CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Sekolah Tahfiz Membunuh, Macam Reban Ayam" - Netizen Kecam Status Pemuda Ini

15-9-2017 05:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6894| Komen: 28|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Dalam pada semua rakyat Malaysia sedang bersedih dan sayu dengan tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat semalam, terdapat pula mereka yang sanggup melempiaskan kata-kata bia ...
Dalam pada semua rakyat Malaysia sedang bersedih dan sayu dengan tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat semalam, terdapat pula mereka yang sanggup melempiaskan kata-kata biadap.


Mungkin bertujuan untuk memberi nasihat namun penggunaan bahasa yang digunakan dilihat seolah-olah tidak cuba memahami perasaan dan menghormati keluarga mangsa. 

Seorang pemuda yang menulis status di laman sosial telah menarik perhatian ramai netizen. Ini kerana dia dengan berani dan lantang sekali menyamakan mangsa kebakaran sebagai ayam dalam reban. 


“Dah terbakar, kau jangan salahkan sesiapa. Kalau dah satu dorm (bilik tidur asrama) tu kau sumbatkan macam ayam dalam reban ayam,” katanya. 


Tidak cukup mengutuk pengurusan sekolah terbabit, pemuda ini turut mengkritik ibu bapa pelajar tersebut. 

“Yang jadi mangsa budak-budak tu. Mak bapak budak tu semua bukan kisah pun keselamatan anak-anak mereka. Yang mereka tau ‘Oh! Anak ku ahli syurga,” katanya lagi.

Dia juga menyifatkan tragedi ngeri itu sebagai satu pengajaran kepada semua pihak. "Sekolah tahfiz membunuh," tulisnya. 

Netizen lain tidak bersetuju dan membidas apa yang dikatakan oleh pemuda tersebut.

"Biadapnya bahasa kau dik. Kalau betul pun nak nasihat, gunalah bahasa yang elok-elok".


Pun begitu, terdapat juga yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pemuda ini. Biasalah, semua orang mempunyai pendapat masing-masing.


Sejak semalam, berita susulan tentang kebakaran yang meragut nyawa seramai 21 pelajar dan dua guru itu sentiasa dinanti-nantikan seluruh masyarakat. Malah teka-teki punca kebakaran juga ditunggu semua pihak. - CARI 

Foto: mstar
13

Bagus
13

Marah
36

Terkejut
18

Sedih
11

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sehirkedi 15-9-2017 05:45 PM
Betul ar ape yg dia tulis..cuma dia terlalu jujur kena lah kecam..
Quote EvieWanKenobi 15-9-2017 06:15 PM
setuju juga dengan apa yang diperkatakan..
bukan sekali terjadi..
Quote Skuau 15-9-2017 07:19 PM
Kita ada peribahasa yg berbunyi 'sayangkan anak tangan tangankan'.....mungkin bg dia sayangkan bebudak tu...dia marahlah kt pihak sklah & mak bapak bdk tu...yg bg dia cam kurang prihatin isu keselamatan...
Quote RatuDunia94 15-9-2017 07:42 PM
Apa yg budak tu ckp mmg ada point.. Itulah realitinya. Tp masyarakat kita nk dgr yg manis2 je..
Quote salmon-suki 15-9-2017 08:17 PM
Isi kandungan ada tapi bahasa zero..memang ler kena kecam balik ngn nets..Nabi sendiri suh jaga lisan tu,kalau nak tegur cara marah n biadap camtu,mmg makian jugak laa y budak tu dapat..aiyaaa..
Quote kerunai 15-9-2017 08:48 PM
kalo tak cacai ameno ..atheist meleis

dua tu jer ... sama2 bodo
Quote matchstick 15-9-2017 08:58 PM
Parents yg hntr anak ke tahfiz bukan semestinya mereka harap nk masuk syurga melalui anak2 tu. Yg pasti parents hntar anak2 ke sekolah agama salah satu sbb nya adalah takut anak mereka membesar jadi biadap mcm ko dek
Quote batman_2007 15-9-2017 09:11 PM
Budak bigo{:smile
Quote jazaa100 15-9-2017 09:24 PM
matchstick replied at 15-9-2017 08:58 PM
Parents yg hntr anak ke tahfiz bukan semestinya mereka harap nk masuk syurga melalui anak2 tu. Yg pa ...

Ha..ha...aku suka komen kau...

Sama gak mcm forummer cari ni...selalu kecam mak pak yg hntar ank ke sek tahfiz...konon nk tiket masuk syurga, anak anak di paksa jd hafiz...pdhal ramai je skrg anak anak tu sendiri yg minat....

Quote merrissa 16-9-2017 06:50 AM
dah betoi deme anak surga....ngko???
Quote BebeQ 16-9-2017 08:56 AM
Ada betul apa dia cakap (kecuali mencarut tu la).

Mak pak pun, hantar anak main hantar asal boleh je macam lepas tangan. Tu baru bab keselamatan, belum bab makanan, silibus pembelajaran dan lain2.
Quote kakiselit 16-9-2017 09:00 AM
Budak ni adalah contoh benih bakal dilahirkan hasil lendiran mak apak set2 butthurt pusat tahfiz CI ni. Who knows myb mmg pun budak karat, hati karat anak forumer CI yg selalu butthurt isu-isu Islamik di CI. Bapakmak borek, anak 2 pun rintik
Quote kakiselit 16-9-2017 09:55 AM
Takat reban ayam tu belum hebat lagi, tgk forumer Chazey dan Vokuro samakan macam babi , bangsat, mati katak . Orang Islam ke depa nih?

Dan sekolah tahfiz haram seumpama babi beroperasi tanpa lesen ni menurut cerita di forum ni seperti kaya raya saja. Porumer kata bila wartawan interview mak pak elok je cakap English maksudnya educated la. Rizalman fashion designer jutawan tu pun pernah hantar anak dia blaja kat sekolah ni.

So, apa kaitannya pegi mesjid dengan bebudak yang mati katak terbakar ni sebab sekolah takda safety measure siap media laporkan renovation menghalang laluan keluar bagai?
sila rujuk post Chazey di 596# & 626# di link;   https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1059176&extra=page%3D1&page=24dan   https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1059176&extra=page%3D1&page=26






kalau dana macam bangsat,,,,kumpul la dana sehingga tidak bangsat baharu bina.
apa ke bengap dana tak cukup tapi tak sabar2 nak bina cincai.
memang mendapat la ujung nya kan??
sila rujuk post Vokuro di 629# di link;   https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1059176&extra=page%3D1&page=26





Quote spankee_fili 16-9-2017 10:24 AM
Edited by spankee_fili at 16-9-2017 10:27 AM

bukan semua budak tahfiz dipaksa masuk..
adik iols dulu pernah beriya mintak nak masuk sekolah ustaz kazim..
tapi sebagai parents kenalah pastikan tempat tu bagus dari semua aspek - keselamatan, operasi secara halal, prospek kerjaya, silibus, makanan, kes buli, management etc etc..
masa nak register tu masuk check semua..tidur kat mana, makan macam mana, kelas camna..
kes ni hostel sementara, kena check jugak keselamatan..orang senang pecah masuk ke tak, muat ke semua duduk, wiring elok ke etc etc..
Quote poison_paradise 16-9-2017 10:28 AM
Ada gak parent anta paksa anak masuk tahfiz sb anak terlalu jahat,nakal tak boleh kontrol... Lps tggjwb pd pihak tahfiz slps gagal mendidik anak tu..ramai ok..
Quote Orix 16-9-2017 12:49 PM
Betul apa dia cakap...... terima la hakikat
Quote stania83 16-9-2017 02:09 PM
fb mmg kena kecam ,kalau kat twitter atau forum cari mmg org anggap hero. bagus budak ni berfikiran kritikal unlike fb netizen herd mentality/
Quote mommymonster82 16-9-2017 02:58 PM
matchstick replied at 15-9-2017 08:58 PM
Parents yg hntr anak ke tahfiz bukan semestinya mereka harap nk masuk syurga melalui anak2 tu. Yg pa ...



Win..
Quote mommymonster82 16-9-2017 03:01 PM
Klu betul pon perlu nak biadap gtu?
Agak2la skit mulut tu..
Ajarla anak2 kita bersuara secara hikmah..
Ingt 1 hari klu kita salah ke apa atau kita dah tua kencing berak merata2 nak ke anak kita buat teguran biadap gini pada kita ?

So jgn seronok sgt

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.061513 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top