CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Filem Flop, Ahmad Idham Tawar Netizen Reka Poster Akan Datang

6-9-2017 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 35448| Komen: 305|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Apa dah jadi dengan kutipan filem terbaru arahan dan lakonan Ahmad Idham Nadzri, Pencuri Hati Mr Cinderella (PHMC)? Agak terkejut juga apabila mendengar kutipan filem terbabit hanya mampu mengutip kur ...
Apa dah jadi dengan kutipan filem terbaru arahan dan lakonan Ahmad Idham Nadzri, Pencuri Hati Mr Cinderella (PHMC)? Agak terkejut juga apabila mendengar kutipan filem terbabit hanya mampu mengutip kurang RM100,000.




Di manakah silapnya filem dibintangi Atikah Suhaime, Datuk Eizlan Yusof, Cat Farish dan Hairul Azreen itu sehingga kurang mendapat sambutan daripada penonton?

Bukan itu sahaja, malahan posternya juga turut dikecam netizen! Hm, kenapa nampak macam poster cerita lama je tu?

Menurut Ahmad Idham, PHMC mendapat respon positif walaupun sambutannya kurang menggalakkan.

“Maklum balas yang saya terima mengatakan filem ini berjaya lari daripada kisah cinta klise sebelum ini. Bagaimanapun, sambutannya agak mengecewakan apabila hanya mencatat kutipan kurang RM100,000,” katanya kepada Harian Metro.



Tambah Ahmad Idham, kedudukan ekonomi tidak menentu mungkin menjadi antara faktor keadaan itu berlaku.

Walaupun posternya mendapat kecaman ramai, Ahmad Idham bersikap optimis serta bersyukur kerana orang ramai masih cakna akan setiap produk keluarannya.

“Sebelum PHMC, filem Minah Motor yang ditayangkan beberapa bulan lalu turut mendapat kecaman netizen. Mungkin saya terlepas pandang dengan sensitiviti beberapa pihak yang peka dengan perihal poster.

“Disebabkan ramai yang memberi idea dan komen, saya merancang untuk membuka peluang kepada mereka untuk reka cipta poster filem saya akan datang.

“Tawaran ini secara tidak langsung memberikan peluang perniagaan kepada netizen yang mempunyai kelebihan mencipta poster yang baik,” katanya.


Foto: IG Ahmad Idham

Ada yang sudi tak untuk mereka cipta poster filem Ahmad Idham akan datang? - CARI
15

Bagus
14

Marah
12

Terkejut
30

Sedih
11

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 6-9-2017 01:49 AM
Selayaknya poster tu dihencap...
Quote generalsoap 6-9-2017 02:31 AM
Bila dulu poster kering kontang mcm tu pun boleh dapat collection tinggi 5-6 juta, sekarang ni theory box office filem dia dah tak jalan seperti dulu, salahkan ekonomi. How about salahkan diri sendiri yang masih di zaman neolitik, pra mac book pro? Dulu nak buat editing poster kena cari graphic designer baik punyer, sekarang kat rumah org boleh create movie poster jauhhhhh lebihhhh advance with a click of a button. Software dah semakin canggih, budak sekolah pun boleh create poster ala transformers dgn tools yg ada sekarang, dia produce feature film poster mengalahkan drama 70-an gred D, tak ke org rasa mutu filem dia pun mcm tu. jagalah branding, image filem tu. Get with the program!
Quote Metinpehlivan 6-9-2017 03:08 AM
generalsoap replied at 6-9-2017 02:31 AM
Bila dulu poster kering kontang mcm tu pun boleh dapat collection tinggi 5-6 juta, sekarang ni theor ...

Jangan lupa faktor hero sudah kertu
Quote hyie 6-9-2017 05:10 AM
len kali letak bamtah jadi hero, kompem acik2 kepam tengok 10 kali
Quote tagas 6-9-2017 06:32 AM
Tunggu tayang raye di tv3 jer hokey

sambil kunyah kuih tat

foc
Quote kikiharris 6-9-2017 06:40 AM
mahu tak sentap..masa kat IG kemain ramai puji,tak sabar nak tgk semua.
last2 kutipan sedih
yang puji2 tu bukan pergi wayang pun.
hujung hujung melangak tunggu keluar kat tv,time raya.
Quote mieymiey 6-9-2017 06:59 AM
Relevan lagi ker cerita macam ni tayang kat panggung? Memang tak lah orang nak bayar semata nak tengok. Selayaknya masuk drama jam7, free. Ditambah lagi dengan hero dan herion yang super sedih. Menambah peratusan kehaukan dan kesenduan pada filem ni.
Quote akuMNdia 6-9-2017 07:09 AM
yusof haslam yg lbh tua tu pun dah lama beralih dari buat cerita cinta kepada cerita tembak menembak  tp ahmad idham ni dok la hanyut lg dlm zaman cerita cinderella dia tu.
Quote qis_88 6-9-2017 07:12 AM
Pengarah... pelakon.. poster.. hurrmmmm...
Quote raradhia 6-9-2017 07:20 AM
poster bodoh, hire laa org yg mmg pakar design berlambak graphic designer kat luar sn. .ko yg buat poster tu ka ahmad idham? kedekut, dah diri sndri kedekut utk filem SENDIRI, ingat org lain nak murah hati plak tengok filem ko.  tuannya pun KEDEKUT! so, mmg wajar org ramai pun kedekut mengeluarkan duit pg pawagam!
Quote raradhia 6-9-2017 07:21 AM
font poster pun hampeh!! BOOO
Quote putehkundor 6-9-2017 07:24 AM
Rm5 m banyak la tu.....aku sendiri terkejut hero lembam muka malas macam dia ni boleh tarik org nak tgk wayang
Mak teh expect less than 500k jah kutipan
Quote diamondhoney 6-9-2017 07:32 AM
Buat movie mcm drama spektra nak expect apa
Quote awanearisu 6-9-2017 07:35 AM
tak pernah tengok trailer pun. berbeza dengan tombiruo, penuh trailer masuk explore di ig. mungkin kurang usaha untuk promosi di laman sosial?
Quote Chesire_Epilog 6-9-2017 07:35 AM
Secara jujurnya i sedih tgk filem msia especially melayu. Ritu i nak tengok filem seram, so tengok la cita 'hospital'..tak seram langsung tu satu, yang kedua, plot cerita ntah pape, sekejap mimpi jadi pesakit mental, sekejap sedar pula jadi nurse shift malam. Last-last baru dapat tahu cerita ni tentang apa. Rupa-rupanya perempuan tu pesakit mental, tapi dia cipta watak dia sendiri. Dia taip jalan cerita ikut imiginasi dia.

Laaa..rupanya..tu pun tau sebab suami dia si pis pairus baca surat hasil karangan bini dia yang masuk wad tu, taip pakai typewriter. Bayangkan sejam tengok cita tu masih tak tahu apa motif, last-last pis pairus tu juga yang bongkarkan jalan cita dengan membaca cerita khayalan bini dia

Yang buat cerita ni tak real, hospital tempat dia kerja (sebenarnya hospital tinggalan), dah la takda orang, kakitangan hospital pun sekerat dua.

Sedih

Untuk tak OT, kalau filem masih tak upgrade memang susah la nak tarik perhatian peminat. Filem negara lain i tengok  berkali ganda jauh meninggalkan kualiti filem msia ni. Genre cinta / romantik ni memang sentiasa ada peminat tersendiri, kena tau ambil hati / olah dengan lebih menarik / tak klise & yang penting pelakon tu sendiri kena ikut peredaran zaman.

Sebagai contoh filem 'Everything,Everything', kalau baca dari summary cerita kita dapat agak dah jalan cerita macam mana..tapi bila kita tengok, kita sendiri akan rasa kita sedang jatuh cinta macam dalam filem..plot cerita dia best..tengok byk kali pon tak pe.
Quote NurAlia14 6-9-2017 07:42 AM
Rase stupid x zaman2 skng masih buat filem mcm tu..xblh hadam btl die ni ddk kt dlm gua agaknye..kalo mcm ni la pemikiran die as a director rasenye lyak ke?
Quote akuMNdia 6-9-2017 07:46 AM
Chesire_Epilog replied at 6-9-2017 07:35 AM
Secara jujurnya i sedih tgk filem msia especially melayu. Ritu i nak tengok filem seram, so tengok l ...

gigih jugak la ko kan tgk cerita seram melayu.
kalau aku, aku layan citer seram siam jer..
citer seram omputih, cina, korea, indon + malaysia aku tak layan sbb citer seram diorg ni dah tak seseram dulu..
citer seram korea plak dari dulu lg pada aku mmg tak pernah seram (or mungkin aku tak pernah tengok cerita yg btl2 seram).

utk tak OT...
wake up & move on mat deham...


Quote AshkieLa 6-9-2017 08:15 AM
tagas replied at 6-9-2017 06:32 AM
Tunggu tayang raye di tv3 jer hokey

sambil kunyah kuih tat

raya pun tak mungkin ramai org nak tengok..
even kalau dah takde citer langsung time deepavali or CNY skalipun...
Baik membuta buat taik mata..
Quote missinpiece 6-9-2017 08:26 AM
Zaman skarang nih cara nak market xde sempadan. Bleh je bg tket pcuma utk tarik penonton, bg separuh harga ke, share banyak ke. Ni x pnah2 tgk promo kt mana2 pon tetiba dah nak habis tayang

Lihat semua komen(305)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.084644 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top