CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Terima Kasih Rakyat Malaysia, Sanggup Biarkan Anak Kecil Berdiri Lama Dalam Tren

23-8-2017 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8850| Komen: 56|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Siapa yang biasa naik pengangkutan awam seperti perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) atau Kereta Api Tanah Melayu (KTM) mesti akan perasan satu papan tanda penting yang diletakkan di gerabaknya.
Siapa yang biasa naik pengangkutan awam seperti perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) atau Kereta Api Tanah Melayu (KTM) mesti akan perasan satu papan tanda penting yang diletakkan di gerabaknya.


"Keutamaan tempat duduk untuk orang cacat, ibu mengandung dan mereka yang memerlukan." Jelas, nyata dan terang!

Tapi biasalah, mesti ada sesetengah pihak yang tak faham atau buat-buat tak faham. Satu video yang tular di media sosial baru-baru ini membuktikan segalanya.


Dalam rakaman berdurasi 23 saat yang dimuat naik oleh Ismail Saad itu, seorang ibu dan dua anaknya kelihatan berdiri dalam KTM. 

Menurut sumber lagi, mereka sudah sekian lama berdiri iaitu dari Kuang ke Salak Selatan.

Sayu betul tengok muka kanak-kanak cilik itu, mungkin letih kerana terpaksa berdiri lama!


Apa yang menyakitkan hati, orang di sekeliling yang pada zahirnya kelihatan sihat dan sempurna fizikal hanya buat tak tahu sahaja. Apa salahnya jika bangun dan berikan tempat duduk kepada kanak-kanak dan ibu tersebut yang ternyata lebih memerlukannya.

Situasi ini mendapat perhatian dari ramai netizen yang rata-ratanya menyatakan sikap segelintir rakyat Malaysia memalukan dan langsung tiada toleransi.

Jadikan insiden ini satu pengajaran dan peringatan buat diri kita sendiri. Tiada ruginya pun kalau berbuat baik pada orang lain. Pahala dapat, hati pun senang. Tak begitu? -CARI
14

Bagus
20

Marah
16

Terkejut
11

Sedih
14

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raradhia 23-8-2017 11:19 AM
aduhh, kesiannya. .
Quote idakamaruddin 23-8-2017 11:23 AM
naik ktm mcmtula

dh la servis lambat jauh plak each destination

mmg ramai je yg penting diri bila naik ktm

penah dulu encouter ibu mengandung sendiri minta nk duduk dgn org dpn dia tu

kalau x mintak mmg x bg la
Quote Artemesiaa 23-8-2017 11:38 AM
Sian bila kesedaran sivik kurang macam ni le jadinya.  
Quote Andyscenes 23-8-2017 11:38 AM
Aku naik tren, xde tempat duduk , aku ddk je atas lantai. Peduli apa aku
Quote ms.engine 23-8-2017 11:39 AM
Kalau i jd mak budak2 tu i mnt je diaorg bangun bg ank duduk.... Kita bediri x pe kesian ank
Quote mizruncing 23-8-2017 11:40 AM
Alahaiiii kesiannya dik . hurmmmm xtau nk ckp ape da
Quote prettyuglybabe 23-8-2017 11:43 AM
ask la elok-elok.. lain la klu dah tanya mintak dorang tak nak bagi..
ni sikit-sikit nak viral..
kadang ko tengok orang tu cukup sifat..
tapi mana tau hari tu tak sihat ke apa yang buat dia tak larat..
Quote Sagoo 23-8-2017 11:45 AM
duduk la di riba acik yg tgh sedap ketiduran tersebut.
Quote palmolive 23-8-2017 11:51 AM
Edited by palmolive at 23-8-2017 12:58 PM

dulu adlin aman ramli jek yg buat2 tido...
sekarang lain...tak buat2 tido pun..tp buat muka selamba
Quote tayam 23-8-2017 12:14 PM
pemandangan biasa dalam KTM
Quote jebatmaspunyer 23-8-2017 12:36 PM
Andyscenes replied at 23-8-2017 11:38 AM
Aku naik tren, xde tempat duduk , aku ddk je atas lantai. Peduli apa aku

A'ah.. iolls pun buat macam tu.. banyak jalan jadi kaki sakit sangat cam kena hiris rasa.. so duduk je la atas lantai..
Quote krustykrab 23-8-2017 12:40 PM
tanya je la cik abang oi....susah sgt ke nak buka mulut tanya, kalau x bagi barula ko viralkan...

kdg org nmpk sihat luaran, mana tau semua tu sakit tulang ke, nak muntah ke kalau berdiri lama2...sedap tangan ko je taip nmpk sihat
Quote ~boolean 23-8-2017 12:47 PM
kalau di lrt, selalunya orang akan beri duduk kalau kita minta..minta yang bersebab lah (mengandung, anak ramai)...
tapi di ktm minda kebanyakan penggunanya macam pprt sikit

ismail saad kalau dia ini jantan bertelur, pergilah tolong acik 2 anak ini dapatkan tempat duduk...
bukan jadi pondan sekadar viralkan di facebook saja...
Quote romeor 23-8-2017 12:54 PM
Daripada dok tangkap gambar viral baik la tolong dptkan seat utk bebudak tu.
Quote mejaputih 23-8-2017 01:13 PM
ye, sepatutnya kita yg perihatin ni ringan2 la minta org bg seat, bkn cara viralkan...bila org minta seat, automatic dia akan rasa jugak segan tu..tp viral2 ni ntah2 msg viral tu x smpi pun kat org2 mcm ni...ibu budak2 ni agaknya segan nk minta...
syukur sepanjang naik lrt/mrt xde lg pemandangan serupa ni...sekeliling ramai yg perihatin cth masa bawak anak2 naik mrt ramai yg offer anak2 duduk..tp anak2 lak xmo sbb nak iols duduk sama...so org2 situ bg jugak iols duduk walaupun iols tanak sbb yg penting anak2 je, iols suka je berdiri sbb nk tgk pemandangan luar kiri kanan.
Quote Andyscenes 23-8-2017 01:23 PM
jebatmaspunyer replied at 23-8-2017 12:36 PM
A'ah.. iolls pun buat macam tu.. banyak jalan jadi kaki sakit sangat cam kena hiris rasa.. so dudu ...

Dorg x buat sbb malu.. bg aku g mampus haha. Aku penah kene tegur sbb ddk atas lantai, aku ckp xde tmpt ddk, nk ddk mana? Org tu diam je
Quote rainbow259 23-8-2017 01:25 PM
kesian sgt.. bdk2 mne than sgt brdiri
Quote rainbow259 23-8-2017 01:25 PM
mizruncing replied at 23-8-2017 11:40 AM
Alahaiiii kesiannya dik . hurmmmm xtau nk ckp ape da

kannnn....
Quote MyNameIsIris 23-8-2017 01:29 PM
ntah nye... dah tanya ke belum? meluat i sikit-sikit nak viral padahal diam tak berkutik...

sebab kadang-kadang kita offer orang duduk, orang tu tolak pula. i selalu kena macam tu... i offer orang tua ke, orang pregnant ke, orang buta ke duduk... mostly diorang yang tak nak duduk dengan alasan dah dekat dah.... padahal i dah elok berdiri bagi laluan sampai orang lain yang sihat pula yang duduk...

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.086873 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top