CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bersanding Kali Kedua, Norman Hakim Jemput Abby Hadir Bersama?

31-8-2017 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 16807| Komen: 99

Description: Pelakon Norman Hakim atau Mohamed Norhakim Zaidon dilaporkan bakal sekali lagi bersanding buat kali kedua bersama isterinya, Memey Suhaiza.

sumber : Malaysiakini


Pelakon Norman Hakim atau Mohamed Norhakim Zaidon dilaporkan bakal sekali lagi bersanding buat kali kedua bersama isterinya, Memey Suhaiza bersempena sambutan ulangtahun ke-6 perkahwinan mereka pada 24 September ini.

Memetik laporan mStar, Norman yang kini berumur 41 tahun berkata, majlis itu diadakan sebagai tanda simbolik dan gimik selepas perlantikannya dan isteri sebagai duta rasmi Mahligai Impian Catering & Events pada Mac lalu.

"Insya-Allah jika tiada halangan kami akan kembali naik pelamin dan majlis itu nanti diharap dapat beri keberkatan dan manfaat."

"Pada acara itu juga saya juga ingin meraikan anak sulung saya iaitu Mohamed Danish Hakim yang berjaya khatam hafazan Al-Quran 30 juzuk."


Dalam pada itu, Norman berkata, pada majlis itu juga dia akan mengumpulkan semua ahli keluarganya termasuk bekas isteri, Abby Abadi dan suaminya bagi memeriahkan acara itu.

“Majlis itu menggambarkan bagaimana kehidupan kami selepas berkahwin dan membawa haluan sendiri. Kami juga akan bersanding bersama anak-anak."

“Sebelum ini, kami tidak pernah ada masa untuk berkumpul bersama-sama memandangkan anak-anak semuanya bersekolah asrama.”

Bagaimanapun, difahamkan rancangan Norman itu masih diperingkat perbincangan dan tertakluk kepada persetujuan Abby.

Norman ditemui pada sidang media pengumuman duta Mahligai Impian di Mutiara Damansara, Selangor semalam. Memey turut hadir menyerikan.

Norman dan Memey berkahwin pada 24 September 2011.- CARI

sumber : mStar

10

Bagus
13

Marah
15

Terkejut
19

Sedih
10

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mu@h@h@ 31-8-2017 10:15 AM
Sponsor blh la sanding 1000x pun
Quote shachihata33 31-8-2017 10:31 AM
Abby ni lawa je...
Quote shachihata33 31-8-2017 10:31 AM
ehhh salah...memey nampak lawa je

abby mmg aku x kenan
Quote EvieWanKenobi 31-8-2017 10:34 AM
suka la tu Abby..
Quote wallflower 31-8-2017 10:37 AM
Dah aman damai dah family theyols. Dari observation aku benda ni possible sebab memey tak merempan sangat, and of course la sebab Abby pon dah maafin sheols dan Norman.

Cer bayangkan memey pon sama naik dgn Abby. Gigih explain dekat sosmed kalau ada isu, mau nya ribut taufan.

Abby sendiri pon siap kata dia pinjam je Norman tu, jodoh sebenar heshe memey.
Lebih kurang dia kata kita pinjam beberapa tahun je,sebab memey kecik lagi.

Memey ni matang jugak walau pernah ada kisah hitam dolu2.
Quote sitisitu25 31-8-2017 10:45 AM
wallflower replied at 31-8-2017 10:37 AM
Dah aman damai dah family theyols. Dari observation aku benda ni possible sebab memey tak merempan s ...

aku pon rs aman damai sb memey tu x merempan..n dia x control norman bab anak2..but its alway take 2 to tango..iaitu memey x merempan n abby juga redha dgn ketentuan..br menjadik
Quote reddots 31-8-2017 11:23 AM
dah nak jadi trend la ni.. pastu marhaen pun mengikut, baru kawin 5 tahun, dah nak buat sanding annivesary... pastu merempan tak cukup duit , kena tipu ngan wedding planner pakej murah. tp nak buat grand..
so, nanti yg nak mengikut, sila menabung dari hari pertama lepas sanding pertama kali..
Quote apiang 31-8-2017 11:45 AM
Hahahaha syiok ah kawen ag
Quote fadzyjemi 31-8-2017 12:21 PM
Wah untungla jd duta.. rezeki.btl
Quote husie91 31-8-2017 12:39 PM
Pernah jumpa memey in person, sangat soft spoken orgnya. I wondering mcm mana perempuan yg baik mcm tu boleh tgkap cintan dgn laki org. Mmg patut la norman tergoda pon, lemah lembut mcm tu siapa yg tahan {:smile norman plak in person besar n tggi gila. Mcm kokesen
Quote husie91 31-8-2017 12:42 PM
Abby plak pernah jumpa jugak.. Nampak mcm behave je, tak mcm dia kt socmed. Kulit muka cantik, gebu je. Cuma bam bam sikit la {:smile
Quote bluecrystal 31-8-2017 12:59 PM
Malam tadi baru tengok balik video Abby ngamukkan Norman masa shooting dulu..sedehhh

Sape sangka diorang boleh berbaik2 sekarang...dulu tengok memey tersengeh2 klua court lpas kes khalwat..rasa nak cepuk je muka sheol..sekarang bolehla..suka gak tengok..rasa memey ni macam murah rezeki..tengok life Sheol..duta ephyra lagi..bisnes pun ok
Quote babycc 31-8-2017 01:06 PM
Perlu ke nak samding lg?? X cukup dulu sanding siap tajaan juta2??
Quote Nenasketum 31-8-2017 01:14 PM
Shuib & Sarah sanding lagi sebab dulu dia pokai. Penaja pun tak ada sebab kejadian Allah tu tak lah se elok Norman/Memey dan tak da benda boleh sensasikan. Tapi Shuib perangai elok jaga anak bini, kuat keje. Yang korang plak, apa kes? Acik kepam mesti jawab, ada ke dia mintak duit orang?
Quote spenderterselit 31-8-2017 01:14 PM
Motif jaki ngn org nk sanding kali kedua?biar la dh dia nak klo itu yg buat deme happy.disponsor tu bonus rezeki masing2.kita yg tak pernah disponsor or xbyk pitis nk buat grand2 ni sptutnya doakn dorg #tilljannah.klo xnk doakan sila stop merempan cuci je mata tgok gmbr2 bahagia orang.Orang tu aman2 je nk bkumpul reramai 1 family lgpon sume dah move on antara mereka.#donedakwah
Quote moonbug 31-8-2017 02:15 PM
sitisitu25: aku pon rs aman damai sb memey tu x merempan..n dia x control norman bab anak2..but its alway take 2 to tango..iaitu memey x merempan n abby juga redh ...


Setuju. Memey matang, pandai bwk diri. Abby cpt memaafkan and tau anak2 priority. Salute dua2. Semoga kekal bahagia
Quote moonbug 31-8-2017 02:17 PM
husie91: Pernah jumpa memey in person, sangat soft spoken orgnya. I wondering mcm mana perempuan yg baik mcm tu boleh tgkap cintan dgn laki org. Mmg patut la n ...


Cantik pulak tu kan. Dia mmg natural beauty kot, tak make up pun mulus je tgk. Harus Norman tak tahan
Quote moonbug 31-8-2017 02:19 PM
spenderterselit replied at 31-8-2017 01:14 PM
Motif jaki ngn org nk sanding kali kedua?biar la dh dia nak klo itu yg buat deme happy.disponsor tu  ...

Yes. Biarlah diorang jadi contoh pd org lain. Amik yg positif, yg tak elok sendiri fikirlah. Tp mmg nampak family ni ikhlas berkasih syg and dah lama move on, baguslah diorang nak raikan family sendiri. Rakyat jelata je yg still nak question itu ini.
Quote moonbug 31-8-2017 02:20 PM
To each his own la

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.076448 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top