CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Saya Takkan Hukum Dia" - Netizen Tersentuh Dengan Luahan Adik Benjy

23-10-2017 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9485| Komen: 42|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Air yang dicincang tak akan putus. Kasih sayang seorang adik terhadap abangnya tak pernah pudar walaupun si abang dihukum penjara kerana memiliki dadah.
Air yang dicincang tak akan putus. Kasih sayang seorang adik terhadap abangnya tak pernah pudar walaupun si abang dihukum penjara kerana memiliki dadah.

Menerusi laman mikro Twitter, anak perempuan Allahyarham Azean Irdawaty, Elza Irdalynna meluahkan apa yang terbuku di hati berhubung hukuman penjara selama 11 tahun dikenakan terhadap abangnya iaitu pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atas kesalahan memiliki dadah.



Sayu pula hati ini membaca luahan hatinya. Menurut Elza, dia tak akan pernah menghukum Benjy kerana perbuatannya itu. 

Begitu sayangnya dia dengan abangnya itu. Kalau kebanyakan orang lain, pasti sudah malu nak mengaku darah daging.


Foto: mStar Online/Bernama

"Tak kira apapun yang berlaku, kita akan harunginya bersama sebagai satu keluarga.

"Ben ialah darah daging saya yang sanggup korbankan zaman kanak-kanaknya demi untuk menjaga saya. 

"Apa jua kesalahan yang dia lakukan, saya maafkan dia. Saya tak akan menghukum Ben atas kesalahan yang dilakukannya. Saya sayangkan abang saya.

"Ben ada masa yang panjang untuk tebus kesalahannya dan sebagai adik, saya akan sentiasa berada di sisinya sehingga ke penghujungnya," tulisnya.


Foto: Twitter

Netizen yang tersentuh dengan luahan hati Elza itu turut bersimpati dengan nasib Benjy dan mendoakan semoga dia insaf selepas ini.

"Semoga benjy insaf dengan segala kesilapan yang dilakukan. Ada masa lagi untuk memperbaiki diri anda.

"Betul, salah tetap salah tetapi sebagai adik-beradik ikatan tak akan putus," komen netizen.


Foto: FB

Benda dah berlaku. Cuma apa yang diharapkan, Benjy insaf selepas ini. Tak perlulah kita mengecam dan terus memburuk-burukkan Benjy lagi, okey? - CARI 
14

Bagus
21

Marah
17

Terkejut
28

Sedih
19

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (110 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Megikari 23-10-2017 11:29 AM
Benjy ni dah banyak sgt dapat peluang untuk berubah tapi disia2kan. Harapnya lepas ni dia bertaubat le.
Quote Jorja 23-10-2017 11:32 AM
Bonding kuat..
Quote mak 23-10-2017 11:40 AM
sebak akak membacanye...sebagai org yang pernah mengenali famili arwah kak Yan dan abg Karl,
semoga tabah dengan dugaan ini...semoga benjy akan berubah ke arah yang lebih baik nanti..insha Allah..
Quote prettyuglybabe 23-10-2017 11:41 AM
bila mak dah takde, adik pulak main sympathy card..
kalau dia nak berubah, dia dah berubah lepas tengok mak dia bersusah payah nak lepaskan dia dulu..
Quote haryatie 23-10-2017 11:55 AM
mmg susah nak buang adik bradik darah daging sendiri nii
mcam mana jahat/bersalah pun dia org..
kena pulak dia jenis yg syg, take care adik bradik..
cuma pilihan dia dlm menjalani cra hidup yg salah
sbb ada org yg mcam tu..
semoga dia insaf..
Quote nisako 23-10-2017 11:55 AM
sedih pulak baca ......................................
Quote mizruncing 23-10-2017 12:00 PM
begitulah sepatutnyaa
Quote CrowneGlory 23-10-2017 12:26 PM
selalu aku dgr jgn buat salah nanti anak2 yg tanggung...ni contoh terbaik which is sometime so unfair that anak2 pulak yg menanggung dosa makbapak
Quote CiliPadiSedap 23-10-2017 12:29 PM
relay brotherhood
Quote chinta89 23-10-2017 12:30 PM
byk kali dh buat hal

bnasib baik dia nih s arwah ibu syg dia, bapak tiri baik, adik beradik ok.

no compare ngn org lain yg mak pak n adik beradik 'buang', benjy sepatutnya dh buka mata lah
Quote vanillaninja 23-10-2017 12:58 PM
I susah nak simpati dengan orang yang libatkan diri dengan dadah. In Benjy's case, heols dealer kan. Bukan untuk diri sendiri pakai.

Sah2 la menjahanamkan hidup orang lain.
Quote felinecat 23-10-2017 01:01 PM
gambo kt twitter lawa lak..hehe.. elza ni bf die cina x silap, siap gambo peluk anjing kt fb..

dealer, susah la nak maafkan
Quote aciik 23-10-2017 01:12 PM
harap mereputtttt dalam penjara nanti...
Quote pittjie 23-10-2017 01:37 PM
ya sepatutnya begitu la. jgn putuskan hubungan adik beradik sbb salah sorang buat salah dan silap. adik beradik harus saling memberi sokongan antara sama lain andai the other one needs help. mmg la ben buat silap. untung sgt dia. selain banyak kali lepas .. dia juga beruntung dpt adik beradik yang still sayang dia. aku tak rasa adik beradik dia tu mintak benjy tu diampungkan. tapi dia org tu sanggup hadapi segala kemungkinan bersama2. tak biarkan benjy tu terkapai2 sendirian. sbb ahkaq ni kesian tengok neighbour akak ni aa. anak2 ramai. yang atas2 semua berjaya. skolah tinggi2 dan keja bagus2. tapi ntah kenapa adik yang bongsu pulak tak menjadi. dah la sekolah tak pandai .. mendadih pula tu. kena tangkap kes curi pun ntah berapa kali dah kena. i faham adik beradik pun marah  tp malangnya si adik tu dinyahkan terus dari hidup kakak2 dan abang2nya yang serba berjaya tu tanpa ada rasa kasihan. sbb merasakan adik dia ni mentarnished sgt nama baik dia org. yang si emaknya pulak .. takut sgt dgn anak2 yang pandai2 tu .. bila diwarning dek anak2 yang padai2 tu  jgn hiraukan adik yang bongsu tu .. si emak pun ikut je cakap anak2. tak brani nak bersuara. jadi .. semakin hanyut dan terumbang ambing la nasib si adik tu.
Quote gadis_mateen 23-10-2017 02:14 PM
sedih baca, memang patut keluarga tak buang dia.

but for me, dealer, create dadah sintetik, merosakkan anak bangsa sendiri.
tak dapat dimaafkan.
berapa banyak da keluarga yang rosak sebab ketagihan dadah.
Quote simatakucing 23-10-2017 03:23 PM
Semoga ben berubahla betul2 yek,kesiankan famili yg sush payah mengharung same
Quote EncikRhoma 23-10-2017 03:51 PM
pittjie replied at 23-10-2017 05:37 AM
ya sepatutnya begitu la. jgn putuskan hubungan adik beradik sbb salah sorang buat salah dan silap. a ...

well said sistur. Aku tak rasa pun elza ni cuba nak meraih simpati dan tak nak mengaku kesalahan benjy macam azian irdawaty. She did accept the fact yg benjy ni terlibat dengan dadah. Apa yg dia nak sampaikan adalah sejahat mana pun benjy, dia takkan buang benjy dan sentiasa akan memberi sokongan kepada benjy kalau dia nak berubah. Sejahat mana pun orang tu, kalau dia sedara mara kita, kawan bermain dari kecik, takkan la takde langsung rasa simpati. Rasa simpati bukan bermaksud kita menyokong perbuatan buruk dia
Quote lolita737 23-10-2017 03:53 PM
harap2 benji insaflah lepas ni..

keluarga dia pun masih boleh maafkan dia..
Quote miemiecha 23-10-2017 03:54 PM
payah org camni nk berubah.. keajaiban sgt lah kalau dia nk berubah

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.356276 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top