Sebuah penerbangan AirAsia X dari Taipei ke Kuala Lumpur mengalami gangguan gelora udara serius semalam.
Menurut Sin Chew Daily seperti dipetik FMT, gangguan itu menyebabkan 3 penumpang termasuk seorang pramugari cedera.
Walaupun pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) kira-kira 8.35 malam Rabu, penumpang hanya dibenarkan meninggalkan pesawat 15 minit kemudian selepas ambulans tiba.
Menurut seorang penumpang wanita, pesawat berkenaan mengalami gelora udara serius ketika dalam perjalanan ke klia2 menyebabkan seorang penumpang cedera kerana tidak memakai tali pinggang keledar.
Tambahnya, seorang penumpang turut luka di kepala dalam kejadian akibat dihempap bagasi yang jatuh dari tempat simpanan.
Sementara itu, seorang pramugari terjatuh, manakala kanak-kanak berusia 9 tahun cedera di kepala dan pinggang selepas terjatuh akibat hilang kawalan.
"Seorang warga emas juga cedera di kepala dan tidak boleh bergerak," katanya kepada Sin Chew Daily. - CARI