Fokus
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Fokus 28-8-2017 05:06 PM 7863 Views
DescriptionSkuad bawah 22 tahun (B-22) Malaysia berjaya menyingkirkan pasukan bola..

ADVERTISEMENT




Skuad bawah 22 tahun (B-22) Malaysia berjaya menyingkirkan pasukan bola sepak Indonesia pada perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Sabtu lalu.

Kemenangan itu sekaligus membawa skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee melangkah ke perlawanan akhir untuk menentang pasukan Thailand yang dijadualkan berlangsung esok, 29 Ogos pada jam 8.45 malam. 

Kaunter tiket mula dibuka di Stadium Shah Alam bermula jam 11 pagi tadi. Harga sekeping tiket adalah RM21.20 (termasuk GST) dan pembelian tiket terhad sebanyak lima keping bagi setiap individu.

Oleh kerana penjualan tiket untuk perlawanan kali ini tidak dijual secara atas talian, Stadium Shah Alam mula dibanjiri ribuan penyokong seawal jam 6 pagi lagi.


Loading FB Video...

Rakaman video menunjukkan penyokong beratur hingga ke tepi jalan utama untuk mendapatkan tiket.


Disebalik keterujaan peminat bola sepak untuk mendapatkan tiket, terdapat individu yang cuba menangguk di air yang keruh iaitu menawarkan tiket perlawanan akhir dengan harga berlipat ganda.

Seorang lelaki dikecam netizen gara-gara ingin menjual tujuh keping tiket yang telah dibeli dengan harga RM150 sekeping. 



Walaupun bukan mudah untuk mendapatkan tiket tersebut kerana terpaksa beratur seawal pagi namun rata-rata netizen merasakan harga yang ditawarkan oleh lelaki ini agak keterlaluan.




Melampau kan! Bayangkan harga asal tiket tersebut cuma RM21.20, jadi berapa kali ganda keuntungan yang ulat tiket ini akan dapat? 

Apa komen anda sebagai penyokong setia bola sepak negara? - CARI


Original author: Oleh : Hafiz BZ

Prev.:Otak Mana Otak? Bodoh Lebih Level Dah Perempuan Ni! - Netizen

Next:Ini Stadium Ke Atau Tapak Pelupusan Sampah? Gambar Aib Stadium Shah Alam Jadi Viral


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
Skuau 28-8-2017 05:13 PM
Ko makan jer tiket tu...x dpt pi stadium...tgk kt tv pon blh....
moonbug 28-8-2017 05:23 PM
Wow. Lps ni bolehla buat service personal shopper utk tiket games. Teringat mcm tudung dUCk dgn fareedah. Yg lelaki pun ramai camping dpn kedai amik order tudung {:run
RatuDunia94 28-8-2017 05:29 PM
Melampau.. Tp well what to do.. Apa yg boleh buat duit sape x nak..
chacon 28-8-2017 05:32 PM


aku pun nak jual jugak la.. murah2 je sekeping rm50. pm tepi siapa nak.. ada 5000 keping lagi ni, xcukup aku potostep lagi




armin 28-8-2017 05:33 PM
Tp memang penatla beratur lama dari pagi. Kalau ada yg nak beli harga sama kirim salam la.
ms.engine 28-8-2017 05:44 PM
Adik beratur dari kul 8pg sampai n
i blm dpt
MyNameIsIris 28-8-2017 05:50 PM
napa tak jual on9? i suruh husband pergi... dia cakap camni nak beli tix memang pening
EncikRhoma 28-8-2017 06:31 PM
Quote: MyNameIsIris replied at 28-8-2017 09:50 AM
napa tak jual on9? i suruh husband pergi... dia cakap camni nak beli tix memang pening

kan...jual je online tak boleh ke? Sekarang dah zaman IT kot
ms.engine 28-8-2017 07:01 PM
Kecewa... Da x boleh control tutup kaunter mcm tu je..mana org x mengamuk. Tiket nak jual 80k bukak 2 kaunter. Management teruk
ninnakarinna 28-8-2017 07:16 PM
Kaunter yg bukak 2 je? Lg teruk dr kaunter bank n pejabat pos. Nasib baik urusan bank skrg boleh online.
mujer_in_espejo 28-8-2017 07:52 PM
Dari media, mknan, pengangkutan,  kebajikan, keselamatan SEMUA HAUK. TERUK. Patutlah seluruh asean skg kutuk malaysia, hina malaysia, masing2  buh tag #shameonyoumalaysia #cheaterhost.. bla..bla.. bla.. padan muka pengurusan tiket pun 2x5 hauk. KJ tu asyik kejar emas, emas, emas, sampai lupa nak ada KPI lain iaitu kecekapan sistem pengurusan. Memalukan. Menyusahkan rakyat.
syadq 28-8-2017 08:03 PM
Quote: MyNameIsIris replied at 28-8-2017 05:50 PM
napa tak jual on9? i suruh husband pergi... dia cakap camni nak beli tix memang pening

Katanya sbb online banyak kena tipu. Jenis yg tak beli tiket pastu tunggu orang hulur tepi pagar sebelum game.
syadq 28-8-2017 08:19 PM
Owh KJ dah jawab knp tak buat online kat twitter. Sebab takut online payment gateway tak stabil.
boyagombak 28-8-2017 09:10 PM
Quote: chacon replied at 28-8-2017 05:32 PM
aku pun nak jual jugak la.. murah2 je sekeping rm50. pm tepi siapa nak.. ada 5000 keping lagi ni ...

Wat mai sekeping Chacon. Lps tu aq nk potostat bnyk2. Mungkin Stad Syah Alam akn dibanjiri ratusan ribu . X muat boleh tgk tepi @ masuk dlm padang. Kita tgk game paling terhebat players lawan penunton
Elle_mujigae 28-8-2017 10:03 PM
suka komen Hafizul dlm screenshot di atas..patutnya tulis harga tiket ikut harga tiket sebenar pastu tulis upah berdiri lama sejak awal pagi sekian sekian..barulah tak nampak mcm org yg mengambil kesempatan..lebih kepada orang yg offer service gitu...
zie_indah 28-8-2017 10:51 PM
X yah beli baik tgk tv..anak buah i balik tnpa tiket ari ni..ulat oh ulat
{:question{:spec{:laugh
tobobon 28-8-2017 11:33 PM
xde counter measure ker untuk pembelian tiket ni?

mcm guna ic ker?


no ic tertera kat nombor tiket so nak masuk kena tunjuk ic

aku rasa ini semua taktik marketing ala2 tudung fareeda jugak... saja buat mcm ni nak nampak kecoh
Atifan 28-8-2017 11:33 PM
Td lg 10 org je lg aku nak dpt beli kt kaunter..sekali ada puak mana ntah baru dtg terus serbu kaunter tiket xnak beratur. Habis ditolak kitorang yg dlm line ni..berdebuk jatuh sorang..line yg elok ja td ada dh holang ke mana..terus hangat hati yg beratur elok2. Bergaduh dgn geng yg buat hal xnak beratur. Terus FRU dtg. Kaunter tiket terus tutup. Celaka btul yg xnak beratur tu
Skyz9183 29-8-2017 08:35 AM
Quote: syadq replied at 28-8-2017 08:03 PM
Katanya sbb online banyak kena tipu. Jenis yg tak beli tiket pastu tunggu orang hulur tepi pagar s ...

eh..bukan ke beli online tu nnt kena jgk pegi kaunter khas utk yg bli on9 n tnjuk pmbelian online kite..pstu bru dpt tiket..siap kena tnjuk ic smua..
Lihat semua komen