Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Isu Semasa 28-8-2017 03:32 PM 3799 Views
DescriptionKetika memasang bendera kebangsaan dan bendera negeri, orang ramai diingatkan berpandukan arah pandangan dari luar yang ...

ADVERTISEMENT



sumber : http://pmr.penerangan.gov.my


Menjelang sambutan Hari Kemerdekaan, ketua seksyen perhubungan awam Majlis Perbandaran Kuantan, Izad Zainal bin Muhammad Safian berkata, ketika memasang bendera kebangsaan dan bendera negeri, orang ramai diingatkan berpandukan arah pandangan dari luar yang menghala ke bangunan. 

Tegasnya, pastikan bendera kebangsaan berada di kiri, bendera negeri pula di kanan, agar dengan cara seperti itu kesilapan dapat dielakkan.

sumber : http://pmr.penerangan.gov.my

Memetik laporan Guang Ming Daily, Izad Zainal mengingatkan, bagi mereka yang memasang bendera kebangsaan, bendera negeri dan bendera persatuan atau yang lain, seharusnya memandang dari luar bangunan supaya kedudukan bendera kebangsaan berada di tengah, bendera negeri di sebelah kiri , manakala bendera yang lain berada di kanan. 


Tambahnya lagi, kalau terdapat tiga tiang bendera, tapi hanya memasang bendera kebangsaan dan bendera negeri sahaja, maka peraturan yang perlu diikut adalah bendera kebangsaan di sebelah kiri dan bendera negeri di sebelah kanan. 

Selain itu, orang ramai dan para peniaga dinasihat elak daripada menggunakan bendera yang telah pudar warna, koyak dan kotor. Ini kerana perbuatan tersebut dianggap tidak menghormati negara dan boleh berdepan pertuduhan di mahkamah.- CARI

Prev.:Bekas PM Thailand, Yingluck Dipercayai Larikan Diri Ke Dubai

Next:Sukan SEA 2017: Malaysia Capai Pungutan Emas Ke-100 Menerusi Gimnastik Berirama


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
moonbug 28-8-2017 04:09 PM
Oh baru tau ada specific arrangement rupanya
chinta89 28-8-2017 04:17 PM
Quote: Selain itu, orang ramai dan para peniaga dinasihat elak daripada menggunakan bendera yang telah pudar warna, koyak dan kotor. Ini kerana perbuatan tersebut dianggap tidak menghormati negara dan boleh berdepan pertuduhan di mahkamah.



dizzzek 28-8-2017 04:35 PM

statement bodo
apa guna kibar bendera tp menyamun
Skuau 28-8-2017 05:10 PM
Quote: dizzzek replied at 28-8-2017 04:35 PM
statement bodo
apa guna kibar bendera tp menyamun

Lalu kedai haram indon pg td...awal drng dh kibar Jalur Gemilang.....
TOPwind 28-8-2017 06:16 PM
negeri Johor lain

Bendera Msia tepi Johor tengah
Nenasketum 29-8-2017 11:34 AM
Buat lah peraturan bagai, yang melaksanakan nanti jangan amik umat yang sel otak tak berhubung plak.
sekel 29-8-2017 11:38 AM
jangan pasang sampai terbalik