CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penunggang BMW R1200 Maut Terperosok Bawah Kereta

8-10-2017 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11465| Komen: 82

Description: Sebuah kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), mengorbankan penunggangnya, Mazuki Mohamad, 34, akibat parah di kepala, lapor Harian Metro.
Sebuah kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), mengorbankan penunggangnya, Mazuki Mohamad, 34, akibat parah di kepala, lapor Harian Metro.


Kejadian berlaku di Kilometer 355, LPT2, dekat susur keluar Kuala Dungun, kira-kira jam 5 petang semalam.


Foto: Harian Metro

Difahamkan mangsa yang menunggang motosikal BMW R 1,200 CC sedang berkonvoi bersama dua rakannya dari Kota Bharu untuk pulang ke rumahnya di Taman Murni Perdana Paka, Dungun.

“Motosikal besar itu tiba-tiba terbalik dan meluncur sebelum penunggangnya terperosok di bawah kereta saya," kata Mohd Badrul Hisham Mohd Azmi, 27.


Sebelum kejadian, Badrul memandu kereta Honda Civic dari arah Ajil untuk pulang ke rumahnya di Kemaman.

"Ketika itu hujan lebat yang menyebabkan kereta saya terbabas sebelum merempuh besi penghadang lebuh raya sebelum tersadai di tepi jalan.

"Saya tidak keluar dari kenderaan kerana hujan lebat dan 10 minit selepas itu saya terdengar dentuman sebelum melihat motosikal mangsa yang terbalik meluncur ke arah kereta saya," katanya.

Tambahnya, mangsa kemudian tercampak dari motosikal itu sebelum terperosok ke bawah keretanya, manakala motosikalnya tercampak ke laluan bersebelahan selepas merempuh keretanya.

"Saya keluar membuat pemeriksaan dan mendapati mangsa berlumuran darah dan sudah tidak bergerak lagi.

"Saya hubungi talian kecemasan memaklumkan kejadian itu sebelum sepasukan bomba tiba tidak lama kemudian," katanya.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ruzali Omar mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan dan enam anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Anggota terpaksa mengangkat kenderaan terbabit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Mayat mangsa diserahkan kepada anggota polis untuk dibawa ke Hospital Dungun bagi tindakan lanjut," katanya. - CARI


7

Bagus
24

Marah
13

Terkejut
15

Sedih
5

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Vokuro 8-10-2017 05:25 AM
Cash kah???
Quote M.Rose 8-10-2017 05:41 AM
Sedih bca
Quote nour2001 8-10-2017 05:41 AM
Bawak laju lah tu..dah hujan jalan licin bawaklha motor atau kereta dgn berhemah..nak laju pi litar
Lumba kat sepnag tu...
Quote putehkundor 8-10-2017 05:43 AM
I cukup Tak berkenan motor macam gini, Mahal Mahal, kalau hujan duduk bawah jambatan jugak

Apapun takziah la
Quote helicornia 8-10-2017 07:02 AM
mungkin licin agaknya sbb kete civic tu pn dh terbabas dulu
Quote ultra78 8-10-2017 07:45 AM
Ada 2 kemalangan. First kereta tu terbabas. Kemudian motosikal pula terbabas. Adakah penunggang motosikal itu panik nampak ada kereta di hadapan yang terbabas? Atau ada air bertakung di atas jalan?
Quote Jorja 8-10-2017 08:13 AM
I tak suka wannabe reporters yg suka ambil gambar orang eksiden lepas tu viralkn kt socmed dia
Quote ultra78 8-10-2017 08:15 AM
putehkundor replied at 8-10-2017 05:43 AM
I cukup Tak berkenan motor macam gini, Mahal Mahal, kalau hujan duduk bawah jambatan jugak

Apap ...

Saya pun rasa motosikal bukanlah mode transport yg sesuai utk perjalanan jauh. Tapi disebabkan itu hobi diaorg apa nak buat. Di Malaysia ni kerap hujan lebat dan  ribut petir. Tambah-tambah lagi sekarang ni musim peralihan monsun.Sesiapa yg travel jauh atau ada events pada bulan ini kenalah bersedia.Even yg drive kereta pun struggle di atas highway, apatah lagi yg naik motosikal.
Quote EncikH 8-10-2017 08:24 AM
LPT jalan dia bumpy (tak rata), tambah hujan dengan bawak laju, memang recipe for disaster
Quote DARSITA 8-10-2017 08:26 AM
Berapa rega satu motor ni?

Quote shernazz 8-10-2017 08:34 AM
mitos minyak atas jalan.ke?
atau sebab jalan berombak
depa neh tahu nak bawak cm roket saja ..dah hujan tu bawak le kurang sikit daei biasa...
moto tu xbleh kata apa..laju cn kapcai pon boleh jatuh kalau jalan licin...
Quote DARSITA 8-10-2017 08:53 AM
Motor BMW model ni gear satu pun dah mcm roket .. silap silap bukan hang bawa motor tapi motor bawa hang!

Sayang nya motor tu dah cacat. Rumah ni ada 3 bijik (US kan murah) cuma tak ada kederat nak try bawa. Bapok berat!  
Quote matamata 8-10-2017 08:53 AM
actually lpt antara jabor dan kuala tganu tu tak berapa selamat walaupun kita punya speed within limit, beralun, byk lopak air masa hujan, mudah aqua planing, punca kemalangan bg aku bkn atas pemandu je, keadaan jln jugak penyumbang...so bg aku speed limit kat lpt2 tak terpakai selagi keadaan jln tak dibaiki.
Rider ni rasanya terjatuh masakat selekoh, tak nampak kereta terbabas atau mungkin both driver dan rider kena aqua planning...
Quote paz 8-10-2017 09:01 AM
Pernah masa hujan Kat LPT jalan takde orang, drive normal pace. Tetiba kereta berpusing, takde apa-apa. kejadian di sebabkan lopak air.
Quote kecimpret 8-10-2017 09:03 AM
DARSITA replied at 8-10-2017 08:53 AM
Motor BMW model ni gear satu pun dah mcm roket .. silap silap bukan hang bawa motor tapi motor bawa  ...

1200cc dgn berat gitu mmg laju ler...kancil pun 660cc...axia pun 1000cc jerr...ada org mmg suka dgn adrenaline rush bila bwk laju2...tu yg sanggup leburkan ratus ribu beli motor ni
Quote netto_ 8-10-2017 09:05 AM
Mungkinkah penunggang motor ni terkejut sbb ade kete terbabas kt dpn? Pastu tgh laju plak lg dgn jln yg beralun. Aku pon penah terkene tetibe ade kete benti kt lorong kecemasan. Da dkt br perasan ade kete benti sbb hujan mase tu. Apepon takziah utk famili mangsa.
Quote tumpanglalu74 8-10-2017 09:06 AM
Pemandu ni menipoo...  Cube tengok cara kete dia nyongkang jalan tu.  Suke-suki nak klem kata motor tu yang tibe2 datang langgor kete dia..
Quote kerunai 8-10-2017 09:14 AM
dah terlalu banyak kes eksiden kt LPT tu ..almaklumlah siap projek jalan pun buat asal nampak rupa cam jalan ja

eloklah banyakkan lagi projek2 mcm LPT ni kt mesia

ramai sket lagi yg akan mampos ..sikit populasi manusia kt mesia ni

takbir !
Quote amone 8-10-2017 09:19 AM
Takziah untuk keluarga arwah....  hujan2 ni jalan licin... berhati2lah di jalan raya ...

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.090567 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top