CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mengaku Bersalah, 'Puteri Raja' Pahang Disumbat Dalam Penjara Lagi

1-11-2017 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16917| Komen: 110

Description: Wanita kerdil yang menyamar sebagai Puteri Sultan Pahang dijatuhi hukuman tiga tahun lagi selepas mengaku bersalah terbabit dengan aktiviti pengubahan wanga haram meibatkan RM 2.84 juta.
Wanita kerdil yang menyamar sebagai Puteri Sultan Pahang dijatuhi hukuman tiga tahun lagi selepas mengaku bersalah terbabit dengan aktiviti pengubahan wanga haram melibatkan RM 2.84 juta.


Hakim Mohamed Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Rohaida Yahil, 41 di Mahkamah Sesyen Ampang.

Laporan Harian Metro menyatakan, hukuman tersebut akan dilaksanakan sebaik dia selesai menjalani hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan menipu pakar bedah kosmetik, Datuk Dr Abdul Jalil Jidon, membabitkan RM1.2 juta, Mac lalu.

Foto: Kosmo
Pertuduhan pertama, wanita itu didakwa memperoleh wang ke dalam akaun simpanan CIMB Bank Berhad cawangan Ampang Point miliknya melalui transaksi berjumlah RM3,400 daripada akaun simpanan Maybank milik Khuzairiah Abdul Latiff, 40.


Dakwaan dilakukan mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua hingga kelapan pula, dia didakwa memperoleh wang ke dalam akaun simpanan CIMB Bank Berhad miliknya daripada Khuzairiah dan Mohd Ghazali Othman, 45, melalui 284 transaksi berasingan yang kesemuanya berjumlah RM2,838,290.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank cawangan Ampang Point, No 23, Jalan Mamanda 7/1, Wisma Ampang Triangle, Jalan Ampang di sini antara 28 Ogos 2014 hingga 22 April 2016.

Bagi ketujuh-tujuh pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(b).

Tertuduh diwakili oleh peguam bela Shamsul Sulaiman yang memohon mahkamah untuk menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya.

"Anak guam saya juga meminta maaf kepada mangsa serta kerabat Pahang kerana menggunakan nama mereka untuk menipu dan dia melakukan semua ini bertujuan mendapatkan lebih ramai kawan," katanya.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Liyana Shahrir memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan alasan tindakan tertuduh menyebabkan jumlah kerugian yang besar ke atas mangsa. -CARI
2

Bagus
7

Marah
3

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 1-11-2017 07:40 AM
Kerdil.

Ya Tuhan...Sheols lagik bijak berotak berbanding DOKOTOR PAKAR yah! Kegilaan apakah ini? Kes terlampau percayakan sedara seagama tutop aurat ka?
Quote raradhia 1-11-2017 07:53 AM
fuhhh, anak sultan pahang tu korg jgn memain yach!
Quote raihaneem 1-11-2017 07:58 AM
Mcmna modud operandinya...berjuta tu dia kaut..
Quote MissNigga 1-11-2017 08:00 AM
Kerdil .. tapi otak dia besau ... pasai tu terror nak menipu
Quote haryatie 1-11-2017 08:05 AM
x padan dgn kerdil nya...
Quote Amina_Mirza 1-11-2017 08:51 AM
Tak padan pendek, panjang betul akal sheols membelit sana sini.
Quote redz85 1-11-2017 08:53 AM
aku tak pasti samada dia ni atau bukan.. pernah orang viral kan gambar & message dia, dia kata dia pandu kereta mewah.. tapi sebenar nya dia tunggang motor oku
Quote insulin 1-11-2017 08:53 AM
Macam mana diorang boleh tertipu dengan acik kepam ni? X kan lah x terfikir yang Sultan Pahang ni mana ada genetik katik.
Quote rospinki 1-11-2017 08:55 AM
beware of short people they are small and full of rage
Quote -electrifying- 1-11-2017 08:59 AM
mcm mana la permainan pmpn ni yer
Quote dubuk 1-11-2017 09:02 AM
how come               
Quote kecimpret 1-11-2017 09:11 AM
redz85 replied at 1-11-2017 08:53 AM
aku tak pasti samada dia ni atau bukan.. pernah orang viral kan gambar & message dia, dia kata dia p ...



ini ka??
Quote fairy_fairy 1-11-2017 09:17 AM
kecimpret replied at 1-11-2017 09:11 AM
ini ka??

OMG. How can people fall for her ruse saying she is a Pahang princess???
Quote kentel 1-11-2017 09:21 AM
ketahuilah, toyol itu memang pendek
Quote krustykrab 1-11-2017 09:23 AM
dia ni jugak yg dulu2 heboh kat FB ke mana, yg asik tipu org haplod gambo2 pompuan cnatik dgn bF hensem, mengaku diri sendiri..

Quote fushimi 1-11-2017 09:33 AM
doktor mana la yang sadis sangat kena tipu ngan makcik ni

Quote rayna_raynes 1-11-2017 09:46 AM
krustykrab replied at 1-11-2017 09:23 AM
dia ni jugak yg dulu2 heboh kat FB ke mana, yg asik tipu org haplod gambo2 pompuan cnatik dgn bF hen ...

Bukan. Itu orang lain. Org ganu. Tp kerdil gak
Quote joy_ah 1-11-2017 09:49 AM
dah kenapa masih kne tipu
Quote brown_pupil 1-11-2017 09:56 AM
Si Aida ni memang superb con-woman okeh. Aku penah jumpa minah ni live lagi, back in early 2000's. Geng2 semua anak2 orka jer. Masa kes tipu doktor tu pun, reason dia menipu is to get money and spend it on her friends, which is true. Hanya sebab semata2 nak berkawan, ko sampai con orang.

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.066819 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top