Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Isu Semasa 15-8-2017 06:11 PM 10.5K Views
DescriptionKira-kira jam 2.40 petang tadi,Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak menahan bekas menteri besar Neger ...

ADVERTISEMENT



Kira-kira jam 2.40 petang tadi,Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak menahan bekas menteri besar Negeri Sembilan dan pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Isa Abdul Samad ketika beliau hadir untuk memberi keterangan kepada SPRM di ibu pejabat agensi terbabit di Putrajaya.


sumber : FMT

Memetik laporan The Star, penahanan berkenaan dipercayai ada hubung kait dengan siasatan SPRM terhadap pembelian dua buah hotel oleh syarikat Felda Investment Corporation (FIC).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan berkenaan dan menjelaskan ia adalah tindakan susulan penyiasat SPRM yang memperoleh keterangan-keterangan daripada pelbagai pihak sebelum ini.

"Justeru, SPRM yakin mempunyai asas kukuh untuk membuat penahanan tersebut supaya beliau dapat membantu melengkapkan siasatan kes berkenaan," tambah beliau.

Ditubuhkan pada 2013, FIC adalah cabang pelaburan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dengan tumpuan kepada sektor hartanah, keraian dan minyak dan gas.


FIC dilaporkan membeli sebuah hotel 4 bintang di Kensington, London pada £60 juta (RM330 juta) pada 16 Disember 2014.

Isa selaku pengerusi Felda ketika itu dilaporkan berkata pembelian pembelian Grand Plaza Kensington itu sebahagian daripada “langkah strategik” FIC untuk mempelbagaikan aset dan memastikan ia dapat “memaksimumkan pulangan pelaburan” syarikat.

Selain pembelian hotel di London, kertas siasatan turut dibuka terhadap pembelian sebuah hotel di Kuching.- CARI

Prev.:Kek Buah Berusia 106 Tahun Yang Masih Berbau Ditemui Di Kutub Selatan

Next:Sempena Raya Korban, BR1M 2017 Peringkat Ketiga Dibayar Mulai Hari Ini


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
nisako 15-8-2017 06:15 PM
hmmmm siap la ko.....
gede-bab 15-8-2017 06:18 PM
tak boleh jadi calon nampaknya...calon bukan saja bersih tapi nampak bersih gitu...
qumbu 15-8-2017 06:20 PM
Yezzzzz...kasi sumbat dalam2
jofizo 15-8-2017 06:22 PM
nanti ada tgn yg menyelamatkannya........
pr3ttytw33ty 15-8-2017 06:22 PM
Fadan muke kome
32kW 15-8-2017 06:26 PM
Drama je ke ni?
jerukkedondong 15-8-2017 06:26 PM
Hahaha...ingat kan kebal..
{:laugh
jofizo 15-8-2017 06:30 PM
silap2 peg. sprm tu lak yg kena.... hahaha

mcm drama2 sblm nih...
liton 15-8-2017 06:34 PM
Tahan utk bantu siasatan, jgn bila dah siasat ... Isa Samad suci murni pulak
bottombikini 15-8-2017 06:39 PM
Edited by bottombikini at 15-8-2017 06:43 PM

selayaknye...

tapi kenapa aku rasa ini sume sekadar drama minggu ini
Maideen. 15-8-2017 06:40 PM
Semoga Allah menunjukkan kebeneran!

Rakyat Hakim Negra!

Justice for Isa!

Prrrrrrrrrrrrrrrrrrrpffffftght
SalenaGomez 15-8-2017 06:51 PM
Quote: 32kW replied at 15-8-2017 06:26 PM
Drama je ke ni?

Tu lah ...rasa mcm drama nak dkt election...huhuhu...tunggu ya sambungan nya
MarryPottet 15-8-2017 06:53 PM
wayang sempena pru14 sementara nak tunggu wayang skandal forex siap
kelana36 15-8-2017 06:56 PM
Tak nak sebut " beliau mempunya satu kes rasuah sebelum ini " ops sorry politik wang tak kira rasuah..
rukia2 15-8-2017 06:59 PM
Drama.. Jap lg d bebaskan kerana trbukti x bersalah.. Teruss nampak suci murni
Cekla 15-8-2017 07:00 PM
Buat wayang nak tutup wayang
alieyrina 15-8-2017 07:01 PM
Bagus la..ini yg sebetulnya kann..
cmf_blingblings 15-8-2017 07:04 PM
Cover bos ke? Berapa lama? Berapa banyak dpt?
aaz 15-8-2017 07:05 PM
Edited by aaz at 15-8-2017 07:07 PM

masa dah time..patutnya dah lama kena. 2005 sabit bersalah oleh Lembaga disiplin umno kerana politik wang , tapi masih diberi jawatan chairman dalam FGV pastu ada kontroversi kat situ dilantik kat SPAD pulak. Ni antara punca ekonomi Malaysia nazak. rasuah dan penyalahgunaan wang dan kuasa sangat menjadi2. Yang konfem terlibat ngan rasuah pun masih diletakkan di lubuk duit.
Lihat semua komen