Selena Gomez mengejutkan lebih 125 juta pengikut di akaun Instagramnya kerana memuat naik gambar bogel bekas kekasihnya iaitu Justin Bieber baru-baru ini.
Rupa-rupanya dia adalah salah seorang mangsa terbaru penggodam dan nasib baik Selena mengambil langkah untuk menyahaktifkan akaunnya dengan segera.
Menurut laporan Variety, pelantun lagu Love You Like A Love Song itu bagaimanapun tidak mahu mengulas langsung tentang insiden terbabit sebaliknya hanya berdiam diri.
Gambar bogel Justin Bieber yang muncul di Instagram Selena itu diambil semasa dia bercuti di Bora Bora Island pada tahun 2015 dahulu. Ketika itu mereka berdua masih lagi pasangan kekasih.
Sementara itu Justin Bieber memberikan komen, "Setelah melihat gambar-gambar itu, nampaknya saya macam masih belum lagi 'move on'."
Difahamkan, akaun Instagram Selena kini sudah kembali aktif seperti sedia kala dan semua foto bogel tersebut sudah dipadamkan. -CARI