Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Isu Semasa 17-8-2017 11:05 AM 9233 Views
DescriptionTak pasal-pasal remaja perempuan dibelasah penduduk Kampung Kubang Menerong, Tasek Gelugor, selepas didakwa cuba menyamu ...

ADVERTISEMENT


Tak pasal-pasal remaja perempuan dibelasah penduduk Kampung Kubang Menerong, Tasek Gelugor, selepas didakwa cuba menyamun seorang warga emas.


Foto: FB K.L Online

Rakaman kejadian itu disebarkan di Internet dan menular sejak semalam (Rabu).

Video berdurasi 26 saat itu memaparkan remaja terbabit dibelasah penduduk kampung yang berang dengan kelakuan mencurigakannya mengintip rumah warga emas terbabit.


Loading FB Post...


Memetik Astro Awani, suspek diserahkan kepada pihak polis dan perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Azmi Adam.

Menurutnya, seorang lelaki berusia 21 tahun turut ditahan selepas didapati menyamun barang kemas milik warga emas berusia 70 tahun.

Siasatan mendapati, suspek dihantar lelaki terbabit ke kawasan rumah berkenaan pada lewat malam dan menunggu sehingga rumah itu 'kosong' untuk menyamun.

Astro Awani melaporkan, dalam kejadian jam 9 pagi itu, suspek memukul mangsa yang berada di dalam bilik, sekali gus mencetuskan pergelutan sebelum suspek melarikan diri.

Suspek yang bersembunyi di bawah katil di dalam bilik di rumah berkenaan berjaya ditemui anak dan jiran mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. - CARI

Prev.:Cemas! Nyaris Dimamah Api Kerana Gulai

Next:Remaja Tak Mengaku Bakar, Tanam Bayi


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
raradhia 17-8-2017 11:12 AM
eiii, bodohnyaaa perangai. .kalau ko pergi jenguk ja rumah tu xapa, boleh terima lg. .ni ko pg pukul plak mangsa tu, dasar!
paz 17-8-2017 11:13 AM
Mungkin otak aku jem hari ni, baca banyak kali ni. Tak paham.
CikPuanTaurus 17-8-2017 11:14 AM
Sendiri cari masalah..
baghal_bortuqal 17-8-2017 11:19 AM
Quote: paz replied at 17-8-2017 11:13 AM
Mungkin otak aku jem hari ni, baca banyak kali ni. Tak paham.

betine bodoh tu di hantar boifren dia utk usha rumah tu tgh malam.

bila line clear kasitau boifren.

tp dia sendiri nak cas bagus gi tibai nenek tu.

baghal_bortuqal 17-8-2017 11:21 AM
love the two-tone black kutang. obviously she was hoping to get some after the job
abangadek 17-8-2017 11:26 AM
tertunggu2 cite  ni
paz 17-8-2017 11:32 AM
Quote: baghal_bortuqal replied at 17-8-2017 11:19 AM
betine bodoh tu di hantar boifren dia utk usha rumah tu tgh malam.

bila line clear kasitau boif ...

Patut nenek tu beriya tibai dia. Nasib kau lah dik, rasakan.

Terima kasih yer.
mieymiey 17-8-2017 11:34 AM
Bf dan gf berkomplot la ni?
leylapple 17-8-2017 11:34 AM
5 tahun kemudian, pompuan nie akan viralkan diri dia sendiri bersama anak2 berderet2 mintak bantuan...

laki pulak tak keja, suspected penagih dadah...

Artemesiaa 17-8-2017 11:36 AM
Gigih nak jadi Bonnie and Clyde kan dan kene londeh sendiri jugak yang mendapat
Deidra 17-8-2017 11:38 AM
Terdesak sangat kah kau dik..?ngikut aja kata boypren tak guna hang tuh {:dot
zaziot 17-8-2017 11:40 AM
bile tekanan hidup semakin mendesak utk teruskan hidup
balakkampung 17-8-2017 11:40 AM
dah ko nak rompak..ko cepuk sekali warga emas tu...berganda dosa ko dik..tapi bodoh jugak ko...pegi nyorok bawah katil..tmpt tu dah klise sgt dah klu nak nyorok..situ le tmpt pertama org akan carik..
manehnya 17-8-2017 11:40 AM
ada jenis betina mmg patot kena  belasah pun...

dah katok org tua amik barang kemas, x kan nk ajak minum tea pulak kot sembang2 dulu...

haryatie 17-8-2017 11:40 AM
nape yg aku bca dlm fb  kata salah faham
dia cari kucing nya yg hilang..
raradhia 17-8-2017 11:49 AM
Quote: leylapple: 5 tahun kemudian, pompuan nie akan viralkan diri dia sendiri bersama anak2 berderet2 mintak bantuan...laki pulak tak keja, suspected penagih dadah...


lepas tu rakyat malaysia yg baik hati pun memviralkan cerita pmpuan ni, dptlaa sumbangan beribu2. .pdhal sewaktu mudanya pmpuan ni seorang samseng taik kucing. .
raradhia 17-8-2017 11:50 AM
Quote: zaziot replied at 17-8-2017 11:40 AM
bile tekanan hidup semakin mendesak utk teruskan hidup

byk lg cara utk hadapi kehidupan yg mendesak ni chuols. .
raradhia 17-8-2017 11:50 AM
Quote: balakkampung replied at 17-8-2017 11:40 AM
dah ko nak rompak..ko cepuk sekali warga emas tu...berganda dosa ko dik..tapi bodoh jugak ko...pegi  ...

kalau x bawah katil, kat dalam almari. .haha
raradhia 17-8-2017 11:51 AM
Quote: haryatie replied at 17-8-2017 11:40 AM
nape yg aku bca dlm fb  kata salah faham
dia cari kucing nya yg hilang..

wowww, cari kucing sampai masuk ke dalam bilik kah chuolsss??
Lihat semua komen