CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buka Mulut, Azmin Umum Barisan Kepimpinan HARAPAN

8-9-2017 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2490| Komen: 13

Description: Datuk Seri Azmin Ali hari ini mengumumkan barisan kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor dengan nisbah 4:3:3:2 antara empat parti komponennya.
Selaku Pengerusi, Datuk Seri Azmin Ali hari ini mengumumkan barisan kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor dengan nisbah 4:3:3:2 antara empat parti komponennya.


Foto: Malaysia Kini

Memetik Malaysia Kini, pemimpin PKR mengisi empat jawatan, sementara dua jawatan diberikan kepada pemimpin BERSATU dalam struktur kepimpinan baru itu.

Menurut Azmin, empat timbalan pengerusi yang dilantik terdiri daripada Tony Pua (DAP), Ir Izham Hashim (AMANAH), Datuk Abdul Rashid Asari (BERSATU) dan Sivarasa Rasiah (PKR).

Selain Sivarasa, anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dilantik sebagai setiausaha, manakala ADUN Seri Andalas Xavier Jeyakumar diangkat sebagai pengarah pilihan raya.


Dari DAP, speaker DUN Selangor Hannah Yeoh dilantik sebagai bendahari dan Anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo selaku pengerusi biro undang-undang.

Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim dari parti AMANAH bertanggungjawab sebagai penolong setiausaha dan ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dipilih sebagai pengerusi jawatankuasa manifesto.

Manakala, jawatan Ketua Penerangan diberi kepada anggota majlis kepimpinan BERSATU Datuk Dr Sukiman Sarmani.


Foto: IG Azmin

"Saya berkeyakinan bahawa kepimpinan Pakatan Harapan Negeri Selangor akan terus maju ke hadapan dengan tekad untuk mempertahankan Kerajaan Negeri Selangor demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.

"Mesyuarat juga telah membincangkan secara dasar tentang manifesto dan gerak kerja pilihan raya termasuk program-program penerangan yang akan memberikan pencerahan dan maklumat kepada rakyat mengenai kejayaan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor," jelas Azmin. - CARI

32

Bagus
32

Marah
13

Terkejut
24

Sedih
22

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (136 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_BeachBoys 10-9-2017 05:04 PM
Pakatan haru biru...musnah negara kalau biar kat puak-puak ni...kesannya lagi teruk dari BN.
Quote xy_daen 10-9-2017 05:08 PM
cmf_BeachBoys replied at 10-9-2017 05:04 PM
Pakatan haru biru...musnah negara kalau biar kat puak-puak ni...kesannya lagi teruk dari BN.

Selangor dapat ke Pakatan 2 penggal aman2 je...rakyat bahagia je bawah Pakatan...
Quote cmf_BeachBoys 10-9-2017 05:17 PM
xy_daen replied at 10-9-2017 05:08 PM
Selangor dapat ke Pakatan 2 penggal aman2 je...rakyat bahagia je bawah Pakatan...

Yelah...blom dapat kuasa penuh lagi kan...so simpan dulu tanduk setan tu
Quote xy_daen 10-9-2017 10:34 PM
cmf_BeachBoys replied at 10-9-2017 05:17 PM
Yelah...blom dapat kuasa penuh lagi kan...so simpan dulu tanduk setan tu

Ko ingat semua orang mcm UMNGOK ke
Quote nobito 10-9-2017 11:11 PM
Akak kesian dengan Anwar Ibrahim
Quote PEPPERMAN 10-9-2017 11:16 PM
jika berjaya membentuk kerajaan, di mana kedudukan Mahathir?
Quote cmf_BeachBoys 11-9-2017 02:05 AM
PEPPERMAN replied at 10-9-2017 11:16 PM
jika berjaya membentuk kerajaan, di mana kedudukan Mahathir?

Dalam kubur kot
Quote Chesire_Epilog 11-9-2017 07:30 AM
Tokti pun ikut bertanding bawah Harapan ni kan?
Quote karlmax8 11-9-2017 07:44 AM
Lepas ni dah kena bayar bil air lah lepas 8 tahun free. Kawasan majoriti melayu elit sokong pas,bangi,shah alam,hulu langat. Cina cuma area pj,damansara. Silap2 majoriti mudah pon xlepas.
Quote dess402 11-9-2017 07:50 AM
karlmax8 replied at 11-9-2017 07:44 AM
Lepas ni dah kena bayar bil air lah lepas 8 tahun free. Kawasan majoriti melayu elit sokong pas,bang ...


aku ingat penjilat2 PAS ni boleh tanam mimpi laa ..






Quote dess402 11-9-2017 07:54 AM

parti Urban kununn ..     



serupa di kelantan ..  tin2 milo ada harga

pasai diedar sebagai tabong2 sedekah .




Quote Simunggu 11-9-2017 09:11 AM
pakatan himpunan org gila kuasa...tak dapat peluang dalam umno terus buka parti lain...sick people..lagi sick org yg menyokong...
Quote xy_daen 11-9-2017 09:18 AM
karlmax8 replied at 11-9-2017 07:44 AM
Lepas ni dah kena bayar bil air lah lepas 8 tahun free. Kawasan majoriti melayu elit sokong pas,bang ...

Melayu urban sokong pas sebab benci UMNGOK sebelum ni...sekarang dah comolot dengan UMNGOK ko rase depa sokong lagi ke

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.060995 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top