Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Tempatan 28-8-2017 04:11 PM 12.4K Views
DescriptionSeorang lagi selebriti yang mendapat panggilan menunaikan haji pada tahun ini adalah pelawak Lan Pet Pet.Menerusi laman ...

ADVERTISEMENT


Seorang lagi selebriti yang mendapat panggilan menunaikan haji pada tahun ini adalah pelawak Lan Pet Pet.

Menerusi laman Instagram miliknya, Lan Pet Pet meluahkan rasa syukur kerana dapat menunaikan ibadah haji bersama isterinya, Ruby Che Wan.


Paling manis ialah kerana ia merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-9.

“Alhamdulillah. Ini hadiah dari Allah mendapat panggilan Haji pada hari ulang tahun perkahwinan kami. Hari ni kami berangkat ke Tanah Suci menunaikan Haji 2017.
 
“Dikesempatan ini, saya bersama isteri memohon AMPUN dan MAAF sekiranya ada keterlanjuran dan kekhilafan melalui perbuatan mahupun lisan yang pernah kami lakukan selama anda mengenali kami.

 
“Mohon doakan kami selamat pergi dan balik, dikurniakan kesihatan yang sempurna dan kekuatan rohani dan jasmani sepanjang menunaikan segala ibadah dan ziarah dan memperoleh Haji mabrur serta Redha Allah SWT.

 
“Insya Allah kami akan doakan kesejahteraan dan kebaikan untuk seluruh umat Islam sedunia. Semoga Allah menjemput anda yang belum menunaikan Haji pada tahun akan datang insya Allah. Labaikallah,” tulisnya. 

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 20 Ogos 2008. - CARI 

Foto: IG Lan

Original author: Oleh: Adib Za

Prev.:Fauziah Latiff, Nassier Wahab Berangkat Tunaikan Haji

Next:Sumpah, Saya Tak Main Cinta Dengan Datuk Red-Nonny Nadirah


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
chinta89 28-8-2017 04:16 PM
semoga mendapat haji mabrur
ad_hoc79 28-8-2017 04:18 PM
Alhamdulillah.... rezeki menjadi tetamu di sana
WhiskeyScotch 28-8-2017 04:19 PM
Selamat menunaikan ibadan Haji. Semoga mendapat Haji yang mabrur!
mieymiey 28-8-2017 04:24 PM
Alhamdulillah. Semoga Lan Pet Pet dan isteri mendapat haji yang mabrur insyaAllah.
albedah 28-8-2017 04:25 PM
Semoga diperkenan segala yg dihajati.
zaziot 28-8-2017 04:27 PM
masyaAllah..seronoknyeeeeeee
pinkypetal 28-8-2017 04:33 PM
Cantik wife dia
miemiecha 28-8-2017 05:01 PM
wife nye cun... semoga selamat pegi selamat pulang n beroleh haji yg mabrur
CrowneGlory 28-8-2017 05:07 PM
cantiknya wife dia...mmg anak2 che wan ni cantik2 belaka...good gene
lee_haru 28-8-2017 05:15 PM
Tahniah...dipilih jadi tetamu Allah...
cicicumel 28-8-2017 05:24 PM
Dorg ada anak x?
cap_ayam 28-8-2017 05:25 PM
Alhamdulillah semoga giliran kami pula tak lama lagi..
jerukkedondong 28-8-2017 05:39 PM
Rubytah ni cantik betul tanpa mekap...
Semoga beroleh haji yg mabrur utk kedua2 nya..
In shaa Allah..
Aamiin
nurchomel 28-8-2017 05:42 PM
semoga mendapat haji mabrur dan banyak bersabar ketika berada di sana
moonbug 28-8-2017 05:50 PM
Semoga dipermudahkan dan mendapat haji mabrur. Seronok tgk ramai yg muda2 dah pergi haji sekarang ni. Murah rezeki
moonbug 28-8-2017 05:52 PM
Quote: pinkypetal: Cantik wife dia


Sebiji muka ayu raudah kan
shailyvelera 28-8-2017 05:53 PM
Semoga mendapat haji yang mabrur...
myakayina 28-8-2017 06:02 PM
Alhamdulillah.. semoga dipermudahkan segala urusan
pucuk-kelompang 28-8-2017 06:11 PM
Alhamdulillah....
Lihat semua komen