CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditembak Ketika 'Mengopi'

20-10-2017 02:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4089| Komen: 22

Description: Dua lelaki cedera dalam kejadian tembak di pekan Bukit Gambir, Tangkak, hari ini, lapor Harian Metro.
Dua lelaki cedera dalam kejadian tembak di pekan Bukit Gambir, Tangkak, hari ini, lapor Harian Metro.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi ketika dua mangsa dalam lingkungan usia 30-an sedang minum pagi bersama rakan di sebuah kedai kopi sebelum didatangi suspek.


Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, suspek datang ke kedai berkenaan dengan memakai topi keledar bertutup penuh sebelum melepaskan tujuh das tembakan dari jarak dekat ke arah kumpulan mangsa.



"Selepas melepaskan tembakan dari jarak dekat ke arah kumpulan berkenaan, suspek melarikan diri dengan menunggang motosikal.

"Dua mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Muar dan Melaka untuk mendapatkan rawatan.


"Mereka dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya.

Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh hubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tangkak, Asisten Superintendan Azmi Ali di talian 012-3344200 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di talian 06-9787471. - CARI

8

Bagus
24

Marah
29

Terkejut
9

Sedih
18

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harrypoter 20-10-2017 03:05 PM
4 pagi mengopi?
baru lepas habis shift mlm kot noo...
Quote jazaa100 20-10-2017 03:11 PM
Tembak jarak dekat pun tak mati.....

Alhamdulillah...pjg umur...
Quote jazaa100 20-10-2017 03:11 PM
Tembak jarak dekat pun tak mati.....

Alhamdulillah...pjg umur...
Quote @pplegreen 20-10-2017 03:30 PM
ni betul-betul panjang umur
Quote Simunggu 20-10-2017 03:32 PM
mengkupi kupi ni utk sabah shj...di KL org cakap pekena teh tarik...
Quote batmana 20-10-2017 03:43 PM
penjenayah x professional ni

habiskn peluru aja
Quote chaotic_soul 20-10-2017 03:44 PM
tembak dalam ke luar ni
Quote Pink_Purple 20-10-2017 04:50 PM
nasib baik takmati
Quote prettyuglybabe 20-10-2017 05:05 PM
tangan menggigil ke apa tembak tak kena..
membazir peluru je
Quote ad_hoc79 20-10-2017 05:16 PM
tembak mati....kalau tertangkap kena hukum bunuh
tembak hidup...kalau tertangkap kena penjara je
kottttt.....
Quote cmf_BeachBoys 20-10-2017 05:48 PM
Johor mendunia dengan kes-kes jenayah...polis johor pun dengar citer hebat jugak makan rasuah
Quote -electrifying- 20-10-2017 06:25 PM
bahaya nya skrg ni
Quote Mary_jane 20-10-2017 06:54 PM
Punya lah tak cekap assassin ni. Tembak jarak dekat dengan 7 das plak tu. Misi gagal.
Quote rospinki 20-10-2017 07:09 PM
Ini org panggil cakap tak guna tembak tak kena
Quote moonbug 20-10-2017 10:27 PM
Namanya pantang maut sebelum ajal. 7 das tembakan jarak dekat pun selamat. Alhamdulillah panjang umur dua2.
Quote moonbug 20-10-2017 10:28 PM
-electrifying- replied at 20-10-2017 06:25 PM
bahaya nya skrg ni

Mcm senang2 je org dpt pistol sekarang ni kat Malaysia
Quote moonbug 20-10-2017 10:29 PM
Simunggu replied at 20-10-2017 03:32 PM
mengkupi kupi ni utk sabah shj...di KL org cakap pekena teh tarik...

Oo ye ke? Tp biasa je kat KL ni ckp mengopi. Wey ngopi jom. Bila nak mengopi? Husband takde, pegi mengopi dgn member.
Quote whitePoison 22-10-2017 10:17 AM
jarak dekat.....7das.....mangsa stabil..kali pertama pegang pistol gamaknyer
Quote paz 22-10-2017 10:48 AM
betul-betul berpantang maut sebelum ajal.

Apa masalahnya sampai nak bunuh-bunuh ni? Masa baca tajuk ingatkan kat Sibu, rupanya tidak.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.355296 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top