CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kau Ni Memang Biadap, Pasal Azan Pun Nak Pertikaikan! - Netizen Terguris Kenyataan Saiful Nang

19-9-2017 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11132| Komen: 57|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Dikenali sebagai jurugambar profesional namun sering tampil membangkitkan isu kemasyarakatan, Saiful Nang nampaknya kali ini telah mengguris banyak perasaan.Baru-baru ini dia memuat naik status mengkr ...
Dikenali sebagai jurugambar profesional namun sering tampil membangkitkan isu kemasyarakatan, Saiful Nang nampaknya kali ini telah mengguris banyak perasaan. 

Baru-baru ini dia memuat naik status mengkritik terhadap laungan azan semasa tragedi kebakaran pusat tahfiz Ittifaqiyah.


"Maafkan aku yang jahil untuk bertanya. Jika yang menjerit meminta tolong itu anak kau..

"Adakah azan kamu nak mendayu macam dalam pertandingan azan berlagu diiringi jerit anak kau minta tolong?"

Begitulah antara yang ditulisnya di laman Facebook seterusnya menyebabkan ramai berasa marah dan kurang senang. 

Namun, Saiful tampil meminta maaf dan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Katanya, kenyataan tersebut ditulis mungkin kerana terbawa-bawa perasaan kesal dan sedih dengan kematian pelajar-pelajar tahfiz itu.



“Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf atas kenyataan saya yang mempertikaikan laungan azan yang mendayu dilaungkan semasa tragedi kebakaran di pondok tahfiz di Keramat baru-baru ini. 

“Kenyataan itu menyebabkan ramai netizen yang tersinggung dan mengecam saya. Saya terima kritikan itu kerana itu memang pandangan peribadi saya sendiri. 

“Mungkin saya terlalu terbawa-bawa dengan perasaan kesal dan sedih dengan kematian begitu ramai anak-anak tahfiz yang saya rasa sama seperti anak-anak yang sedang saya jaga,” katanya dalam satu status di Facebook. 

Di ruangan komen, netizen berulang kali mengecam apa yang dilakukannya dan ada yang mengajak untuk memboikot jurukamera ini. 


"Boikot je kelas kamera dia ni..

"Kalau ye pun cari publisiti murahan tapi jangan sampai hina agama kami.."

"Saja buat statement bodoh, nak test rating lah tu.."


Nampaknya beberapa selebriti dan orang popular telah dikecam kerana mengeluarkan kenyataan mengguris hati tentang tragedi pusat tahfiz ini. Apa nak jadi ya? - CARI 
5

Bagus
45

Marah
13

Terkejut
13

Sedih
10

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissMamamia75 19-9-2017 11:11 AM
Dia slalu rasa dirinya perfecto..
Jgn slalu mendongak langit sepol..
Kdg2 sila jenguk ke bawah jugak..
Quote Themilo 19-9-2017 11:13 AM
pondan memang camtu, buat statement bangang, pastu sentap sendiri..

iols masih takleh move on statement heshe pasal prostituition kat tanah suci mekah..
Quote sis_yus 19-9-2017 11:18 AM
biasanya kalu berlaku kebakaran ..ribut ... arwah tok kata orang akan azan.. in sha Allah akan meredakan sikit kejadian tu...

Quote Minami2013 19-9-2017 11:30 AM
Bila panic mmg tak tau ape nak buat... azan tu dah kira  bagus la jugak jika nak dibandingkan dgn org yg sibuk nak merakam...
Quote mizruncing 19-9-2017 11:30 AM
Allah.... knp la nk pertikai

cuba klu dia ada kt tmpt kejadian. dia mampu ke nk selamatkan bdk2 tu

ckp x pkai otak lgsg. ingatkan da ckup pndai
Quote Jigglyjiggle 19-9-2017 11:31 AM
Bengapnya! Kau ingat imam sedar ke ada kebakaran? Saiful ni memang rs diri hebat kan.
Quote haryatie 19-9-2017 11:35 AM
biasa la  org azan kan bila benda2 mcam ni berlaku
bukan la pakat semua org yg ada kat situ azan..
selalunya sorang jerk..org lain yg ada kat situ akn beri bantuan yg sepatutnya
agak nya dia x  biasa tengok kut..
aku biasa jerk dgn ni sbb dulu arwah ayah kalau ada ribut kat kawasan rumah mesti ayah akan azan
xde ler pulak abg2 aku atau jiran yg dtg berteduh kat rumah pakat azan sama..
Quote debab76 19-9-2017 12:19 PM
hengat da insap dah.
Quote Sandal 19-9-2017 12:21 PM
si bodoh ni tak habis2 lagi buat bodoh.
dulu claim kata kat Mekah ada sarang pelacuran.
bengap
Quote prettyuglybabe 19-9-2017 12:24 PM
zaman dulu kalau nampak kebakaran ramai-ramai amik baldi pi siram api..
zaman la ni ramai-ramai amik hp kerumun bergossip..
yang tolong berapa orang je..
tapi betul jugak.. selain azan, napa tak buat pengumuman minta tolong..
Quote umbut 19-9-2017 12:26 PM
3 org adik beradik yg meninggal tu anak saudara mas anizan kan.. mas bela diorang sejak 2005 selepas bapa diorang meninggal.. setiap hujung minggu mas ambil budak2 tu balik.. semoga tenang kamu disana anak2 syurga..
Quote dhiakandar 19-9-2017 12:27 PM
Bila bercakap dengan emosi dan rasa diri lebih tahu pasal kejadian tak menyempat2 nak mengulas tanpa berfikir panjang mcm tu la jadinya. lagi satu dia rasa dia lebih tahu keadaan situasi semasa kejadian berbanding dengan saksi2 yg ada semasa kejadian...tu la pekdahnya
Quote nadihazza 19-9-2017 12:48 PM
seipol nang ni kadang2 tulisan dia tu bole mengundang makian..mcm gud2 jah dia ni..
Quote srisofe 19-9-2017 12:53 PM
macam-macam
Quote missinpiece 19-9-2017 01:02 PM
sis_yus: biasanya kalu berlaku kebakaran ..ribut ... arwah tok kata orang akan azan.. in sha Allah akan meredakan sikit kejadian tu...


Setuju. Time ribut kuat pun abah me pnah azan..kita berusaha dan bertawakkal..then berserah pada Allah..

Quote paz 19-9-2017 01:09 PM
Kalau emosi dah berlebihan tu, baik tak payah post apa-apa. Bukan bawa kebaikan pun.
Quote -electrifying- 19-9-2017 01:09 PM
spe si bangang ni? ke aku mmg dok dlm gua ?
Quote lolita737 19-9-2017 01:12 PM
sebelum ni saya xpernah kenal siapa dia ni..tp rmi kawan2 duk share post2 dia..
ramai yg komen cakap dia ni bajet2 good je..
bila baca post dia pasal sek tahfiz tu mmg betul la cakap org ramai..dia mmg bajet2 bagus..tulisan dia pun macam diri dia perfect pulak..

cuba kalau dia kat tempat kejadian..agak2 dia nk x masuk kedalam api yg marak tu..sekurang2nya laungan azan tu dapat redakan api yg tgh marak tu.
Quote sora13 19-9-2017 01:12 PM
mana dia tahu mungkin keberkatan azan itu, Allah lindungi anak-anak itu daripada kesakitan yang terlampau, wallahualam! Hasbunallah wa ni'mal wakil

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.284556 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top