Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Tempatan 29-8-2017 10:10 AM 27.6K Views
DescriptionSebelum ini kecoh tentang suami penyanyi Adira iaitu Datuk Red yang dikatakan menggatal lagi dengan seorang pelakon 'N'.

ADVERTISEMENT


Sebelum ini kecoh tentang suami penyanyi Adira iaitu Datuk Red yang dikatakan menggatal lagi dengan seorang pelakon 'N'.

Rupa-rupanya gadis yang dimaksudkan adalah pelakon Nonny Nadirah yang juga merupakan bekas peserta program Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5).


Walau bagaimanapun Nonny menafikan sekeras-kerasnya dan mengatakan dia tidak pernah bertemu atau pun berhubung dengan Datuk Red.

Foto: mStar online
"Sumpah demi Allah, saya tak pernah berjumpa, berhubung atau menjalinkan hubungan cinta dengannya (Datuk Red).

"Saya tidak pernah memberikan nombor telefon kepadanya dan tidak tahu dari mana dia dapat," katanya kepada mStar Online.

Foto: IG Nonny Nadirah

Nonny sendiri terkejut dikaitkan dengan ahli perniagaan tersebut apabila dimaklumkan oleh pihak pengurusannya.

"Perkara ini saya dapat tahu pun dua hari lalu dan agak terkejut juga tiba-tiba pengurus hantar keratan artikel tentang pengakuan dia tu. 

"Saya tidak mahu memberi kenyataan lebih-lebih sebab semua yang dikatakan itu tidak benar," tambahnya.

Foto: Instagram
Aktres drama Isteri Luar Biasa ini turut meyatakan sudah mempunyai teman lelaki dan merancang untuk berkahwin.

"Saya harap semua orang berhenti sebarkan benda yang tidak betul. Kalau nak buat gosip pasal kerjaya saya tak kisah. Tapi rasanya tak perlu melibatkan gosip cinta."

Kalau 'N' bukan Nonny, siapa pula agaknya ya? -CARI

Original author: Oleh: Myra Rozi

Prev.:Lan Pet Pet Tunai Haji, Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Ke-9

Next:Jarang Bersama, Rumah Tangga Keith Foo Dah Berantakan?


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
chinta89 29-8-2017 08:24 AM
pelik plk.. kalau btl tak bersalah, fight la? bersemuka ngn denan miang tu dan suruh dia tunjuk bukti mana whatsapp deols. mne gambar deols semesra gmbr denan-ruhainies. mana semua bukti2?


setakat ko nk ckp sumpah2 mcm tu ak x caya..

sb mcm something fishy sgt k  konon nk hormati bini ptama n bini kedua denan, kononnya.. disamping xnk hubungan ko ngn bakal laki berantakan. kalau ak tmpt bf ko, ak akan still ragu2 sb ko semudah tu je nak settle pkra ni.

kenapa dik, takut bukti tersebar ke?

jgn lps ni malu sendiri dh la, adira tu bukan jenis duk diam.. nt2 dia akan bgtau gak sape yag ngendeng ngan laki tak semenggah dia tu.
amyza 29-8-2017 08:26 AM
Gigih betul si denan miang ni create gosip nak naik kan nama dia. Sah2 curik num nonny dari hp adira. Adira kena buat thumb print lock kt hp tu.
alieyrina 29-8-2017 08:37 AM
Edited by alieyrina at 29-8-2017 08:38 AM

Ada pun awatnya..xdak org kisah kut..bf hg ja lah..

Kami memg sedia maklum jantan tu takleh duk diam..duk nak menggesel jah keja nya
Skyz9183 29-8-2017 08:38 AM
pasrah je la adira oiii..dah laki hang mmg hajat nk pnuhkn kuota
masnona 29-8-2017 08:43 AM
Tok red sila tackle nursajat perempuanfuhh.
Bru sekufu. Kaya sama kaya katanya
mieymiey 29-8-2017 09:46 AM
Geli aku dengan si buRED ni. Attention seeker tak abis-abis. Yang mana pompuan yang melayan pun sama bongok macam dia.
abangadek 29-8-2017 09:51 AM
bongoknya adira bahagia ke kawen ngan dato kaya muda hensem wangi tp gatai
paz 29-8-2017 09:53 AM
Tak paham. Memang suka cari publisiti macam ni ke Dato Red ni?
Nenasketum 29-8-2017 09:55 AM
Laki Adira ni saper saja melayan kira on jer la kan. Bosan betul sensasikan jantan pprt macam ni. Check in kan dia dalam mental spital, mesti ada wayar tercabut.
Star_el 29-8-2017 09:57 AM
aku cm awkward je baca Adnan
cikmanggabatu 29-8-2017 10:14 AM


ko cantik la nonni. xpayah la dengan jantan gatal miang keladi ni. muka jenis  nak minta sepak beramai2 je. biar adira je kemaruk dengan jantan spesies terlebih dos ni. ko jangan join sekali.
miznora 29-8-2017 10:17 AM
pleasee noni jauhkanlah diri tu dari dato red..
adira pun dah tak kuasa nak melayan gosip gatal menggeletis lakinya
vanillaninja 29-8-2017 10:18 AM
Quote: abangadek replied at 29-8-2017 01:51 AM
bongoknya adira bahagia ke kawen ngan dato kaya muda hensem wangi tp gatai

Handsome and wangi?

Euww, no.
cmf_premierleag 29-8-2017 10:19 AM
aka suka noni ni ms kat AF lagi
akak harap noni laser je sedas dua kat dato buRED tu
ninnakarinna 29-8-2017 10:20 AM
Mesti isteri pertama gelak mcm ni kat adira.

Rasakan. Katenyerrr..
Yuyu8934 29-8-2017 10:20 AM
pleaseeeelah tak hadap dgn gosip murahan pak cik ni
kambinggila 29-8-2017 10:21 AM
noni mana ni? noni AF ke yang dengan sapa tu.. shawal eh?
LostStar 29-8-2017 10:24 AM
adira lepas kawen gan red ni nampak tenggelam dah. noni tu lagi cantik.
Si_diam 29-8-2017 10:28 AM
Dato red ni tidak ckup ke sudah bini 2 tu
Lihat semua komen