CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Uncle Wong Si Gelandangan...

14-8-2017 07:05 AM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 8765| Komen: 20

Description: Malam tadi masa abanG turun ke street bersama beberapa rakan NGO/NGI, dan yang menarik perhatian abanG bila bersama Uncle Wong ini...Uncle Wong merupakan homeless di Pudu, berasal dari Perak dan kini ...

Malam tadi masa abanG turun ke street bersama beberapa rakan NGO/NGI, dan yang menarik perhatian abanG bila bersama Uncle Wong ini...

Uncle Wong merupakan homeless di Pudu, berasal dari Perak dan kini menetap di kaki lima Pudu, meneruskan saki baki hidup yang tinggal.

Masa zaman kegemilangan Hentian Pudu, Uncle Wong ini bekerja sebagai penjaga bag di tempat penyimpanan bag Hentian Pudu, bertahun beliau bekerja di situ dengan pendapatan tetap dan tempat tinggal disediakan.

Sehingga perkhidmatan Hentian Pudu dinaiktaraf dan bas diasingkan mengikut kawasan perjalanan...Perniagaan tokey kepada Uncle Wong mula merosot sehingga menyebabkan terpaksa ditutup 😓

Keinginan dan kehendak untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur menyebabkan beliau tidak mahu pulang ke kampung halaman...hasil menabung semasa bekerja di tempat menyimpan bagasi di Hentian Pudu satu ketika dahulu membuahkan hasil apabila beliau memiliki sebuah motor (bayar cash) untuk memudahkan beliau bergerak ke sana ke sini.


Selain itu memudahkan beliau bekerja jika khidmat tulang empat keratnya diperlukan.

AbanG sempat selitkan pertanyaan tentang apa yang berlaku sejak dua menjak ini dengan kawan gelandangan..


Here what Uncle Wong cakap:

abanG : Uncle tahu tak ape yang terjadi dengan kawan gelandangan kita ni, mana mereka?

Uncle : Tahu...mereka banyak sudah kena angkut oleh pihak berkuasa, mereka bawa jauh tempat, tak tahu berapa lama akan pergi. Ini semua silap kita juga suka buat sepah suka mintak same semua orang.

abanG : Uncle tahu kan pihak berkuasa tak bagi org tidur tepi jalan lagi?
Uncle : Ya ya tahu...uncle pun sudah 2 kali kena soal...tapi lepas... kerana uncle kerja sini penjaga kedai lorong ini...mereka ada call majikan uncle..... so tak ade masalah.

Lagi pun pihak berkuasa angkut mereka yang betul-betul tak ade kerja...jika ada kerja buat ape mereka nak ambil....sini ramai kawan homeless yang ada kerja tapi TAK KENA ANGKUT MA.

abanG : Uncle tahu tak kenapa pihak berkuasa buat macam ini?

Uncle : Itu hari masa bulan puasa hari2 ada orang bagi makan.... sampai jam 5 pagi mereka bagi makan.... bukan satu atau 2 group setiap malam tetapi sampai 20 ke 30 group datang setiap malam.... lepastu mereka bagi setiap seorang 5 ke 6 bungkus suruh habiskan.... kalau kita tak nak ambil mereka letak je tepi tiang,tepi pokok...... esok pagi Alam Flora sapu buang semua makanan tak tercuit...

Yang kena kita juga
Yang salah kita juga
Yang busuk kita juga
Janji mereka lepas....kita juga yang dipersalahkan...... macam kes dekat Masjid negara tu mereka viralkan buang makanan banyak kan....
Itu pasal pihak berkuasa MARAH dan buat keputusan macam ni....

abanG : Jika ada peluang apa uncle nak cakap dekat pihak berkuasa?

Uncle : tak adak tak adak......

abanG: Okay lah uncle jaga diri... jaga kesihatan...jangan ambil dadah ya...nanti saya datang lagi ❤

abanG beransur ke tempat lain tinggalkan Uncle Wong dengan motor dia.


Uncle Wong merupakan seorang homeless yang mempunyai kerja...gaji yang beliau dapat cukup untuk lepas duit makan dan rokok sahaja....beliau memilih untuk tinggal di kaki lima jalan bersama motor dan kerusi malasnya atas faktor kewangan yang terhad.

Bukan semua homeless ini malas dan tak bekerja, mereka hanya tiada rumah dan memilih untuk tinggal di tepi jalan sebab itu namanya (homeless)

Uncle wong seorang homeless MUALAF ☺

#empireproject #streetfeeding #homeless #gelandangan
19

Bagus
16

Marah
14

Terkejut
18

Sedih
12

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raradhia 14-8-2017 08:05 AM
syukurlaa iols msh ada tempat berteduh {:cryrun

kekdg, ada semua pun tp msh lg kita ni d ketegorikan sbg xbersyukur. .msh lg maw itu ini, tambah itu ini. .pdhal itu kehendak ja, bkn keperluan. .

kalau org yg mampu xapa laa, bonus bg mereka. .
Quote EvieWanKenobi 14-8-2017 08:10 AM
berlebih2 juga ye bekalan makanan tu..
Quote otai_g 14-8-2017 08:19 AM
Harga rumah da la mhl. Nk sewa umah area sekitar kl pun mencekik. Jd jgn tny la knp rmi jd gelandangan.

gaji 1k, sewa rumah 8 rat. Anjeng pun blh mati kalo mcm ni.
Quote EncikRhoma 14-8-2017 09:28 AM
sesetengah orang buat program bagi makan untuk gelandangan ni macam syok sendiri pulak. Takde rasa tanggungjawab langsung. Boleh pulak ko tinggalkan makanan kat tepi pokok tepi tiang. Ingat bagi makan kucing ke apa?
Quote haryatie 14-8-2017 09:35 AM
dalam bulan posa jerk makanan dtg mencurah curah
smpai membazir gitu..
Quote raradhia 14-8-2017 09:44 AM
xbahaya kah tdo mcm tu kat kaki 5? aduhh, risaw laa plak
Quote NekNgah 14-8-2017 10:59 AM
Nampak uncle ni bersih.  Kakinya pun bersih.

Selalu bertembung homeless di bus stop dekat PWTC, kotor & hancing.  Kehulu kehilir usung luggage.
Quote Penglipurtales 14-8-2017 12:01 PM
Apabila badan NGO buat amal tanpa bgtau pada pihak berwajib. Rindu aku kat anak YCK bek dorg beli baju raya
Quote raradhia 14-8-2017 01:41 PM
kesiannya, xboleh ka gelandangan ni d bg kerja yaa? ganti mat indon bangla semua tu?
Quote Potpouri 15-8-2017 08:30 AM
EncikRhoma replied at 14-8-2017 09:28 AM
sesetengah orang buat program bagi makan untuk gelandangan ni macam syok sendiri pulak. Takde rasa t ...

Ikut trend agaknya.. berbondong pi hantar makanan kt gelandangan..

kalau nampak byk dh makanan, pi la cari org betul2 miskin yang kelaparan. Tak pun hantar ke masjid..ni dah membazir dan mengotorkan kawasan pulak..tah apa2..  
Quote Potpouri 15-8-2017 08:31 AM
raradhia replied at 14-8-2017 01:41 PM
kesiannya, xboleh ka gelandangan ni d bg kerja yaa? ganti mat indon bangla semua tu?

Boleh. nak atau taknak jer.. yang sihat tubuh badan nape tak kerja? mcm2 kerja ada cleaner, jg kedai etc.. aku rasa dorg suka kebebasan. tak suka terikat dengan kerja..
Quote -electrifying- 15-8-2017 11:54 AM
ddok kl mmg sakit klau gaji bwh 1k, lbih2 lgi klau dia merokok
Quote te_clone 16-8-2017 09:31 AM
gelandangan pun da byk sgt ngo anta makanan... tp kan lg baik hantar ngo ni anta mknn kat student U...kdg2 ramai student yg ikat perutkan.... kalo anta kat kat U kompem tak membazir kan...
Quote mejaputih 10-10-2017 10:26 AM
te_clone replied at 16-8-2017 09:31 AM
gelandangan pun da byk sgt ngo anta makanan... tp kan lg baik hantar ngo ni anta mknn kat student U. ...

agree..sekejap je abis..dah la belajar perah otak cepat lapar..nk beli makanan tgk dalam wallet ada RM1 je...hukhuk...
Quote izzat1987 15-10-2017 12:16 AM
Oh kisah uncle ni la yg masuk blog apa ntah cerita kat penulis tu minta kuatkan iman dia utk teruskan kehidupan sbg muslim. Dia kata gereja ada datang pada dia kalau masuk kristian akan dibantu. sedih jg. Di mana jabatan agama bantu mualaf? Kalau gereja lama dh...
Quote Jorja 5-11-2017 11:24 PM
I dari kecil lagi dah diajar pantang buang nasi.. kalau tak habis pun pastikan tak buang dlm tong sampah sampai busuk..buang atas tanah aja bagi makan burung ke semut.. wahai ngo sekalian kalau makanan tak habis pun jangan lah main tinggal biar mcm tu aja p lah kasi makan anjing liar ke apa
Quote deltoid 19-11-2017 02:03 PM
apo nak dikato
Quote ezacbee 7-6-2022 10:54 AM
Ngo pun kadang2 hantar makanan sedih tengok lauknya.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.194165 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top