Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Isu Semasa 12-9-2017 09:42 AM 2353 Views
DescriptionPakatan Harapan (HARAPAN) menyasarkan 100,000 kehadiran pada Himpunan Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi yang berlangsu ...

ADVERTISEMENT


Pengerusi Mobilisasi HARAPAN, Mohamad Sabu, berkata Pakatan Harapan (HARAPAN) menyasarkan 100,000 kehadiran pada Himpunan Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi yang berlangsung 14 Oktober depan.


Memetik laporan Malaysiakini, himpunan itu akan berlangsung di Padang Timur Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ), bermula dari jam 4 petang hingga 12 malam.



Mohamad Sabu yang juga merupakan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) memaklumkan bagi memenuhi prasyarat Akta Perhimpunan Aman 2012, Pakatan Harapan sebagai penganjur akan menyerahkan notis pemberitahuan kepada pihak polis dalam tempoh 10 hari sebelum himpunan tersebut diadakan. 

Pada sidang media, HARAPAN turut mengumumkan pertandingan video pendek dan melukis komik dengan tema himpunan itu, iaitu "Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi".

Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 017-6577506 untuk maklumat lanjut.

Istilah kleptokrasi adalah sangat penting untuk memahami perbezaan antara negara yang hanya dipengaruhi oleh rasuah, daripada negara yang dikuasai oleh rasuah.


Istilah negara kleptokratis merujuk kepada negara yang dikuasai oleh maling atau pencuri harta rakyat.

Sebuah kleptokrasi merupakan pemerintahan oleh pencuri yang menyamar sebagai pegawai negara yang jujur. Ciri utama kleptokrasi adalah ia sejenis jenayah negara.- CARI

Prev.:Hasrat Beraksi Di Liga Thailand Bukan Kerana Wang Semata-Mata- Thanabalan

Next:Punca 4 Biji Durian Dijual Dengan Harga RM1,000, Pekebun Salahkan Cuaca


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
akusukaq 12-9-2017 10:13 AM
100000 ? mai teka tolak berapa 0 .
xy_daen 12-9-2017 11:03 AM
Muat ke padang secoet tu...
Simunggu 12-9-2017 12:13 PM
wap shj...
jazaa100 12-9-2017 01:13 PM
Ada baling baling kerusi lg tak?....
-electrifying- 12-9-2017 02:45 PM
boleh sasar tu... malah lebih rasanya...
cmf_BeachBoys 12-9-2017 02:57 PM
Poster ala-ala poster sosialis
cmf_BeachBoys 12-9-2017 03:00 PM
DAP dah hilang banyak kerusi di Sarawak,ADUN dan MP DAP pun dah ramai keluar parti.PKR plak akan hancur dengan sendirinya akibat pertelingkahan dalaman.pastu nak harap kat parti curi kerusi dan parti bunga??