dari kita. Baik movie lawak, movie cinta dorg pun lagi kreatif dari kita.
Quote chinta89 6-8-2017 09:12 AM
kat mesia ni apepun x boleh... so, ape je nk maju dlm industri? semua acah2 nk blakon pakai tudung, xnk adegan bersentuhan etc.

dah tu ko x yah la blakon.

x boleh wat 'realiti' mcm tulisan kat atas tu.. suasana kelab malam tp xde rokok, arak, perempuan murahan sekeliling, lelaki pemabuk...
Quote Decaffeinated 6-8-2017 10:31 AM
zjen replied at 4-8-2017 01:06 PM
para pengiat seni ni  ....    bila lagi nak sedar zaman dah berubah  ....  dulu zaman 50 an masih xd ...

dah tengok biopic Saloma yang Melissa Saila buat tu..... tak menyesal la.... not bad



Quote Decaffeinated 6-8-2017 10:35 AM
bit replied at 4-8-2017 02:06 PM
Citer melayu kena di alam khayalan jer, polisnya baik baik, politician bersih, kelab malam minum sod ...

dalam rumah pun bertudung litup..... bila orang kapir tengok (kalau tengoklah) akan kata susahnya jadi wanita muslim....



Quote Decaffeinated 6-8-2017 10:37 AM
ashcroft86 replied at 4-8-2017 11:49 PM
Baru tengok dunkirk kelmari kt imax. 10bintang! Score musik hans zimmer memang roh kepada cerita tu, ...

siapa janna nick? sekali baca macam nama kokesen.... dua kali baca macam ummah lokal....



Quote Decaffeinated 6-8-2017 10:39 AM
armin replied at 6-8-2017 04:20 AM
Movie thailand mostly lagi advance dari kita. Baik movie lawak, movie cinta dorg pun lagi kreatif  ...

industry pengiklanan mereka jadi bahan kajian untuk banyak kursus pengurusan...



Quote Decaffeinated 6-8-2017 10:44 AM
sekngucing replied at 5-8-2017 12:26 AM
industri melayu melukut tepi gantang... tgok. la. poster billboard di kl tu... film. omputeh semua.. ...

Thailand has the mass

rakyat dia 60+ juta untuk layan filem lokal

Malaysia cuma 20+ juta tolak Cina Keling nak harap melayu ja....



Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.239563 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top