Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Tempatan 17-8-2017 10:26 AM 21.5K Views
DescriptionDulu kecoh bila Akim Ahmad warnakan rambut blonde, sekarang isteri dan anaknya pula dikecam gara-gara hal yang sama!

ADVERTISEMENT


Dulu kecoh bila Akim Ahmad warnakan rambut blonde, sekarang isteri dan anaknya pula dikecam gara-gara hal yang sama!

Pengikutnya di Instagram mempersoalkan gambar menunjukkan Stacy dan anaknya, Eshaal yang masing-masing berambut ungu, biru dan juga perang.


Foto: IG Stacy
Mereka menyangka yang dua beranak ini memang benar-benar mewarnakan rambut dan macam biasa mula meninggalkan komen-komen yang pedas.

Ramai yang beranggapan imej tersebut tidak sesuai bagi seorang ibu dan menyuruh Akim sebagai suami supaya tegas membimbing isterinya itu.

Mereka juga mengutuk tindakan Stacy yang sanggup mewarnakan rambut anak perempuannya itu biarpun masih bayi lagi.

Foto: IG Stacy
Sebenarnya, penyanyi itu hanya menggunakan aplikasi menukar warna rambut. Kapsyen pada gambar tertulis, "Morning. Nah tak payah sudah kita pi saloon shal, pakai apps ja. Tapi rambut eshaal tak dapat full color sebab belum banyak hahahaha. Tak apa la asal ada sikit kan shal hehehe."

Lain kali jangan terburu-buru nak menghentam, kalau salah sangka macam ini kan dah malu. -CARI

Original author: Oleh: Myra Rozi

Prev.:Nama Saya Bukanlah Besar Mana - Redza Rosli Belum Bersedia Ke Layar Perak

Next:Siap Bawa Bodyguard, Saleem Dan Isteri Serang Syarikat Rakaman


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
lil_honey 17-8-2017 10:29 AM
dah tahu akal rakyat mesia nih main sembrono je tanpa selidik..yang p upload wadehel...
terpaku 17-8-2017 10:29 AM
acik kepam ni mana boleh sis. umah netizen kan senang triggered. semua kena ikut telunjuk netizen barulah disanjung ummah.

#donedakwah
terpaku 17-8-2017 10:30 AM
tapi akim kat luar tika ini kaler rambut warna putih kan ala blonde gitu. muka very jawa pprt kampung jarman
beni_nikaido 17-8-2017 10:35 AM
dah kenapa netizen ni...?
semua benda pun nk kecam
sensitip sgt....
rainbow259 17-8-2017 10:35 AM
pkai apps je niii.. bkn color btul2
roti_banjir 17-8-2017 10:39 AM
aduhaiii

tak baca caption ker???
main bantai jer nak sembur, janji dpt bash artis
kesian batak komen pprt cenggini
tgk gambar jer terus bash, dah silap ada nak merafak sembah mintak mahap???

nak sgt pakai kneepad tebal2 ker??
blythes 17-8-2017 10:41 AM
haih lah aku selalu rasa yang menang kat social media ni pathetic in real life sebenarnya
raradhia 17-8-2017 10:42 AM
kesiannya, jenis pemalas membaca tetiba ja mengecam. .buat malu diri sndri!
Ooosehun 17-8-2017 10:45 AM
sedih rakyat meleis skrg...
CikPuanTaurus 17-8-2017 10:45 AM
Mengecam kalau benda betul xpew lg,,nie main hentam keromk jewww..apedaaaa
pucuk-kelompang 17-8-2017 10:50 AM
yg komen negative tu takda smartphone agaknya tu yg tak tahu tentang apps2 canggih ni
mieymiey 17-8-2017 10:53 AM
Tak baca caption lettew, tangan tu dah gatal sangat nak mengecam #donedakwah bagai. Malu weyh
nakkomenjugak 17-8-2017 10:57 AM
#akumainappkauyangpanas
inteq7 17-8-2017 10:59 AM
kekadang netizen mmg sengal skit..  
orked44 17-8-2017 11:01 AM
adui acik2 ni sebelum komen tu baca lah kepsyen dlu adoiii..nk main2 ngn apps pom kena hencap.
blackred99 17-8-2017 11:02 AM
lol, bengap betul peminat acah2 alim ni.
makton 17-8-2017 11:03 AM
main sodokkkk je deme ni. membaca malas, pakat berlumba2 nak komen je. malu dowh!
harkktuih 17-8-2017 11:03 AM
tgk pun tau pakai apps..
Berdoza 17-8-2017 11:04 AM
hahahahahaha.... lurus sgt.
Lihat semua komen