CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Nak Balas Penat Lelah Abah" - Video Aliff Syukri Dengan Bapanya Buat Netizen Sebak

28-9-2017 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7997| Komen: 37|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Bukan mudah untuk berjaya, lebih-lebih lagi buat mereka yang datang dari keluarga yang susah.Memang ia tidak mustahil, namun kejayaan yang dicapai itu lebih bermakna jika diraikan bersama orang tua ya ...
Bukan mudah untuk berjaya, lebih-lebih lagi buat mereka yang datang dari keluarga yang susah.

Memang ia tidak mustahil, namun kejayaan yang dicapai itu lebih bermakna jika diraikan bersama orang tua yang telah banyak berkorban membesarkan dari kecil hinggalah dewasa.


Itulah yang dikongsikan oleh pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dalam status terbaharunya di laman Facebook.

Lazimnya beliau dikritik kerana gemar menunjukkan kemewahan dan juga kekayaan, namun kali ini perkongsiannya telah membuatkan banyak hati tersentuh dan ramai yang mengalirkan air mata. 

Loading FB Post...


Aliff kali ini berkongsi kisah bagaimana bapanya yang dipanggil abah begitu berbangga dengan apa yang dicapainya. 

"Bukan gembira sebab dapat darjat tapi gembira keluar dari kepompong kesusahan. Keseronokan ini saya kongsikan dengan abah kandung saya Kamarzaman yang bekerja sebagai pengawal keselamatan selama 24 tahun."

Katanya lagi, bapanya itu sering memberikan sokongan dan menemaninya berniaga di pasar tani.

"Dulu bila niaga di pasar saya punya azam yang cukup tinggi nak berjaya. Kalau ada RM10 saya hanya akan belanja RM1..

"Saya jadi anak lelaki nak abah saya hidup senang dan selesa berbanding dahulu yang hanya duduk rumah flat 2 bilik Seksyen 20 Shah Alam, block 19. Adik beradik 7 orang sebelah abah. Mak bapak saya bercerai.."

Aliff juga bersyukur dapat membalas kepenatan bapanya dengan membelikan kereta Honda Accord dan rumah teres serta diberikan wang setiap bulan. 


"Syukur segalanya berubah ..sekarang saya mampu balas kepenatan abah sy dan belikan kereta honda accord dan rumah teres coner lot (nak belikan banglow dia tak nak) dan kasi duit setiap bulan dan berehat sahaja dirumah..

"Sy tak suka dia dikerja keras mcm dulu2 sampai ketua sbb nak besarkan kami adik beradik...dia dulu sanggup pinjam duit org dan along semata2 nak belikan saya basikal.....sekarang saya hanya nak buat yg terbaik sebagai anak untuk memberi kebahagiaan kepada abah jauh sekali nak menunjuk," tulisnya. 


Kali ini, netizen turut berasa berbangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh Aliff terhadap bapanya. 

"Terbaik anton, berkat berjaya kepada ibu bapa dan keluarga. Allah permudahkan jalan hidup Aliff Syukri."

Ternyata setiap rezeki setiap orang berbeza-beza namun yang penting jangan lupakan ibu bapa yang telah banyak berkorban.. - CARI 
2

Bagus
4

Marah

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote espri6006 28-9-2017 11:58 AM
Untung lah diberi kemewahan dan membalas budi orang tua...semuga Allah memberkati segala usaha Aliff Syukri.
Quote merrissa 28-9-2017 12:23 PM
dalam riak dia...beruntungnya dia dapat balas jasa mak ayah dia
Quote Artemesiaa 28-9-2017 12:56 PM
Dengan siapa lagi nak share kejayaan melainkan dengan keluarga sendiri
Quote haryatie 28-9-2017 12:57 PM
Alhamdulillah..
Allah berikan kejayaan dan beruntung dpt dikongsi bersama makayah
Quote tagas 28-9-2017 12:57 PM
Bapak mcm jawa

alif mcm arab

ke bapak angkat
Quote jerukkedondong 28-9-2017 01:41 PM
Tahniah Datuk Seri Aliff..
bapak Alif ni 1st husband  Rozita Ibrahim lah ye...
Tiada yg lebih bermakna selain dari dpt berkongsi kesenangan/kekayaan/kejayaan dgn mak n ayah jg keluarga...
Terbaik Aliff...
Quote dekmieDandy 28-9-2017 01:48 PM
betul ke x ni dia anak Rozita sendayu tinggi

dah mcm teori iluminati pulak rasa dia
Quote matchstick 28-9-2017 01:57 PM
mak dia jadi kaya lps keluar produk sendayu tinggi dh lama kan...so aliff ni hidup susah masa bile
Quote lolita737 28-9-2017 01:59 PM
dia ni kalau buat video i selalu rs mcm fishy je..hehehe..
bukan apa..sbb dia suka show off konon2 humble..smpi aku pun rs xterhibur dgn video dia..

apa2pun tahniah utk kurniaan darjah!!

kita pun boleh balas jasa mak ayah kita walaupun kita xkaya..bw mak ayah jalan2, belikan apa2 yg boleh happy kan ibubapa..xsusah pun..
Quote abangadek 28-9-2017 02:03 PM
ini lah bapak yg pukul omaknya kan
Quote devilito2 28-9-2017 02:11 PM
alhamdulillah... semoga terus bantu mak ayah...
Quote Felycya 28-9-2017 02:16 PM
Yati ikut muka bapak dia..
Alif ikut muka mak..
Dua dua rajin jenguk bapak bagus..
Quote umbut 28-9-2017 02:18 PM
Edited by umbut at 28-9-2017 02:19 PM

Aku pernah baca kisah rozita waktu susah dulu.. anak dia mati pasal husband x mampu bawak gi spital, hanya soh redha.. dia tekad usaha sendiri xmo susah sampai ler berjaya ngan sendayu tinggi dulu tu...
Sape pernah baca..
Quote Shirley23 28-9-2017 02:59 PM
Beruntung DTL sebab sempat berjasa dengan ayah dia. Ayah iols dah spend banyak untuk study iols dulu. Tapi, arwah ayah belum sempat merasai hasil usaha iols sendiri, dia dah pergi menghadap Illahi.
Quote ninjago 28-9-2017 03:05 PM
merrissa replied at 28-9-2017 11:23 AM
dalam riak dia...beruntungnya dia dapat balas jasa mak ayah dia

tu la.. mampu mewahkan mak ayah.. untung dia
Quote leylapple 28-9-2017 03:29 PM
abangadek replied at 28-9-2017 02:03 PM
ini lah bapak yg pukul omaknya kan

i ada baca kisah pn rozita masa hidup diorang susah dulu... siap mintak kain buruk jiran sbb nak guna sebagai lampin anak2 dia...
Quote abangadek 28-9-2017 04:06 PM
leylapple replied at 28-9-2017 03:29 PM
i ada baca kisah pn rozita masa hidup diorang susah dulu... siap mintak kain buruk jiran sbb nak g ...

kesian kan tapi sekarang dia senang, jgn kata pampers, kilang pampers pun dia boleh beli
Quote fushimi 28-9-2017 04:14 PM
leylapple replied at 28-9-2017 03:29 PM
i ada baca kisah pn rozita masa hidup diorang susah dulu... siap mintak kain buruk jiran sbb nak g ...

aku pun kadang fikir apahal yang dia tak nak up apa mak dia yang susah susahkan besarkan heols adik beradik.Heols pun pernah kerja ngan mak heols dulukan.Kalau tak silap aku dia jumpa bini dia pun kat office sendayu tinggi tu sebab syahida pun staf sendayu tinggi jugak dulu.
Quote Knowlee 28-9-2017 07:05 PM
tak perlu tunggu kaya untuk bagi hadiah atau wang kat ibu bapa. setiap bulan, bila masuk je gaji, asingkan sedikit untuk parents. tak kira la gaji kecik ke besar. bagi je kat parents. insya Allah, berkat, duit gaji sentiasa rasa lebih drpd cukup.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.061157 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top