Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Tempatan 12-9-2017 10:15 AM 15.8K Views
DescriptionBaru-baru ini Shuib Sepahtu telah mengadakan sebuah majlis bagi menyambut hari ulang tahun kelahiran Siti Sarah yang ke ...

ADVERTISEMENT


Baru-baru ini Shuib Sepahtu telah mengadakan sebuah majlis bagi menyambut hari ulang tahun kelahiran Siti Sarah yang ke 33 tahun.

Namun dia mengakui langsung tidak menyediakan sebarang hadiah untuk isterinya pada tahun ini.


Foto: IG Siti Sarah
"Sejujurnya, saya tidak menyediakan apa-apa hadiah istimewa bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran Sarah pada tahun ini. Saya merupakan individu yang tidak menunggu sambutan hari istimewa untuk memberi hadiah.

"Jika hati saya terdetik untuk memberi hadiah, saya akan terus merancang perkara itu dan memberikannya kepada Sarah sebagai kejutan. Untuk tahun ini, cukuplah saya hadiahkan kepadanya kasih sayang yang tidak berbelah bahagi," jelasnya kepada Astro Gempak.

Foto: IG Siti Sarah
Sebelum ini Shuib pernah dijadikan idola dan suami contoh kerana menghadiahkan sebuah kondominium mewah kepada Sarah pada tahun 2015.

Dia juga menghadiahkan cincin berlian sempena sambutan ulang tahun perkahwinan yang keenam.

Sementara itu, Sarah berkata yang dia bersyukur dan terharu dengan majlis kejutan yang diadakan oleh suami dan kelab peminatnya, Hearty Sarah.

Foto: IG Siti Sarah
"Alhamdulillah, saya rasa sangat terharu dengan sambutan ini. Saya bersyukur kerana mempunyai peminat yang tidak jemu menyokong kerjaya seni saya sepanjang penglibatan dalam dunia nyanyian.

"Secara jujur, saya sendiri rasakan umur saya tidak berganjak semenjak berusia 26 tahun."

Tak kisahlah ada hadiah atau tidak, yang penting bahagia. Tak begitu? -CARI

Original author: Oleh: Myra Rozi

Prev.:"Itu Fitnah, Tunggu Tindakan Saya Selanjutnya!" - Boy Iman

Next:Nazim Othman Dan Isteri Ke Maldives, Harga Villa Satu Malam RM10 Ribu?


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
irsa 12-9-2017 10:31 AM
Hari2 dpt hadiah kasih syg meletop letop kak sarah hepi muke blushing
K_Lily 12-9-2017 10:32 AM
ok..tahniah la...
CauPandin 12-9-2017 10:39 AM
ingt iols kesah ke? (ttap jgak berkuntum di sini)



simpan utk hari tua ye shuib n sarah
lolita737 12-9-2017 10:45 AM
tak yah lah bagi.. nanti asyik duk show off je kt ig..
pngky 12-9-2017 10:58 AM
syukur alhamdulilah
tagas 12-9-2017 11:10 AM
Ckp jelar syg & feel tu dah makin kurang

tu psl takde hadiah

kan senang

Soorayahas 12-9-2017 11:24 AM
hari2 kasih syg dah ckup melebihi dari hadiah duniawi..
Acik_Whitney 12-9-2017 11:25 AM
Persis Thalia Rhaphia Sarah skrg khuens sis?
umbut 12-9-2017 11:28 AM
Baguslah.. kang hari2 show off kat ig dgn bdn balut baju ketat sendat lambang hati bahagia terindah..
nisako 12-9-2017 11:32 AM
sweetnye......................................
kisahkeaku 12-9-2017 11:35 AM
xpe laa sarah.asal laki sayang sudah.
ada je laki yg time besday x bg hadiah.tp dia belikan barang2  (perfume,beg,brg kemas) x kira masa.tau2 je dia belikan.eh hadiah jugak laa kan.
shailyvelera 12-9-2017 11:36 AM
tahniah dh 33 walaupun x rase berganjak katanyaaaa.......
framecermin 12-9-2017 11:37 AM
Mungkin laki dia bagi tapi tak nak bini dia show off kat insta je kut
senahsanasini 12-9-2017 12:02 PM
ok tahniahh
chinta89 12-9-2017 12:43 PM
Quote: Acik_Whitney replied at 12-9-2017 11:25 AM
Persis Thalia Rhaphia Sarah skrg khuens sis?

tali rafia?                                              
Andyscenes 12-9-2017 01:12 PM
Kenapa muka sarah pelik??
Hedwig77 12-9-2017 01:42 PM
Majlis tu pun dah kira hadiah lah tu
z_k 12-9-2017 02:05 PM
Quote: CauPandin replied at 12-9-2017 10:39 AM
ingt iols kesah ke? (ttap jgak berkuntum di sini)

cau!!!! lamanya tak menjoyah dengan chuols.
sihat ke dik?
Duta lover 12-9-2017 02:12 PM
Hadiahkanla sebuah tarbiyah utk isterimu .

Hagittew
Lihat semua komen