CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Despacito Makin Mengganas, Hampir Nak Pecahkan Rekod 22 Tahun Mariah Carey

21-8-2017 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5951| Komen: 22|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Nampaknya penangan lagu Despacito masih tidak berhenti apabila sekali lagi menduduki tangga pertama di Billboard Hot 100 untuk 14 minggu berturut-turut! Wow!Ia sekaligus meletakkan lagu Luis Fonsi, Da ...
Nampaknya penangan lagu Despacito masih tidak berhenti apabila sekali lagi menduduki tangga pertama di Billboard Hot 100 untuk 14 minggu berturut-turut! Wow!

Ia sekaligus meletakkan lagu Luis Fonsi, Daddy Yankee dan Justin Bieber ini di tangga kedua dalam sejarah lagu di Amerika paling lama berada di takhta carta. 

Pun begitu, Despacito berkongsi kedudukan dengan 7 lagu lain yang turut mencatat rekod hebat, 14 minggu menjadi juara carta sebelum ini. Seperti berikut:

Whitney Houston - “I Will Always Love You”

Boyz II Men - “I’ll Make Love To You”

Los Del Rio - “Macarena”

Elton John - "Candle in the Wind 1997"/"Something About the Way You Look Tonight"

Mariah Carey - We Belong Together”

Black Eyed Peas - “I Gotta Feeling”

Mark Ronson - “Uptown Funk! (ft. Bruno Mars)”


Hanya satu lagu, iaitu One Sweet Day nyanyian Mariah Carey dan Boyz II Men yang mendahului rekod tersebut dengan 16 minggu sebagai juara carta pada tahun 1995-1996.

Sebelum ini berkali-kali percubaan memecahkan rekod tersebut namun hampa kerana lagu lain hanya tersekat pada 14 minggu sebagai juara carta.

Ini termasuklah lagu Black Eyed Peas (I Gotta Feeling), Mark Ronson (Uptown Funk ft. Bruno Mars) dan Mariah Carey sendiri (We Belong Together).

Dengan pelancaran Despacito Remix, ia dikatakan mengukuhkan lagi kedudukan lagu tersebut untuk terus berada di tangga pertama Hot 100. 


Malah, ia dikatakan satu-satunya lagu yang bakal memecahkan rekod One Sweet Day selepas 22 tahun! 

Ia ditambah dengan faktor lagu pesaing lain pada waktu ini seperti DJ Khaled, Rihanna dan Bryson Tiller yang tidak begitu kuat impaknya. 

Bagaimana? Dua minggu lagi, adakah sejarah lagu paling lama menjadi juara carta bakal bertukar milik dan dipecahkan? - CARI

Foto: carian internet
16

Bagus
5

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 21-8-2017 12:10 PM
Bosan aku dengan lagu despacito.. aeghhh
Quote saladin780 21-8-2017 12:35 PM
one hit wonder jer despacito ni..ala2 aserehe dulu2
Quote rainbow259 21-8-2017 12:40 PM
despacitoooooo..
Quote Orix 21-8-2017 12:44 PM
Ohh bru iols tahu lagu One Sweet Day tu so famouss... igtkn tk brp famous... tu lagu favorite iolsss since tokti nyanyi kt Siti Nurhaliza Fantasia Tour ngn dak2 AF
Quote dekmieDandy 21-8-2017 01:48 PM
aku pon seronok sekali dua je dengan lagu ni

catchy tapi x best at least mcm asereje
Quote nadie90 21-8-2017 03:58 PM
Mula2 dgr mmg tngkap syok...pastu baca translation lagu nie...pastu 1 dunia dok viralkan lgu nie...trus out
Quote ladyflower 21-8-2017 04:19 PM
lbh tertarik dgn gambar kak yah kt berita tu....kecik comei je...
Quote syue86 21-8-2017 04:30 PM
aku nyampah org nyanyi lagu ni
nak2 yg reti ulang part 'despacito'
baik ko diam je xyah nyanyi
Quote -electrifying- 21-8-2017 05:23 PM
Orix replied at 21-8-2017 12:44 PM
Ohh bru iols tahu lagu One Sweet Day tu so famouss... igtkn tk brp famous... tu lagu favorite iolsss ...

mcm xpnah dgr pon sis lagu ni, blik ni nk dgr, kena x dgn halwa tlinga ni
Quote RatuDunia94 21-8-2017 05:50 PM
Edited by RatuDunia94 at 21-8-2017 05:54 PM

Billboard ni cemana deols kira?
Quote siape_aku 22-8-2017 12:03 PM
video lagu ni daasat tang dancers yang ramai2 tu....
Quote vanillaninja 24-8-2017 11:23 AM
Rimas I dengar lagu Despacito ni. Masa mula2 viral dulu pun I tak tau pun kewujudan lagu ni until my colleague asked me to listen.
Quote cookiesandcream 25-8-2017 09:43 AM
Awal2 dulu best je despacito ni, skrg kalo dah setiap jam asyikkk kuar je kat radio dah bosan plak..
Quote Lana 1-9-2017 01:53 AM
I pon rimas dengar lagu  ni.
Quote greantea 1-9-2017 09:06 AM
dah 1 sept dah ni. dah pecah rekod ke belom?
lagu ni byk kali dgr bosan jugak.
lagu acik mariah dulu mmg iols ulang ulang ulang ulang dan terus ulang
Quote dauswq 1-9-2017 08:42 PM
RatuDunia94 replied at 21-8-2017 05:50 PM
Billboard ni cemana deols kira?

aku pernah wt calculations gune billboard format utk produce a list of carta muzik melayu

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=523988

dulu billboard guna 2 factors jek: jualan + airplays
tp sejak streaming mula menguasai, diorg tmbh jd another factor..
seingat aku proportions diorg skrg: 40% (jualan) - 30% (airplays) - 30% (streaming)

yg bantu despacito ni kekal dlm chart adalah mostly disebabkan streaming..


Quote RatuDunia94 2-9-2017 05:23 PM
dauswq replied at 1-9-2017 08:42 PM
aku pernah wt calculations gune billboard format utk produce a list of carta muzik melayu

http ...

Ok tq. Very informative
Quote pr3ttytw33ty 2-9-2017 09:58 PM
Kalo kuar lagu ni kt radio dlm kete, laju je aku tukar cenel lain. Overrated n annoying.
Quote batman_2007 4-9-2017 12:01 PM
Dari dulu sampai skrg one sweet day antara lagu dlm simpanan iols.. despacito ni sekali dua dgr ok la.. lama2 mcm generic pulak

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.057228 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top