CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pulau Pinang Dilanda Banjir Besar Ekoran Hujan Lebat Hampir 10 Jam

15-9-2017 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9986| Komen: 62

Description: Berikutan hujan lebat berterusan hampir 10 jam yang terjadi sejak tengah malam tadi hingga pagi hari ini, beberapa kawasan rendah di sekitar Pulau Pinang mengalami banjir besar yang teruk terutama di ...

sumber : Malay Mail Online & Facebook Siakap Keli


Berikutan hujan lebat berterusan hampir 10 jam yang terjadi sejak tengah malam tadi hingga pagi hari ini, beberapa kawasan rendah di sekitar Pulau Pinang mengalami banjir besar yang teruk terutama di sekitar Sungai Pinang dan Sungai Air Itam.

Memetik laporan The Malay Mail Online, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, paras air untuk kedua-dua sungai itu mencatat rekod tertinggi masing-masing 3.2 meter dan 7.3 meter pada pukul 9 pagi tadi.

Manakala kuantiti curahan hujan yang dicatatkan ialah 198mm di stesen Sungai Pinang dan 120.5mm di stesen Air Itam.

Antara kawasan terjejas akibat banjir besar ialah sekitar George Town, Jalan P. Ramlee, Jalan Perak, Bayan Lepas, Teluk Kumbar dan Paya Terubong.


Turut dinaiki air ialah di Kampung Masjid, Kampung Makam, Kampung Mutiara, Batu Feringghi, Masjid Negeri, Ayer Itam dan Kampung Masjid Hashim Yahya.

Kesesakan lalu lintas turut dilaporkan berlaku berikutan beberapa kawasan ditenggelami air dan pokok tumbang.

Dilaporkan banjir besar juga berlaku di beberapa kawasan di Seberang Perai.

Antara kawasan terlibat ialah di Mak Mandin, Butterworth, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

sumber : Facebook Siakap Keli 
sumber : Facebook Siakap Keli 
sumber : Facebook Siakap Keli 
sumber : Facebook Siakap Keli 



Orang ramai diminta berhati-hati semasa berada di luar rumah dan merancang perjalanan anda. Keselamatan anda dan keluarga perlu diutamakan.

Sebarang aduan mengenai banjir, tanah runtuh, pokok tumbang dan lain-lain, sila hubungi Hotline MBPP ditalian 04-263 7000 / 04-263 7637.

Berikut adalah senarai kawasan yang dilanda banjir yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang telah dikemas kini setakat jam 9 pagi tadi : 

1. Kampung Masjid
2. Kampung Makam
3. Jln P. Ramlee, Sungai Pinang
4. Kampung Mutiara, Batu Feringghi
5. Jalan Langkawi
6. Jalan Kebun Lama
7. Masjid Negeri, Ayer Item
8. Kampung Masjid Hashim Yahya
9. Parit Lumba Kuda
10. Jln Thean Teik, Farlim
11. Logan Rd
12. Bayan Baru
13. P.Ramlee Rd
14. Jln Residensi
15. Han Chiang
16. PISA
17. Giant Bayan Baru
18. Jln Luar Elit Avenue Heights
19. Lentang Pondok Upeh, Balik P
20. Jln Bukit Lama
21. Bukit Baru Batu
22. All Season, Farlim
23. Reservoir Garden
24. Depan SMK Raja Tun Uda
25. Sg Ara depan Stesen Petronas
26. Jln Dato Kramat (Sekolah Convent)
27. Jln Paya Terubong (berdekatan Suria Vista)
28. Lebuh Rambai
29. Jln Magazine
30. Jln Tun Dr Awang - CARI
17

Bagus
27

Marah
21

Terkejut
29

Sedih
23

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (134 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayang_mulut 15-9-2017 11:40 AM
so Bala atau Ujian? let's vote and decide..
Quote Girl-N-Roses 15-9-2017 11:43 AM

banjir cuci penang..
Quote AbukRokok 15-9-2017 11:54 AM
bukti penang sgt kotor..... pulau boleh banjir
@turboturtle
Quote MRX 15-9-2017 12:11 PM
Ni mesti air banjir dari kl
Quote marumaru 15-9-2017 12:23 PM
walau apapun kami sayang dap okeh... ni mesti sabotaj...
Quote L_Z 15-9-2017 12:33 PM
Penang..banjir .....takziah .....
Quote kechikchomel 15-9-2017 12:40 PM
Edited by kechikchomel at 15-9-2017 12:47 PM

adik saya kat bertam. semalam dia g kelas sampai petang, terlupa nak tutup tingkap.
dia balik tengok abis bilik dia air hujan masuk, tempias.
padan muka!

Quote cik_nit 15-9-2017 12:46 PM
Kesan pembangunan yang sangat pesat kat sana. Kesiannn...
Quote Buritan 15-9-2017 12:54 PM
Aku cashkan ajo abg aku..
Quote insulin 15-9-2017 01:07 PM
Takziah kepada orang Penang.
Quote prettyuglybabe 15-9-2017 01:20 PM
herrhughie okey???

Quote Mleeen82 15-9-2017 01:33 PM
Penang Berpulau Teh Tarik....
Quote Megikari 15-9-2017 01:50 PM
Mleeen82 replied at 15-9-2017 01:33 PM
Penang Berpulau Teh Tarik....

I also pikir yg sama... Nampak sedap pulak teh tarik tu ehehe
Quote shernazz 15-9-2017 01:57 PM
kesiannya
harap pulauturtle masih okey sambil makan pasembow n char kuey teow penang
Quote Mleeen82 15-9-2017 02:36 PM
Megikari replied at 15-9-2017 01:50 PM
I also pikir yg sama... Nampak sedap pulak teh tarik tu ehehe



Quote LaksamanaBentan 15-9-2017 02:49 PM
Euuww...Penang number one pasti kebangga. Penang kotor penuh sampah sebab tula banjir
Quote AbukRokok 15-9-2017 02:49 PM
@pulauturtle  lu ok ka tarak ok?
Quote AbukRokok 15-9-2017 02:49 PM
silap seru
Quote Loxlaxman 15-9-2017 03:07 PM
15092017 (15:07hrs) - Hujan masih lagi turun dengan lebat

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.080927 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top