CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Halimah Yacob Hampir Pasti Diangkat Menjadi Presiden Singapura

12-9-2017 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 10537| Komen: 116

Description: Bekas speaker parlimen Singapura, Halimah Yacob bakal diangkat sebagai presiden Republik itu, Rabu ini. SINGAPURA - Mantan Juru Bicara Parlemen ...

sumber : Free Malaysia Today


Bekas speaker parlimen Singapura, Halimah Yacob bakal diangkat sebagai presiden Republik itu, Rabu ini.

Memetik akhbar Straits Times Singapura, Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) hanya memberikan sijil kelayakan kepada seorang daripada lima pemohon.

Difahamkan, Halimah satu-satunya calon yang mendapat sijil kelayakan bertanding dikeluarkan Jawatan Kuasa Pemilihan Presiden.

Ini bermakna pilihan raya presiden tidak akan diadakan dan beliau akan diisytiharkan sebagai presiden selepas pancalonan ditutup pada hari penamaan calon 13 September ini.

Pemilihan kali ini dikhaskan bagi calon Melayu. Beliau bakal mencatat sejarah sebagai orang Melayu kedua diangkat sebagai presiden selepas Yusuf Ishak (1965 - 1970), yang merupakan presiden pertama republik.


Jawatankuasa tersebut dalam satu kenyataan memaklumkan, tiga daripada lima pemohon, termasuk Halimah, mengisytiharkan mereka adalah anggota masyarakat Melayu.

Walaupun ketiga-tiganya menerima Sijil Masyarakat Melayu, PEC hanya memutuskan untuk mengeluarkan satu sijil kelayakan sahaja.

Selain Halimah, dua lagi pencalonan adalah Ketua Pegawai Eksekutif Second Chance Properties Mohamed Salleh Marican, dan pengerusi Bourbon Offshore Asia Farid Khan Kaim Khan.

Farid Khan dan Mohamed Salleh dilaporkan tidak layak bertanding kerana tidak memenuhi syarat iaitu menerajui syarikat dengan ekuiti pemegang saham berjumlah S$500 juta (RM1.56 bilion) untuk tempoh tiga tahun terakhir.- CARI
20

Bagus
15

Marah
20

Terkejut
14

Sedih
14

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shanshero 12-9-2017 08:25 AM
kesian melayu singa tak garang
dah jinak macam singa sarkas
Quote dizzzek 12-9-2017 08:27 AM
shanshero replied at 12-9-2017 08:25 AM
kesian melayu singa tak garang
dah jinak macam singa sarkas

ok, sekor dah berdaftar.
next.
Quote dauswq 12-9-2017 08:28 AM
@dcruins  mohon komen sket
aku rase agak suspicious tetibe election commissioner batalkan 2 lagi calon  
adekah ade tangan2 dr h* ching family?
Quote Themilo 12-9-2017 08:31 AM
dauswq replied at 12-9-2017 12:28 AM
@dcruins  mohon komen sket
aku rase agak suspicious tetibe election commissioner batalkan 2 lagi ca ...

aku baca, katanya pemilikan equity untuk 2 lagi candidate tu tak sampai SGD500juta, tu pasal la tak layak bertanding..  Maknanya, calon presiden perlu terdiri dari businessman-businessman yang kaya raya saja..
Quote dauswq 12-9-2017 08:34 AM
Themilo replied at 12-9-2017 08:31 AM
aku baca, katanya pemilikan equity untuk 2 lagi candidate tu tak sampai SGD500juta, tu pasal la ta ...

takkan 2 lagi calon tak sedar sblm main masuk pencalonan?
lagipun peguam2 diorg takkan tak study dulu undang2 larangan tersebut?

tu sbb suspicious sgt ...jadi ape gune adekan election, klu menang tanpa bertanding?
Quote dcruins 12-9-2017 08:34 AM
Pi baca jerr Netizen Temasek punyerrr komen2 pedas, dah berbulan panazzz isu ni, ada netizen ah beng siap pi kait kan dengan isu A/L Iskandar Kutty Malaysia lagi.....
Quote dizzzek 12-9-2017 08:39 AM
Themilo replied at 12-9-2017 08:31 AM
aku baca, katanya pemilikan equity untuk 2 lagi candidate tu tak sampai SGD500juta, tu pasal la ta ...

supaya x songlap seperti pemimpin umno seberang
Quote dizzzek 12-9-2017 08:39 AM
dcruins replied at 12-9-2017 08:34 AM
Pi baca jerr Netizen Temasek punyerrr komen2 pedas, dah berbulan panazzz isu ni, ada netizen ah beng ...

ok, lagi sekor dah berdaftar.
next.
Quote dizzzek 12-9-2017 08:40 AM
dauswq replied at 12-9-2017 08:28 AM
@dcruins  mohon komen sket
aku rase agak suspicious tetibe election commissioner batalkan 2 lagi ca ...

at least they are willing to share the position with minority, secara simbolik atau tidak, itu x penting.
kat sini? mimpi
Quote dizzzek 12-9-2017 08:40 AM
dauswq replied at 12-9-2017 08:34 AM
takkan 2 lagi calon tak sedar sblm main masuk pencalonan?
lagipun peguam2 diorg takkan tak study  ...

mcm sini meleisia kan
Quote dcruins 12-9-2017 08:41 AM
Edited by dcruins at 12-9-2017 08:43 AM

Ah beng2 sinkies macam kesurupan Jin/Setan kat social media/forum sejak semalam...lawak.

Iskandar Kutti inspired President kata mereka....
Quote dcruins 12-9-2017 08:47 AM
dizzzek replied at 12-9-2017 08:40 AM
at least they are willing to share the position with minority, secara simbolik atau tidak, itu x p ...

Piiii post komen ni kat social media temasek, confirm kena maki ah beng2 Temasek yg tengah panazzz dengan isu ni.....
Quote dizzzek 12-9-2017 09:05 AM
dcruins replied at 12-9-2017 08:41 AM
Ah beng2 sinkies macam kesurupan Jin/Setan kat social media/forum sejak semalam...lawak.

Isk ...

hi
tertekan lihat presiden melayu temasek?
Quote dcruins 12-9-2017 09:11 AM
dizzzek replied at 12-9-2017 09:05 AM
hi
tertekan lihat presiden melayu temasek?

Iskandar Kutti inspired daaaa.....
Quote dizzzek 12-9-2017 09:17 AM
dcruins replied at 12-9-2017 09:11 AM
Iskandar Kutti inspired daaaa.....

ko ni kan memang ada dna dan ciri2 melayu ''baru'' semenanjung
Quote singajantan 12-9-2017 09:21 AM
Tahniah semoga jd contoh yg baik
Quote dcruins 12-9-2017 09:23 AM
dizzzek replied at 12-9-2017 09:17 AM
ko ni kan memang ada dna dan ciri2 melayu ''baru'' semenanjung

Piii laaa ikut Ah Beng Temasek yg kepanasan terbakar dengan keputusan diktator Lee mereka ni....
Quote mizruncing 12-9-2017 09:27 AM
hihi ingatkan halimah mane
Quote harkktuih 12-9-2017 09:38 AM
ada tangan ghaib ke tidak, sekurang2nya diberi peluang juga..satu permulaan yg baik..

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.129110 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top