CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Pes Segera Memudahkan Tapi Buat Orang Jadi Malas, Makanan Pun Dah Tak Asli?

15-9-2017 03:54 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 10320| Komen: 25

Description: Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasihi. Macam mana dengan hari anda hari ni lebih baik atau sebaliknya. Makin rajin memasak ke setelah banyak resipi-resipi yang dikongsikan d ...
Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasihi. Macam mana dengan hari anda hari ni lebih baik atau sebaliknya. Makin rajin memasak ke setelah banyak resipi-resipi yang dikongsikan di laman sosial. Untung orang sekarang ada youtube ni dapat kongsi video tutorial kepada orang amatur untuk berlajar memasak. Maha sendiri belajar memasak resipi luar negara melalui youtube je.


Zaman semakin berubah begitu juga dari segi penyediaan masakan sekarang tak susah. Pes atau sos masakan dah ada merata-rata dan pelbagai rasa. Nak masakan apa semua ada hanya perlu 5-10 minit sahaja untuk menyediakannya. Kebanjiran pek segera begini dipasaran ada yang bagus dan ada juga yang kurang memberi kebaikan kepada kita.

Semua ini sangat membantu memudahkan kerja memasak di dapur terutama ibu yang sibuk dengan kerja pejabat. Balik rumah dan penat dan juga tak ada masa nak kupas bawang apa semua. Tapi dengan adanya pes masakan segera ini hanya tuang campur dengan air atau minyak kemudian masuk bahan utama dan siap.


Goreng beberapa minit atau masuk dalam oven pun dah boleh jadi makanan. Sekarang ni semua jenis makanan boleh dapat dalam bentuk pes segera ini yang paling rare Maha pernah jumpa adalah Masak Lemak Tempoyak. Hanya perlu sediakan ikan sahaja lepas tu masuk pes tu panaskan dah siap. Lepas tu yang lain masak popular senang nak cari dalam bentuk pes ini macam Masak Asam Pedas, Masak Rendang, Masak Kurma, Masak Merah dan macam-macam lagi.

Pula tu sekarang dah banyak orang meniaga pes segera secara online lagi lah mudah nak dapat. Hanya perlu whatsapp atau DM tepi dah boleh hantar terus ke rumah. Semua ini memang membantu memudahkan proses memasak ibu yang bekerja dan menjadikan hidup lebih harmoni.

Satu lagi pes segera ini juga bagus untuk anak-anak atau kita sendiri lah nak pergi belajar atau bertugas luar negara. Rindu pada masakan mak atau masakan Malaysia pos sahaja pes ini sampai ker luar negara dan boleh masak. Sangat membantu Maha sendiri pun kalau keluar bercuti luar negara yang susah nak dapat makanan Halal memang standby bawa pes segera macam ni untuk masak kat sana mudah dan cepat.

Paling penting sebenarnya ia membantu usahawan kreatif dalam bidang kulinari ini mencari pendapatan yang lumayan. Mereka yang menghasilkan pes pelbagai rasa makanan Malaysia ini dapat menjana pendapatan mereka dan memberi peluang pekerjaan kepada orang lain. Jadi sacara tak langsung ia mengurangkan penganguran dan membantu membanyakan usahawan kecil sederhana. 

Cuma jadi masalah sekarang ini kebanyakan usahawan kecil yang menyediakan pes segera ini kurang mendapat tempat di pasaraya besar. Kata mereka syarat yang ditetapkan terlalu ketat dan juga mungkin kerana kurang keyakinan kepada usahawan makan macam ni. Bagi Maha pihak berwajib kena main peranan agar usahawan makanan pes segera ini terus dapat bersaing dengan jenama yang dah popular luar sana. 


Tak boleh nak salahkan kerajaan sepenuhnya kerana kalau anda perasan kerajaan pun dah bagi peluang kepada usahawan makanan pes segera ini untuk mencari peluang market baru melalui penganjuran expo dan pameran besar-besaran. Contoh paling senang HalFest baru-baru ini dekat Mine Exhibition Center berpulu-puluh usahawan dapat mengetengahkan produk baru mereka. Maha sendiri sempat pergi ke fiesta tu dan dapat juga lah kenal beberapa jenama baru dan juga makanan yang sedap-sedap.

Kemudian tak lama lagi pula akan ada HPPNK 2017 iaitu Hari Penternak Peladang dan Nelayan Kebangsaaan yang akan berlangsung pada 29 September hingga 1 Oktober 2017 di MAEPS Serdang. Semua ini adalah platform terbuka kepada usahawan baru dan makanan pes segera melebarkan sayap dan mencari peluang yang lebih meluas diluar sana.

Mereka kena lebih berani dalam memperjuangkan hasil produk mereka dengan pesaingan yang ada luar sana. Cuma yang Maha nak pastikan bahawa mereka mampu memberi terbaik kena pastikan kualiti kepada produk mereka ini standing dengan yang telah ada. Malah mungkin lebih bagus daripada itu. 

Jangan sekadar melepas batuk ditangga untuk untung yang sikit tapi sanggup buat produk yang tidak bagus. Kadang-kadang menggunakan bahan yang tidak selamat dan sihat untuk menghasilkan produk mereka agar lebih jimat dan murah. Itu semua perkara negative yang tidak bagus untuk diikut.

 
Apa pun Maha sokong kepada produk masakan segera macam pes dan juga sos yang ada kat pasaran sekarang ini. Maha sendiri pun menggunakan produk macam Adabi, Pes Ayamas, Saji, Khadijah Kitchen pun dah ada pes dan yang paling popular Brahim’s. Kita sebagai pengguna kena support produk tempatan baru lah kita boleh bangga dengan semua ini.
 
Belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia bersama kita bersatu. Jangan lupa untuk follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook @Mahamahu juga ok.
26

Bagus
14

Marah
16

Terkejut
26

Sedih
20

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (116 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raradhia 15-9-2017 05:08 PM
okeyy ja paste ni, lebih2 lg kalau tomyam mmg cari yg paste jgak. .

tp, rendang semua tu blom pernah try y paste lg. .
Quote Artemesiaa 15-9-2017 05:22 PM
Terpulang pada individu tu nak guna cara ni atau buat cara asli.  Selalunya pek sebegini mendapat pemintaan tinggi dari mereka yang duduk diluar negara nak teringan nak makan masakan Malaysia.  Student dan kaki travel pun suka guna pek ni selain golongan bekerja.
Quote BuBuComey 15-9-2017 09:36 PM
Ok la tu ada pes..byk membantu mak2 juga bapak2. Cuma pandai2 la carik yg sedap. Kalau jenis pemalas..tak msk langsung, tinggal beli je pastu mkn {:teatime
Quote de_ikea 15-9-2017 11:41 PM
Dlm artikel tak ada pun sbut org jd malas dan tak asli. Lebih pd pasaran pes. Ke iols salah baca..
Quote de_ikea 15-9-2017 11:41 PM
Dlm artikel tak ada pun sbut org jd malas dan tak asli. Lebih pd pasaran pes. Ke iols salah baca..
Quote jazaa100 16-9-2017 07:09 AM
de_ikea replied at 15-9-2017 11:41 PM
Dlm artikel tak ada pun sbut org jd malas dan tak asli. Lebih pd pasaran pes. Ke iols salah baca..

Tu lah....
Aku baca sampai habis tak de pun komen org jd malas....cuma komen kebagusan pes je.....


Quote spankee_fili 16-9-2017 10:36 AM
sedap ke masak pakai paste ni?
tomyam je selama ni guna paste..
kalau buat sambal pakai cili boh pun selalu fail, kena jugak blender cili kering..
tangan tak menjadik kot..haha
Quote cik_noreen 16-9-2017 10:51 AM
tomyam n laksa jah iols guna paste.

yg lain2 rendang ka kurma ka taste better from scratch.
Quote AyaqMeloSuam 17-9-2017 11:10 AM
Apsal tajuk & intipati xselari?????
Quote hasniey 17-9-2017 01:18 PM
skrg bukan stkt pes,kuah pon org ada jual.ai prnah beli kuah kari.saja nk try,ok sedap je cuma masin.kuah asam pedas,msk lemak cili api,berlambak2 jual kt pasar raya
Quote fatinz 18-9-2017 08:43 AM
Kalau ikut senang dan jimat masa, memang best guna pes2 ni. Tapi ada letak ubat tahan (asid borik) yg tak elok utk kesihatan dan boleh mengakibatkan kanser. Yela, expired date pun lagi 2 tahun kan. Memang byk bahan kimoa dlm tu.

Iols rela buat sendiri. Buat byk2 letak dlm peti sejuk.
Quote palmolive 18-9-2017 10:13 AM
pes time tengok nie
Quote honeylynn 18-9-2017 10:50 AM
aku suka serbuk atau pes masak lada hitam...
Quote intan_smsb 18-9-2017 12:38 PM
spankee_fili replied at 16-9-2017 10:36 AM
sedap ke masak pakai paste ni?
tomyam je selama ni guna paste..
kalau buat sambal pakai cili boh p ...

meols pki cili boh je
menjadik jugak, tp mula2 kne tumis bwg merah n bwg putih blender halia skt
bwg merah lebihkan, da garin bru msk cili boh tu
uols tumis ciliboh tu kasi lama skt kasi garing
insya Allah menjadik
Quote pearl.silver 18-9-2017 12:57 PM
I terkejut dengar kawan yg dah beranak pinak ni masak ayam masak merah guna perencah segera..
Sebab dalam otak i, masak merah tu senang gila kot..nape nak guna pes segera?
Quote putriTS 18-9-2017 07:48 PM
Ada benda yg lebih senang untuk guna pes segera mcm tomyam ke....tapi utk masak yg biasa2, and tak darurat mcm travelling ke, lebih elok masak from scratch. I pnah tanya my colleague kat ofis ni, he's an Aussie, wife dia kat rumah masak semua pakai pek segera. Butter chicken pun pakai pek segera.
Quote kertas_putih 19-9-2017 03:21 PM
setakat ni hanya guna pes tomyam je..
Quote CrowneGlory 19-9-2017 03:33 PM
kalau malas pes tu pun x guna tau... baik makan restoran je...

Quote Kak-Leen 20-9-2017 01:47 AM
Dari dulu ada macam2 pes, especially from Brahims tp akak lagi suka buat sendiri. Weekends tumis segala jenis pes & masuk dlm freezer. Packkan by batches. Nak masak, ambil aje. Kalau pes sambal terlebih pedas, kita tumis la lagi bawang kecil tumbuk. Asam pedas pun gitu. Sedap ooo...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.071277 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top