CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kejutan Untuk Bapa! Elly Mazlein Hadiahkan Mercedes-Benz

15-9-2017 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11371| Komen: 55|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Wow, beruntungnya bapa kepada penyanyi Elly Mazlein! Khabarnya Elly membuat kejutan dengan memberi hadiah sebuah kereta mewah Mercedes-Benz C200 untuk bapanya itu!Harian Metro melaporkan hadiah terseb ...
Wow, beruntungnya bapa kepada penyanyi Elly Mazlein! Khabarnya Elly membuat kejutan dengan memberi hadiah sebuah kereta mewah Mercedes-Benz C200 untuk bapanya itu!

Harian Metro melaporkan hadiah tersebut diberikan oleh Elly selepas bapanya pulang dari menunaikan ibadah haji pada 4 Oktober nanti. 

"Apa yang saya lakukan ini sangat kecil jika dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan abah selama ini. Sebagai anak saya tak mampu nak membalas jasa dan titik peluhnya.

"Pemberian ini sebagai tanda kasih sayang saya kepada abah. Kalau ikutkan banyak lagi perkara boleh dibuat, tetapi ini saja yang termampu. Bagi saya, tak salah jika nak berhabis untuk kedua ibu bapa kerana Allah akan kurniakan lebih banyak rezeki," ujarnya. 

Katanya lagi, hadiah ini bukanlah bersempena hari jadi sebaliknya ia merupakan satu kejutan.


"Ini antara pemberian terbesar saya kepada abah. Sebelum ini ada juga yang lain, tapi tak perlu saya kongsikan. Hadiah ini bukan bersempena hari jadi atau apa, tapi sekadar kejutan.

"Ketika sambutan hari jadi abah lalu, saya menghadiahkannya percutian," katanya lagi. - CARI 

Foto: Carian internet
20

Bagus
22

Marah
32

Terkejut
15

Sedih
22

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 15-9-2017 12:15 PM
Murah rezeki kak lina pom pom. Suka tengok dia melawak dlm ketuk2 ramadhan.  
Quote shanshero 15-9-2017 12:16 PM
elly ni antara artis betaraf jutawan ka.
beli kete macam beli gula2
Quote Acik_Whitney 15-9-2017 12:21 PM
Dagu daddy heols berlekuk macam penyanyi tersohor

*Lagu tema utk daddy heols
[youtube]Qev-i9-VKlY[/youtube]
Quote senahsanasini 15-9-2017 12:34 PM
alhamdulillah, semoga makin murah rezeki kak lina.
Quote lil_sparky 15-9-2017 12:37 PM
shanshero replied at 15-9-2017 12:16 PM
elly ni antara artis betaraf jutawan ka.
beli kete macam beli gula2

Rsa jns cermat..sblm kawen pn mmg laku je muka dia berlakon..n dia pn jns x da la p holiday huhahuha..pakai brg2 mahal mcm handbag..jam.
Quote virgo19 15-9-2017 12:45 PM
lil_sparky replied at 15-9-2017 12:37 PM
Rsa jns cermat..sblm kawen pn mmg laku je muka dia berlakon..n dia pn jns x da la p holiday huhahu ...

bagusnya.. utk diri sendiri jenis berjimat, utk bapa tersayang sanggup berhabis. moga murah rezeki kak lina..
Quote vanillaninja 15-9-2017 12:59 PM
Sheols sendiri pakai kereta apa? Bagus sheols ni, semoga murah rezeki.
Quote emmet_23 15-9-2017 01:01 PM
Acik_Whitney replied at 15-9-2017 12:21 PM
Dagu daddy heols berlekuk macam penyanyi tersohor

*Lagu tema utk daddy heols

tu bukan dagu lekuk laaa.. tu lesung pipit.
Quote DeeHanania 15-9-2017 01:06 PM
Alhmdulillah,
Btambah2 rejeki buat adik lina pom pom kita nie,
Anak yg baik,
Muahh dri kaka
Quote Rainrein 15-9-2017 01:17 PM
Semoga makin murah rezeki kak lina pom pom.
Quote Megikari 15-9-2017 01:47 PM
Tak suka gedik2 masa GV dulu tp i admit suara dia actually sedap je. Tahniah jadi anak yg mengenang jasa ayah... Time dia huru-hara dgn kes ex ngok dia dulu ayah dia nampak sgt supportive
Quote stayathomemom 15-9-2017 02:21 PM
Walopun x minat sheolss....suara sedap...tapi meolss mmg kalah dgn org yg buat baik kat mak pak ni....bapak sheols pun mmg nampak very helpful sejak anak jadik janda.....semoga murah rejeki laa pompom.....
Quote shailyvelera 15-9-2017 02:22 PM
semoga makin murah rezeki kak lina pom pom.......
Quote sayawifenikmie 15-9-2017 02:46 PM
..... merangakap kereta dia jugak lahh .. kemanalah apaknya nak pergi melainkan mengiringi kak lina pom pom korang ke show dan shooting ... duduk pun sekali kan?

dia ni dari mula cebur bidang seni memang mak pak dia ikut rapat ... anak manja kededekk

suka tengok ...
Quote manjalara_01 15-9-2017 02:52 PM
mana gambar kreta tu?...hehe...
Quote tembikai 15-9-2017 02:52 PM
alhamdulilah..moga bertambah rezeki dik  lina pom pom...
Quote devilito2 15-9-2017 03:05 PM
alhamdulillah....  berbakti pada ibu bapa amalan mulia
Quote kentel 15-9-2017 03:30 PM
shanshero replied at 15-9-2017 12:16 PM
elly ni antara artis betaraf jutawan ka.
beli kete macam beli gula2

tak mahal pun c200 ni...below 300k dpt dah...tu yang original MB malaysia..kalau recond lg murah...
Quote ALDRIN 15-9-2017 03:35 PM
sayawifenikmie replied at 15-9-2017 02:46 PM
..... merangakap kereta dia jugak lahh .. kemanalah apaknya nak pergi melainkan mengiringi kak lina  ...

Sheols beli keta utk diri sendiri...apaknya yg drive pg sana sini. Lagi nak konar baring ckp hadiah kejutan utk bapak dia...piiirahhhh kau dik. Artis kalau x menipu nk up2 diri x sahhhhh...

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.262061 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top