CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Baru Jadi Barista Je Pun Dah 'Action', Bukan Menteri Kopi Dalam Negara Ke Apa..

27-10-2017 05:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 13154| Komen: 84|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Terkadang memang ada pekerja yang 'lebih sudu dari kuah' bila berlagak mengalahkan tuan punya kedai.Itulah yang diluahkan oleh seorang netizen yang merupakan seorang barista. Namun tidak dapat dipasti ...
Terkadang memang ada pekerja yang 'lebih sudu dari kuah' bila berlagak mengalahkan tuan punya kedai. 

Itulah yang diluahkan oleh seorang netizen yang merupakan seorang barista. Namun tidak dapat dipastikan dia merupakan barista untuk kafe atau jenama mana satu. 




Katanya, kepada rakan-rakan yang sama bekerja sebagai barista tak perlulah sampai menyombong diri atau pun berat tulang ketika pelanggan yang datang 'tercangak-cangak'.

Maklumlah bukan semua pelanggan yang arif dengan semua istilah kopi melainkan mereka benar-benar pelanggan setia dan penggemar tegar kopi. 


Ketika inilah, beri bantuan kepada para pelanggan ini dan bukannya sekadar meminta mereka melihat menu.

"Kalau nampak customers tu macam tercangak-cangak baca menu, pastu dia kata dia nak coffee sahaja, atau pun white coffee, please lah guide sikit.

"Jangan kata tu menu kat atas tu, boleh baca..




"Kau barista je pun, bukan Menteri Kopi dalam Negara ke apa tak perlu nak eksyen sangat."


Perkongsian ringkas ini mendapat respon positif dari kalangan netizen. Mereka turut menceritakan pengalaman pahit ketika berdepan dengan pekerja yang 'action'.

"Apa yang susah, ajarlah balik pekerja tu...duduk je termenung kat situ baca menu sampai dua tiga jam.."

"Ramai je sales person berlagak macam le kedai tu dua yang punya.."


Apa pula pendapat anda ketika berkunjung ke kedai kopi mahal ini? - CARI 
3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
8

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • ayjay


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 27-10-2017 06:27 PM
akak ni acik kepam je

mmg akui jarang sekali nk jejak kaki kt cafe hipster utk secawan kopi berharga 15-25 rggt

maka akak pn pasti terkial2 jugak nk pilih perasa apa paling berbaloi akak rasa utk bayaran semahal itu

mohon guide akak jugak ye

yg benar

acik kepam

Quote noraidil_06 27-10-2017 07:24 PM
{:childlike sedapnye kopiiii
Quote noraidil_06 27-10-2017 07:24 PM
{:childlike sedapnye kopiiii{:teatime
Quote RatuDunia94 27-10-2017 07:25 PM
Mohon Wany Barista tampil membela rakan sejawatan..
Quote missinpiece 27-10-2017 07:32 PM
Slalu pilih yg mudah je. Bkn tau ngat istilah2 vast2 ni. Samela mcm kt tealive. Pening tgk menu
Quote hyie 27-10-2017 07:43 PM
kalau first time masuk kedai yang pelik2, iols akan ajak kawan. Lepas tu baru pegi sendirik je...macam coffee bean, iols pon tak tau nak pilih menu apa dan tak tahu nak sebut camna...ade gak barista yang ok, tak kurang juga yang kekwat kepam berkerak acah2 urban. Apepon, kena confident walaupun hagham tak paham
Quote shernazz 27-10-2017 07:56 PM
iols bagi petua
masuk kedai gini kena action cm uols cm acah acah kaya...walaupon berduit atau x.
cakap uols biasa minum ni..tp.nak try lain..tanya menu lain tu..
gaya exclusive kena ada
iols dh banyak kali buat..so far xdak.masalah..hahahahaha...speaking brits slang sket..peh..
Quote Patun 27-10-2017 08:38 PM
Iols masuk mana2 kedai pon slalu suruh kwn order. Klu kene order sdri, mmg jakun. Gelabah semua x tahu {:question
Quote meisapoya 27-10-2017 09:27 PM
I suke minum americano jah. Tapi terkial jgk kdg2 {:laugh
Quote mommymonster82 27-10-2017 09:33 PM
Lg geram cafe yg letak nm pelik2 lepas tu xde explainantion menatang apa dalam tu..
Menu pon xde gambar..
Dah menatang apa yg kita oder pon kita xtau..
Quote prettyuglybabe 27-10-2017 09:40 PM
lucky aku bukan coffee type..
sesekali je masuk setabak..
Quote Lilly.june 27-10-2017 09:45 PM
Betul tu dik, x semua org tau nk order wpun nmpak mcm simple. Anggap jrla tu ilmu, ko educate dia cmne nknorswr, then dia akan educate kwn dia pulak nextime
Quote Jorja 27-10-2017 09:56 PM
Buka website pun O.k gak..boleh check latest promotion ke apa...new menu new flavour ke.. boleh sembang2 dgn derang..sorry OT last week I outstation ke daerah Tawau tinggal kt satu hotel ni.. hotel cafe staff tu ya hampun budak2 muda ni kita masuk aja nak p free breakfast tu dah boleh rasa aura negatif derang ni ya.. macam mghina guest pula dengan renungan tajam mata derang bukanya nak senyum tu boleh rasa mcm depa pandang rendah kt kita lah tapi I malas nak layan fikiran I ni so I minta derang gorengkn telur.. terus dia balas speaking "omelette? Scrambled?"sambil brbalas pandang dgn geng dia maybe dia ingat I ni akan tercangak lettew tapi silap orang dia terus I minta sunny side up.. nampaklah muka dia tersentak sikit kt situ.. bongok punya staf tak payah kerja cafe lah kalau tak mesra..bukan cafe kau pun
Quote helicornia 27-10-2017 10:05 PM
mommymonster82: Lg geram cafe yg letak nm pelik2 lepas tu xde explainantion menatang apa dalam tu..Menu pon xde gambar..Dah menatang apa yg kita oder pon kita xtau..

haha oder menatang dpt menatang
Quote Jorja 27-10-2017 10:08 PM
Btw kalau suka take away hot coffee frm starbucks biasanya barista bagi benda kecil kaler hijau tutup lid cup kan..tu nama dia 'stoppers' so kalau ada barista yg eksyen & kbetulan tak bagi benda tu u sebut minta kt dia
Quote putriTS 27-10-2017 10:35 PM
shernazz replied at 27-10-2017 07:56 PM
iols bagi petua
masuk kedai gini kena action cm uols cm acah acah kaya...walaupon berduit atau x.
...

U ckp pasal suruh tanya pasal new menu ke benda ni kan..I pnah la sekali kat drive thru Sbucks..I bukan jenis suka coffee sgt. Kalau order, slalu non-coffee drinks je. Jadi, dah smpi habis menu I cuba. Masa kat drive thru tu, I suruh la budak ni recommend apa yg baru ke..dia boleh suggest air ciptaan dia. I igt dia bergurau, sekali mmg betul air tu resepi dia cipta sndiri.
I pun xdela tanya banyak, dia cakap it's vanilla frappe campur berry cheesecake and ade tabut chocolate drizzle kat atas..oklah..dah dapat, dia kira2...sekali total : RM33.80 utk 1 air tu.

Quote shernazz 27-10-2017 10:42 PM
putriTS replied at 27-10-2017 10:35 PM
U ckp pasal suruh tanya pasal new menu ke benda ni kan..I pnah la sekali kat drive thru Sbucks..I  ...

drive thru xsesuai uols..
iols biasa drive thru order latte n donat atau tuna quiche
kalau thru counter uols tanya ala ala uols nak try tu..harga pun kena tanya tu..kalau dah ciptaan dia..sure la dia ada ambil cheese cake ober counter tu kan..huhu..

tapi sedap x ?
Quote putriTS 27-10-2017 10:48 PM
shernazz replied at 27-10-2017 10:42 PM
drive thru xsesuai uols..
iols biasa drive thru order latte n donat atau tuna quiche
kalau thru  ...

OK la...I bg 7/10. Rupanya dia kira vanilla frappe tu dlm rm15 lebih, harga cheesecake seketul, GST bagai..and choc drizzle tu pun dia caj hokeh? RM2.50. Over.
Quote Mary_jane 27-10-2017 11:23 PM
Orang kata kalau tak tau tanya. So tanya jela. Kalau waiter tu kerek, u ignore je. Kalau tak suka dia serve, ask for the manager.

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 2.029941 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top