CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

13 Tahun Misteri Kehilangan Cincin, Rupanya Tersekat Pada Lobak

18-8-2017 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9228| Komen: 27|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Setiap keluarga pasti menyimpan seribu satu cerita dan segala memori itu pastinya menjadi kenangan suka dan duka.
Setiap keluarga pasti menyimpan seribu satu cerita dan segala memori itu pastinya menjadi kenangan suka dan duka.

Tapi rasanya kisah yang berlaku pada Mary Grams ini sangat istimewa sebab cincin tunangnya yang hilang ditemui semula selepas 13 tahun.


Paling mengejutkan sebab cincin bertatah belian tersebut ditemui tersekat pada sebatang lobak oleh menantunya, Colleen Daley yang ketika itu sedang mencabut lobak.

Foto:  Twitter Sarahnkraus
Menurut BBC News, ianya memang logik sebab Mary menyedari kehilangannya selepas bercucuk tanam di ladang miliknya di Alberta pada tahun 2004.

Pada masa itu dia cuba mencari di rumah dan beberapa tempat, namun gagal menjumpainya.


Mary Grams, Foto: BBC
Cincin tersebut adalah pemberian suaminya Norman pada tahun 1951 dan disebabkan tidak mahu dimarahi, Mary telah membeli cincin lain yang serupa dengannya.

Walaupun Mary gembira menjumpai cincin kesayangannya itu semula, namun dia sedih tidak dapat menceritakan kejadian sebenar kepada si suami kerana Norman sudah meninggal dunia lima tahun lalu.

Foto:  Twitter Sarahnkraus
Nak kata lucu pun ada juga, sebab ianya dijumpai di tempat yang memang tidak disangka-sangka. Tengok sahajalah tumbesaran lobak tersebut pun macam terbantut disebabkan halangan dari cincin tersebut. 

Foto: BBC
Sebelum ini seorang wanita, Lena Paahlsson yang kehilangan cincin perkahwinannya turut menjumpai cincin perkahwinannya semula, juga pada lobak yang tumbuh di belakang rumahnya.

Apa pun, tidak kira cincin atau barang lain, jagalah baik-baik sebarang pemberian dari yang tersayang. 

Nilai sentimental darinya sudah pasti tidak dapat ditukar ganti dengan yang lain. -CARI
34

Bagus
23

Marah
37

Terkejut
28

Sedih
30

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (175 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 18-8-2017 12:27 PM
wah............................
Quote prettyuglybabe 18-8-2017 12:43 PM
lama nya tanam carrot.. 13 tahun baru boleh tuai?
Quote bawalputih 18-8-2017 12:52 PM
prettyuglybabe replied at 18-8-2017 12:43 PM
lama nya tanam carrot.. 13 tahun baru boleh tuai?

Kaannn...lama giler.tapi tgk lobak tu xdela besar
Quote redapple10 18-8-2017 01:09 PM
Mcm remote astro aku tiba2 muncul dlm oetiais.. padahal aku sorg je ddk umah tu
Quote SecretLuv 18-8-2017 01:16 PM
redapple10 replied at 18-8-2017 01:09 PM
Mcm remote astro aku tiba2 muncul dlm oetiais.. padahal aku sorg je ddk umah tu

Entah-entah...? Hihihihihi!
Quote Skuau 18-8-2017 01:40 PM
kisah ini mengingatkan aku kpd kehilangan  seutas jam tangan omega yg berlaku'suatu waktu dahulu'(dwen).Adakah sdh ditemui???
Quote ladymorgana 18-8-2017 03:14 PM
kuku acik tu karatnye...
Quote Artemesiaa 18-8-2017 06:05 PM
Kalau masih ada rezeki pasti jumpa juga akhirnya
Quote MakcikXS 19-8-2017 11:58 AM
redapple10: Mcm remote astro aku tiba2 muncul dlm oetiais.. padahal aku sorg je ddk umah tu


Dia panas agaknya
Quote missyL 20-8-2017 02:10 AM
pelik
tp benar
msih ade rezeki
Quote rainbow259 20-8-2017 11:10 AM
wahhh mcm mna bole ade kt lobak
Quote rainbow259 20-8-2017 11:11 AM
redapple10 replied at 18-8-2017 01:09 PM
Mcm remote astro aku tiba2 muncul dlm oetiais.. padahal aku sorg je ddk umah tu

hahahah tu seramm
Quote shanshero 20-8-2017 05:59 PM
.sebiji lobak tumbuh dalam cincin lepas 13 tahun nyah
itulah  story yang sebenarnye
Quote WhiskeyScotch 25-8-2017 12:41 AM
Tengok muka nenek tu pun dah macam lobak.
Quote Burong_Hantuk 25-8-2017 12:56 AM
cincin dah lama
Quote cookiesandcream 25-8-2017 09:24 AM
muskil... lamanya tanam carrot
Quote onexox97 20-10-2017 07:28 PM
kalau13 tahun besar tu je maksudnya lambat la dapat untung tanam carrot
Quote Felycya 21-10-2017 12:18 PM
13 tahun punya carrot sebesar burung punai aje ??.
Quote orgsepang 21-10-2017 01:31 PM
Adoi, korang punya komen buat akak tergelak. Mungkin cincin tu terbenam dalam tanah dan kebetulan lurus pada anak lobak yang ditanam. Bila pokok lobak tu membesar jadilah seperti dalam gambar tu

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.073519 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top