Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Tempatan 29-8-2017 10:49 AM 36.2K Views
DescriptionKhabar angin bertiup kencang baru-baru ini tentang rumah tangga Keith Foo yang dibina sejak tiga tahun sudah berantakan.

ADVERTISEMENT


Khabar angin bertiup kencang baru-baru ini tentang rumah tangga Keith Foo yang dibina sejak tiga tahun sudah berantakan.

Ada dakwaan kata mereka sudah jarang muat naik gambar bersama dan paling menguatkan spekulasi bila isterinya, Kim Raymond sudah tidak lagi mengikuti Instagram suaminya itu.


Baru-baru ini juga Keith Foo telah menerima rawatan di hospital kononnya sakit disebabkan masalah rumah tangga yang dihadapi.

Foto: IG Keith Foo
Tapi aktor drama Ariana Rose ini ada penjelasannya sendiri.

"Cerita kononnya rumah tangga kami bermasalah itu tidak benar sama sekali. Malah, kehidupan kami macam biasa saja.

"Baru-baru ini, memang saya dimasukkan ke hospital, tetapi disebabkan kecederaan dialami ketika bersenam. Kepala saya terhantuk pada objek keras. Jadi, dua malam juga saya terpaksa bermalam di hospital.

"Kami juga ketika ini sedang sibuk membuat persiapan untuk berpindah ke rumah baharu," katanya  kepada BH Online.

Foto: IG Keith Foo
Tambahnya, Kim yang sudah tidak mengikutinya lagi di laman sosial bukanlah perkara yang besar.

"Anak buahnya pun kerap bermain telefon bimbit isteri dan mungkin dia tersalah tekan hingga tidak lagi mengikuti saya di Instagram."

Foto: IG Keith Foo
Pandai-pandai sahaja tuduh mereka tak bahagia. Penjelasan pun dah diberi, jangan ada yang membuat fitnah lagi okay. -CARI

Original author: Oleh: Myra Rozi

Prev.:Sumpah, Saya Tak Main Cinta Dengan Datuk Red-Nonny Nadirah

Next:Dituduh Mabuk Di Pusat Hiburan, Langsung Tak Jejas Imej Syamel


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
mokcikKSKB 29-8-2017 11:11 AM
Kaver baik punya..baguslah.bini kau tu lawa high maintenance.
paz 29-8-2017 11:12 AM
Isteri dia ni cantik.
mieymiey 29-8-2017 11:19 AM
Alasan pindah rumah tu yang Fatin Afifah dengan ex laki dia pernah guna untuk cover kenapa diorang dah tak tinggal sebumbung. Tapi yang anak buah main hp, alasan terbaru i dengar.

Tapi, harap la gosip ni tak benar. Baru lagi diorang kahwin
helicornia 29-8-2017 11:23 AM
Quote: mieymiey: Alasan pindah rumah tu yang Fatin Afifah dengan ex laki dia pernah guna untuk cover kenapa diorang dah tak tinggal sebumbung. Tapi yang anak buah main ...

dlm kes dia ni tk tau la kan, tp anak buah aku mmg suka main henfon aku abis lari sume setting.ringtone fon sndri pn tk cam
mixed 29-8-2017 11:23 AM
npk elok je KF dok rindu2 kt anak & bini kt IG
pak mentua KF pn rajin komen kt ig KF

baru je KF teman KR tgk klfw tp heols duduk kt luar x  masuk
sb ada fathia ke?

Nenasketum 29-8-2017 11:25 AM
Kalau long shot, baby face sangat Kim ni. Anak orka kan dia?
Skyz9183 29-8-2017 11:28 AM
bru dpt bby kot..wife keith ni hot gilz ank org kaye jgk..
Skyz9183 29-8-2017 11:28 AM
Quote: mixed replied at 29-8-2017 11:23 AM
npk elok je KF dok rindu2 kt anak & bini kt IG
pak mentua KF pn rajin komen kt ig KF

errkk pnh cinlok dgn fatiya ke?
sitisitu25 29-8-2017 11:35 AM
cubaan utk glemer blk ke setelah flop? derang ni kapel lama..kawen pun lama before ada anak..kaya plk bkn pprt..xkan cerai kot?

rs cam just saja2 create gossip nk kekal dlm industry je..
aldilla_zahraa 29-8-2017 11:38 AM
Quote: sitisitu25 replied at 29-8-2017 03:35 AM
cubaan utk glemer blk ke setelah flop? derang ni kapel lama..kawen pun lama before ada anak..kaya pl ...

Punca gosip ni rasanya sbb ada satu instastory yg KF upload. Berbau2 ada pertengkaran antara mereka berdua.
WiduriiManja 29-8-2017 11:40 AM
Semuga derang aman2 je..sian kat baby..
albedah 29-8-2017 11:40 AM
Quote: helicornia replied at 29-8-2017 11:23 AM
dlm kes dia ni tk tau la kan, tp anak buah aku mmg suka main henfon aku abis lari sume setting.ri ...

Jgnkan anak buah...  Aku sendiri x perasan apsal setting aku berubah...  Wallpaper pun dgn susun atur icon cacaa...  Musti terrrrrtekann tangan aku ni ntah bilanyaaaa..
shailyvelera 29-8-2017 11:43 AM
semoga baik2 je KF ngn isteri....lawa nk mamppp la bini dia ni...ermmm..
mieymiey 29-8-2017 11:45 AM
Quote: helicornia replied at 29-8-2017 11:23 AM
dlm kes dia ni tk tau la kan, tp anak buah aku mmg suka main henfon aku abis lari sume setting.ri ...

Bertabahlah sis. Dah nama pun bebudak, karang kalau tak di bagi, mau nya dia melalak terpekik terlolong
mieymiey 29-8-2017 11:45 AM
Quote: aldilla_zahraa replied at 29-8-2017 11:38 AM
Punca gosip ni rasanya sbb ada satu instastory yg KF upload. Berbau2 ada pertengkaran antara merek ...

Bau pertengkaran yang macamana tu sis?
Levespa 29-8-2017 11:53 AM
lawa pulak nampak yg gambar last tu
barfi 29-8-2017 11:54 AM
Dah nama pun laki bini. Kadang2 bertengkar tu biasa la..
barfi 29-8-2017 11:54 AM
Kalau sampai ada penderaan tu, haa itu mmg la kena take action
gracieyna 29-8-2017 12:03 PM
anak buah main fon sampai tertekan unfollow? pelik jugak alasan ni.
Lihat semua komen