CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pasti Meleleh! Kuah Pecal Mak Ton, Kena Cuba Resipi Viral Ni!

29-8-2017 01:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 23980| Komen: 21|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Khas untuk anda yang memang 'hantu' sayur. Tiap kali makan mesti nak berpiring-piring sayuran.Memang bagus untuk kesihatan, kan! Nah, apa kata anda cuba resipi kuah pecal ala Mak Ton!Makan dengan sayu ...

Khas untuk anda yang memang 'hantu' sayur. Tiap kali makan mesti nak berpiring-piring sayuran.

Memang bagus untuk kesihatan, kan! Nah, apa kata anda cuba resipi kuah pecal ala Mak Ton!


Makan dengan sayuran yang dicelur, terangkat beb!  Mari cuba! 


Sayur-sayuran yang dicelur:

Pucuk Ubi
Pucuk Paku
Kangkung
Paku Rawan
Nangka muda
Jantung pisang
Taugeh

Cara-caranya: 
1. Sediakan besen berisi air + ais untuk merendam sayur yang di celur bagi mengelakkan sayur menjadi layu selepas dicelur (over cooking)


2. Celur semua sayur dan sejat supaya kering

Sayur segar (tidak dicelur):

Tauhu goreng
Timun


Bahan untuk kuah pecal:

500gm kacang tanah India
10biji bawang kecil ros
5biji bawang putih
1/2inch belacan
3 cawan air
2 sudu asam jawa
1keping gula kabung


Cara-caranya: 
1. Goreng kacang tanah dengan sedikit minyak sehingga perang dan ketepikan.

2. Kemudian goreng bawang ros dan bawang putih dengan minyak lebihan kacang tadi sehingga perang dan ketepikan.

3. Goreng belacan sehingga garing, ketepikan.

4. Goreng cili kering sehingga garing, ketepikan.

5. Kisar bahan satu persatu dengan 3 cawan air dan kemudian satukan di dalam kuali yang digunakan tadi.

6. Asam jawa diramas bersama air tadi kemudian dimasukkan ke dalam kuali.

7. Gula kabung dimasukkan bersama.

8. Menggelegakkan sehingga pekat dan garamkan secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan. - CARI 

Kredit resipi: Aezach AR
17

Bagus
16

Marah
9

Terkejut
14

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aleesyasofia 29-8-2017 01:41 PM
sedapnya pecal..
Quote Felycya 29-8-2017 01:56 PM
Harus dicuba ni

Ai hantu pecal
Quote pinkypetal 29-8-2017 04:47 PM
Sedapnyeee
Quote deathacker 29-8-2017 05:34 PM
Sama je dgn resepi yg mak aku buat. Tp yg herannya knp semua benda nak diviralkan.
Biasa je semua resepi tu
Quote CardiGans85 29-8-2017 09:18 PM
Klu sy,biasa sy akn letak hirisan daun limau purut ms buat pes kuah tu.lbh mengancam n buka selera.
Quote borrow 29-8-2017 10:19 PM
My fav.

Dedulu ai igt gula kabung = gula melaka . Rupanya lain .

Payah nk cari gula kabung ori. Gula kabung kat tesco mahal gila. Rm3 .50 x silap
Quote Jorja 29-8-2017 10:58 PM
Nak try juga.. biasanya ambil resepi dr blog aziekitchen
Quote pearl.silver 30-8-2017 12:09 AM
Rindu kuah pecal arwah mak..
Dulu mesti jd tukang tumbuk bahan2 kuah pecal ni...sedapnyee
Quote pearl.silver 30-8-2017 12:11 AM
Btw resepi mak dulu pas tumbuk bleh gaul terus ngan sayur..bancuh bila nk mkn je..xyh dah masak lg sekali
Quote nisako 30-8-2017 10:36 AM
wah.....................................
Quote chipsmoremore 30-8-2017 12:05 PM
peberet ni...

tapi paling malas nak buat kuah... so kita beli yg redimed jerk
Quote sherry70 4-9-2017 08:59 AM
Edited by sherry70 at 4-9-2017 09:01 AM

kat luar jarang org jual pecel ni.. nak mkn buat sendiri  bahan yg saya guna pun nampak sama cuma saya tak guna belacan
Quote DeeHanania 5-9-2017 07:58 AM
Waahh @makton
Femes skrg ek gan kuah pecal...
Faveret kita gak
Quote makton 5-9-2017 08:00 AM
DeeHanania replied at 5-9-2017 07:58 AM
Waahh @makton
Femes skrg ek gan kuah pecal...
Faveret kita gak

sedap kannn... nak buat sendiri tak reti.. huuhu
Quote pittjie 5-9-2017 09:37 AM
CardiGans85 replied at 29-8-2017 09:18 PM
Klu sy,biasa sy akn letak hirisan daun limau purut ms buat pes kuah tu.lbh mengancam n buka selera.

saya pulak suka letak cekur instead of daun limau purut. yang limau purut tu jawa belah2 tg karang, sg besar suka buat.
Quote pittjie 5-9-2017 09:38 AM
pearl.silver replied at 30-8-2017 12:11 AM
Btw resepi mak dulu pas tumbuk bleh gaul terus ngan sayur..bancuh bila nk mkn je..xyh dah masak lg s ...

kan pearl. nak makan baru kita bancuh kacang paste tu. kalau direbus sampai menggelegak tu dah macam kuah pasembur la pulak.
Quote pearl.silver 5-9-2017 10:51 AM
pittjie replied at 5-9-2017 09:38 AM
kan pearl. nak makan baru kita bancuh kacang paste tu. kalau direbus sampai menggelegak tu dah mac ...

Ah ye..dah mcm kuah pasembor..
Quote CardiGans85 5-9-2017 01:04 PM
pittjie replied at 5-9-2017 09:37 AM
saya pulak suka letak cekur instead of daun limau purut. yang limau purut tu jawa belah2 tg karang ...

Hehehe..betul la tu
Quote DeeHanania 6-9-2017 05:14 AM
makton replied at 5-9-2017 08:00 AM
sedap kannn... nak buat sendiri tak reti.. huuhu

Da ada reseps tu,
Nnti bole buat tau makton...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.074498 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top