Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Isu Semasa 29-8-2017 11:53 AM 4645 Views
DescriptionAwal pagi kelmarin, berlaku satu kes kematian yang membabitkan seorang pelajar lelaki warga Nigeria dilaporkan maut akib ...

ADVERTISEMENT


Selalunya kita beranggapan hanya tulang ikan atau benda yang bersifat tajam dan keras sahaja mampu mengakibatkan seseorang itu tercekik. 

Namun berita ini mungkin akan mengubah pemikiran anda berhubung teori tersebut. 


sumber : Berita Harian

Ini kerana awal pagi kelmarin, berlaku satu kes kematian yang membabitkan seorang pelajar lelaki warga Nigeria dilaporkan maut akibat tercekik roti di sebuah hotel dekat Port Dickson.

Memetik laporan Bernama,  Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Zainudin Ahmad berkata mangsa yang dikenali sebagai Borokinni berusia 32 tahun menyertai pertandingan makan roti pada majlis sambutan hari lahir rakannya yang berlangsung di hotel tersebut. 

"Selesai pertandingan, mangsa yang juga pelajar di sebuah kolej swasta di Selangor berlari ke belakang dan muntah lalu tidak sedarkan diri."

"Rakan mangsa kemudian segera membawanya ke Hospital Port Dickson untuk rawatan kecemasan."


Jelas Supt Zainudin Ahmad, doktor mengesahkan mangsa mati akibat 'Asphyxia Secondary To Choking' atau lemas akibat tercekik."

Mayat mangsa sudah dibedah siasat dan masih belum dituntut ahli keluarga, tambahnya.- CARI

Prev.:Sebulat Suara Tolak PAS, Pakatan Harapan Bersedia Lawan 3 Penjuru

Next:Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2017: "Sila Berkelakuan Baik"- PDRM


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
taji2906 29-8-2017 12:04 PM
roti apa dia makan ni? roti lutut tu ke? memang tercekik.. paling tak pun tersedak.
umbut 29-8-2017 12:33 PM
Pertandingan makan roti? Memang bahaya.. kat tekak belum hadam ko dah sumbat byk2..
shernazz 29-8-2017 12:46 PM
roti pon memang boleh sebab tercekik
coba kalau kau makan bebanyak roi gardenia tu
memang melekat wei
lee_haru 29-8-2017 12:54 PM
kunyah 44 kali..baru telan dik....
CardiGans85 29-8-2017 12:56 PM
Baguettes kot..kan tu keras berdengkung
Vokuro 29-8-2017 01:03 PM
innalillah untuk heshe
insulin 29-8-2017 01:07 PM
Takziah. Bahaya juga roti ni ye kalau tak dikunyah elok2.
finesse 29-8-2017 01:15 PM
Quote: Vokuro replied at 29-8-2017 01:03 PM
innalillah untuk heshe

Hello sis lama tak nampak..
minguk 29-8-2017 01:26 PM
tercekik makan roti?
pinkypetal 29-8-2017 01:44 PM
Kesiannye..
MissNigga 29-8-2017 01:51 PM
ciannya ... mencekik sampai makanan tu masuk ke dalam saluran pernapasan
lasagnaklcc 29-8-2017 01:53 PM
Roti mcm susah hadam... kalau kena air jadi mcm satu ketulan besar. I mmg pantau betul2 kalau anak buah mkn roti. Org dewasa pon blh tercekik, apetah lagi bdk2.
spenderterselit 29-8-2017 01:59 PM
Btol weh.roti klo mkn bebanyak laju2 mmg berketul liat cmpur air liur.memang klo dh ptndingan makan roti byg kan la mmg laju deme kunyah berebut2 nk telan cecepat.sudahnya tercekik
paz 29-8-2017 02:13 PM
mesti telan sekali besar ni. Hati-hati you all.
blythes 29-8-2017 02:21 PM
aku suka kepal roti gardenia tu sebelum kunyah. sedap. ajal wey
batmana 29-8-2017 02:26 PM
makanan mana bole mkn kelam kabut

cam kamu berak, ada berak cepat2 ka?

aman ke bontot tu klu berak cepat2?.

semua benda take time daa..
ultra78 29-8-2017 05:23 PM
Aku memang menolak sebarang pertandingan siapa makan paling cepat atau paling banyak. Benda mcm ni wajar dihentikan.
nishikido 29-8-2017 05:41 PM
Bukan roti je..haritu ank buah umur 2tahun tercekik biskut baby yg lembut tu.tak tahu macam mana boleh tercekik..makan dduk elok je sebelah mak dia..mujur akk ipar prnah join kelas rawatan kcemasan,sampai biru budak tu tak brnafas..dia terlungkup budak 2,tepuk2 blakang..check saluran nafas dia and apa lagi ntah.I dgn mil mampu panik jelah..I siap nk start kereta nk bawak g hospital sbb xtahu nak buat apa..mujur tak lama tu ank buah trbatuk and dia okay..bila check apa yg keluar biskut yg tak hancur besar celah gigi je tapi boleh buat trcekik.sejak tu I insaf and kunyah mkn betul2
merrissa 29-8-2017 08:19 PM
lerrr lain kali buat la pertandingan makan bubur
Lihat semua komen